Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Dec-2007 04:07 Email | Share | Bookmark
Macam2 ada....

 
 
 
Kalau malam kelmarin kita mkn byk sayur2an.. (bak kata rakan2 FP menu diet ) tapi mlm tadi kita dah mengelat sikit... pasal kita dah TERRRRmasak lauk bersantan nak diet konon.. tengok2 dah mkn lemak2 balik..

Ok.. ni lauk mlm td.. ayam masak lomak cili padi, green pak choy goreng + udang dan ikan timah goreng garam kunyit (sayur tu sengaja tak bubuh cili khas utk bujangku Haziq.. berselera dia mkn nasi dgn kuah sayur, sayur, udang & ikan goreng tu.. )



Quote:
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI (resepi versi ni fav hubby.. dia lebih suka yg takde bawang)

Bahan2
1/2 ekor ayam saiz sedang
3 biji ubi kentang ~ kopek & potong empat
1 kotak santan segera (200 ml)
2 cawan air (tambahan utk kuah ~ kalau tak cukup tambah lagi tp jgn byk nanti kuah cair)
20 biji cili padi (boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepedasan yg anda suka) ~ ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup ~ ditumbuk halus
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
garam & perasa
serbuk kunyit ~ jika mau warna kuning yg lebih mengancam

Cara Memasak
Senang jer masaknya... ceburkan semua dlm periuk dan tenggek atas api sederhana.
Tunggu hingga ayam & kentang empuk.. sambil dikacau2 selalu takut santan membuak nanti tak cantik pulak kuah tu.
Rasakan garam & asamnya.. dah siap..

Ini pulak getuk ubi kayu yang dibuat sarapan pada Ahad yg lalu. Al-kisah.. terjadinya kuih getuk ni sebab ubi rebus yang direbus pagi sabtu utk sarapan berlebihlah pulak. Pagi sabtu ku yang sibuk dengan kerja2 membuat sirih junjung.. jadi kitorang hanya bersarapan dengan ubi rebus saja.. takde pencicah pun.. (tak sempat buat.. sibuk kena pegi pasar beli bunga.. balik terus kerjakan sirih junjung) Nasib hubby tak byk komplen.. dia mkn jer ubi rebus dengan teh 'o' mcm tu aje.. heheh... si Dini pulak cicah dengan gula... Ubi agak byk tp kurebus semuanya.. bila berlebih.. ku simpan dlm peti ais.. dan pagi ahadnya.. sempatlah ku buat getuk tu... hmmm.. memang sedappp...nak pulak musim2 hujan ni..


Quote:
GETUK UBI KAYU

Bahan2 (sukatan agak2 yer)
Ubi kayu - direbus empuk
kelapa parut yg agak muda
gula pasir secukupnya
tepung beras
kapur mkn ~ sikit je
air
garam
serbuk kunyit
minyak

Cara Membuatnya
Ubi rebus ditumbuk hingga lumat (kasar2 pun takpe.. janji boleh dikepal2).
Gaulkan ubi tumbuk dengan kelapa parut, gula & sikit garam sehingga cukup rasa. Gaul rata.
Kepal2kan ubi tadi menjadi bebola sebesar bola pimpong atau saiz kesukaan anda.
Bancuh tepung beras, garam, serbuk kunyit & air kapur menjadi batter yg agak pekat.
Panaskan minyak. Sadurkan bebola ubi tadi ke dalam batter gorengan dan goreng dlm minyak yang banyak.
Balik2kan hingga garing. Angkat & tos sebelum hidang.


JOM SEMBANG
Quote:
1. Anese: betul sangat tu anese.. masakan lemak2 gini memang sedap.. tapi tak boleh masak selalu.. bahaya woo..
2. Kak Leen: Kak Leen.. kat kebun takde ubi kayu ker? nanti gi segamat leh ngecek.. hehehe…
3. Fazizaid: betul!
4. Envy: terima kasih..
5. Mamasya: Memang sedap & berasap gulai tuh.. MaDiHa dah lali mkn pedas sejak2 berkahwin ni.. sebab hubby kuat makan pedas.. Getuk tu.. rasa dia macam kita makan ubi rebus cicah kelapa yang digaul gula & garam.. tp bila buat bebola tu.. nampak ler cantik sikit..
6. Maylique: Alahaiii.. kalaulah MaDiHa masak camtu.. sure hubby komplen berapi2.. hehehe.. ooo.. suka bwg banyak yer.. kitorang pulak suka versi masak lemak tanpa bawang.. sodapp!! Getuk tu… memang sedap kan? Mkn time hujan2.. lagilah sedapp..
7. Nur: Janganlah telan air liur ajer… Nur pun boleh masak sendiri… sonang ajer tuu…
8. Airiena: terima kasih sudi singgah FP akak.. dah jenguk FP Airiena.. pandai dia mekapkan orang..
9. Yatie: Yatie.. ikan timah tu tak sama dengan ikan parang tau.. ikan timah tak banyak tulang macam ikan parang tu… rupa badannya seakan2.. tapi badan dia lebih leper dan lebih panjang.. ekornya agak tirus… kalau ikan saiz kecik2.. selalunya nelayan buat ikan masin..
10. dOd: alahaiii.. terliur ker? nak jemput.. benda dah habis dah.. jamu mata sajalah yer..
11. Daalia: betul sangat tuh… kalau dah rasa sedap sangat.. mulalah lupa diri.. makan tak hengat dunia.. hehehe..
12. Hajar : Kat sana sejuk winter.. kat sini sejuk musim hujan.. tu asyik ingat nak mkn sajer..
13. Masriyah: menu biasa2 ajer tu Yah… tulahkan.. kat sana mesti payah nak jumpa ubi kayu kan? Takper… nanti balik bercuti ke M’sia.. boleh makan puas2..
14. MamaFaMi: memang sedap mama.. tapiiii… sedap lagik apam eno mama tuuu… terliur kita tauu..
15. Lee Lin : Haa… ada jugak yg sama selera dengan kita yer.. betul tu.. tak bubuh bawang kerja jadi mudah.. lagipun versi ni sedap!!
16. srsfeqah: Laa.. baru tau ker? getuk ubi kayu memang sedap.. akak biasa buat sejak belum kawin lagi… tau namanya & pandai buat pun sejak2 dok di Selangor ni… selalu nampak orang jual… tak puas mkn yg beli.. last2 buat sendiri.. puas hati..
17. Kamalina: Rasanya boleh gak dipanggil bebola ubi kayu kot.. akak dengar nama kuih tu Getuk sejak dok kat Selangor ni.. org dok jual dok panggil getuk.. kita pun ikut jelah panggil getuk.. kat Pahang dulu2 tak pernah nampak.. tp skrg ni tak taulah pulak.. Masak lemak versi tanpa bawang lebih kick!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net