Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Dec-2007 04:18 Email | Share | Bookmark
Wedding Anniversary Dinner - Sujah & Acu

siap ada menu lagik..
kreatif.. menu of the day
meja dah siap
macam mkn kat hotel.. hehe
chef nakni..
sedang menyusun atur...
baca doa dulu yer...
barulah boleh makan..
mkn jangan malu2..
makan ler...
apa tunggu lagi..
hmm.. romantic moment.. acu & sujah...
mashed potato
bread butter pudding
bread butter pudding
pengat pisang
garlic bread
mushroom soup with garlic bread
deretan lamb steak
lamb steak with black pepper sauce
lamb steak with mushroom sauce
Malam minggu yang lepas… kitorang dijemput mkn mlm kat rumah Sujah & Acu. After hantar sirih junjung rumah Ju.. singgah jap pasar mlm.. entah apa yg nak dicari hubby.. dah dpt barang yang dihajati.. kitorang terus ke rumah Sujah…

Sebenarnya.. anak2 dara Sujah yang rancang semuanya ni… Nakni & Syikin nak buat something special utk mama & papanya sempena wedding anniversary yg jatuh pada 5hb Disember. Nakni telah menunjukkan bakatnya masak2 on that day… mengaplikasikan apa yang dia belajar selama ni… (tak sia2 mama & papa hantar Nakni belajar jauh2 nun di Utara ) so malam tu.. dia masak2 special ler sikit sempena wedding anniversary mama & papanya manakala Syikin sebagai pembantu kanan… & mamanya pulak sebagai pemerhati.. hehehe… Mula2 MaDiHa janji nak masak satu dishes utk dinner mlm tu… tp keadaan tak mengizinkan pulak.. Oleh kerana 5hb hari berkerja.. Nakni & Syikin pilih 8hb utk buat majlis tu.. rupa2nya tarikh yang dipilih.. MaDiHa pulak kena buat sirih junjung.. so sorry to Nakni & Syikin pasal Kaklong tak dpt nak tunaikan janji… kesian kat u all kena masak semuanya…




Bila kitorang sampai.. tengok meja dah siap set up. . masuk rumah.. tengok semuanya dah siap masak.. tinggal nak hidang jer… Sebelum majlis makan2 bermula.. Acu membacakan doa yang agak panjang.. memohon agar kebahagiaan & kesejahteraan akan berpanjangan dan akan menjadi milik kami selamanya.. bersyukur atas rezeki yang dikurniakan pada kami semua.. Amin..




Menu malam tu.. Nakni masak ala2 barat…dan acara makan2 kat luar rumah… cahaya samar2 jer.. sib baik takde candle.. kalau tak.. boleh ler dipanggil candle light dinner.. for the starter.. Nakni buat Mushroom Soup serves with Garlic Bread. Main course pulak… Lamb Steak serves with Black Pepper or(and) Mushroom Sauce… berserta Coleslaw, Mashed Potato and Fries…. Dah habis makan main course.. perut dah terasa full sangat!! Tapi ada dessert lagi tu... ada Bread Butter Pudding & Pengat Pisang (ni mamanya buat.. tak masuk dlm menu of the day.. ni kira bonus ler.. ) dan airnya pula ialah Siren and juga Tea….. mula2 kita tengok menu.. drinks : siren?? apa tu...?? sib baik Bie bagitau.. siren tu.. sirap + oren..

Garlic Bread


Mushroom Soup serves with Garlic Bread


Lamb Steak serves with Black Pepper Sauce


Romantic moment... Acu & Sujah


Wahhhh… so kenyang malam tu… alhamdulillah... makanan so delicious…! congratulation to Nakni & Syikin yang telah berjaya menyediakan the yummiest food special for your parents wedding anniversary… & to Sujah & Acu.. Happy Anniversary.. moga berbahagia sentiasa hendaknya... dan tak lupa.. thanks juga kerana sudi menjemput kaklong & abang long sekeluarga pada malam tu...

Bread Butter Pudding



JOM SEMBANG
Quote:
1. Layman: hehe.. ramai yg suka masakan western kan? Hari2 dok mkn melayu stail pun jemu jugakk..
2. MamaFaMi: Itulahkan mama… seronok kalau anak2 boleh buat gini kat kita..
3. Ida Isk: Ida… gambar last sekali tu Bread Butter Pudding…. Ni mesti tak baca cerita nih.. hehehe..
4. Ana: a’ah ler Ana… makan free.. tapi yang penting.. memang sedapp.. ni anak2 dara yang masak ni Ana.. hehehe..
5. Alim ~ umi Najla: Memang best Alim oii… ishhh.. kalau takde adik lelaki.. cari2 ler sepupu sepapat lelaki tu… leh kita merapat2kan lagi silaturrahim… Hehehehee…. (memandai jer nak jodohkan anak dara org..)
6. Pemancing Ikan: Sekali sekala nak jugak mkn westeng pokcik.. pokcik kena jugak rasa westeng food ni.. mana tau kena dengan selera… belum cuba belum tau…
7. Srsfeqah: Itulah kan.. bertuahnyer kalau anak2 akak pun macam auntie dia ni… (Naknie & Syikin). Resepi bread butter pudding tu lebih kurang macam resepi puding roti dekat link sebelah… cuma cara prepare jer lain.. bahan2 dia lebih kurang jer.. yg sepupu akak buat ni tak letak serbuk kayu manis.. and then lagi satu.. butter/marjerin disapu pada roti atas & bawah.. itu jer bezanya..
8. Yatie: bread butter pudding tu memang sedap tau.. pakkal ler akak dah kenyang masa tu.. tu yg amik sepotong kecik jer… kalau tak mesti mkn byk..
9. Cinta Dhinas Azraaei: Alamakk… CDA dah salah tanya nihh… actually bukan akak yang masak sumer2 tu dikk… tapi sepupu akak yang masak… akak tak pasti cemana dia buat sauce tuu… tp kalau berkenan jugak.. nanti akak tanyakan sepupu akak tu yer…
10. Hajar : Itulah kan… yang kita ni.. sambut anniversary sendiri dengan makanan yg masak sendiri… tapi takper.. kita tunggu anak2 kita besar nanti.. kot diaorang nak masakkan mcm ni jugakk… kalau depa buat tak tau.. kita hint2 ler…
11. FarEast Canon Shooter: tq… ni anniversary makcik kita…
12. Naknie: Kaklong lagilah nak ucap mekasih bebanyak sebab sudi jemput kitorang mkn free mlm tu.. bukan sebarang makan.. mkn western lagik tuuuu… memang yummy la… boleh bukak restoran.. insyaAllah.. memudahan Nakni berjaya dlm bidang yg Naknie minat ni yer… opsss.. ada member minta resepi sauce lamb steak tu…. Boleh share??
13. Suargh: hihihiiiii.. ni bukan akak yang masak tauuuu.. tp sepupu akak yang masak semuanya… anak dara tu tauuu… masih belajar lagi tuu…
14. The Sweet Moments Ever: eh ehh… jangan salah puji… itu sepupu akak yang masak…bukannya akak..
15. Jeff: Sudah semestinya… any celebration semestinya disudahi dengan aktiviti makan2..
16. Kamalina: Alhamdulillah.. rezeki kami malam tu… akak & hubby ok ajer dgn western food ni.. tp tak bolehlah selalu.. jemu gak.. especially hubby.. selera lebih pd makanan melayu.. sekali sekala bolehlah.. tq utk ucapan tu.. mudah2an begitulah hendaknya..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net