Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Dec-2007 07:59 Email | Share | Bookmark
Makan lagi...

our simple dinner
inti resolles
dadar masih dlm kuali
 
 
 
 
 
 
Ok... cerita masak2 pulakk...

Takde apa yang special pun.. masak biasa2 ajer.. tapi sajalah.. masukkan jugak gambar masak2 kita yg sempoi ni... masakan harian ajer.. hehe.. agaknya ada yang kata dalam hati.. alaaaa... masak macam ni pun nak masuk FP? heheheeee.. tapi takperlah.. kita pandang positive... sekadar berkongsi.. mana tau ada di antara adik2 di luar sana yang nak mencuba.. atau.. dengan adanya gambar2 ni.. dapat juga memberi ilham & idea apa yang nak dimasak (mungkin tak guna resepi MaDiHa.. tapi menggunakan bahan2 yang MaDiHa gunakan dengan cara & resepi mereka sendiri) dan yang sebenarnya.. semua ni utk kegunaan & rujukan anak2 MaDiHa sendiri di masa akan datang.. jadi dikongsikan jugak apa yang kita masak2

Ini adalah apa yang kita masak beberapa hari yg lalu.. Sup brokoli+cauliflower, Ayam Masak Kayu Manis & Ayam Goreng (Untuk Haziq). Mesti ada yang hairan.. asyik buat sup sayur.. tak jemu2 ker? MaDiHa sebenarnya bukan apa... disebabkan Haziq masih belum boleh makan pedas... kenalah masak macam ni.. ada lauk, ada kuah & ada sayur.. Sayur tu.. kalau digoreng pun.. mesti tak bubuh cili dan mesti kena adakan kuah jugak.. Kalau ikutkan selera kita ni.. memang nakkan yang pedas2 semuanya.. tak berkuah pun tak kisah...


Quote:
Ayam Masak Kayu Manis
Sumber : Majalah Wanita Ogos 1994

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz kesukaan, dibersihkan & goreng garam kunyit
10 tangkai cili kering (direndam air panas/rebus kejap)~
4 ulas bawang putih~ Bahan2 ini dikisar halus
1 cm halia ~
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 batang kulit kayu manis
2 labu bawang besar ~ mayang bulat
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 cawan minyak masak

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak.. tumiskan kulit kayu manis, daun kari dan bahan giling serta bawang besar.
2. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis.
3. Masukkan ayam goreng tadi dan masak sehingga agak kering. Rasakan apa yg kurang.. tambahlah apa yang patut sesedap rasa


Dan ini pulak.. apa yang kita buat last Sunday sebagai breakfast... (tapi dah jadi brunch pulak.. pasal agak cerewet & memakan masa nak buat benda nih... nasib baik sedapp... sempat bagi Lily jugak.. & khas untuk Lily.. inilah dia resepi yang diminta... ) makan Resolles ni 2 ketul.. kenyang sampai ke petang Sesiapa nak mencuba... bolehlah cuba sendiri.. yummyy


Quote:
RESOLLES
Sumber : Ibu Ani (Majalah Perempuan)

Bahan A (Batter)
500 ml susu cair (MaDiHa ganti dgn santan sebab susu cair takde stok kat rumah)
300 gm tepung gandum
150 gm marjerin ~ cairkan
3 biji telur ~ pukul sedikit
Sedikit garam

Bahan B (Inti)
2 biji ubi kentang ~ potong dadu
1 biji lobak merah ~ potong dadu
200 gm isi ayam ~ potong dadu
100 gm isi udang ~ potong dadu (takde stok.. MaDiHa tak bubuh.. tapi lebihkan isi ayam menjadi 300 gm)
6 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
daun sup ~ potong halus (takde stok.. so MaDiHa tak bubuh)
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukupnya
sedikit serbuk pati ayam/kiub ayam
sedikit minyak
1 cawan air ~ untuk empukkan kentang & ayam (kalau tak cukup boleh tambah lagi)
3 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sikit air

Bahan C
1 biji telur ~ pukul sedikit
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan Inti

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam & udang serta air. Kacau sebentar.
3. Masukkan kentang, carrot, garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada putih.
4. Bila kentang dah empuk.. masukkan daun sup & juga air tepung jagung dan kacau rata hingga inti agak kering.

Cara Menyediakan Batter & Resolles
1. Satukan bahan2 cecair & garam. Kacau rata lalu tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
2. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan menggunakan penapis santan.
4. Panaskan kuali.. letak sedikit marjerin dlm setengah sudu.
5. Letak sesenduk batter ke dalam kuali dan angkat kuali (guna alas yer puan2.. kuali panas) dan lenggang kuali supaya menjadi dadar.. cara sama mcm buat kuih dadar.
6. Bila masak terbalikkan.. then bolehlah diangkat dan letak dlm pinggan yang rata.
7. Buat hingga habis.. tetapi untuk kaedah seterusnya.. tak bubuh marjerin pun takper.. sebab dlam batter dah ada marjerin.. jadi dadar sure tak melekat pd kuali. Sementara tunggu dadar ke dua & yang seterusnya masak.. letakkan inti di atas dadar yg dah siap tadi dan gulung spt buat kuih gulung. Ketepikan sebentar.
8. Untuk menggoreng resolles.. Panaskan minyak yang banyak.
9. Gamkan hujung resolles siap gulung tadi dengan sedikit batter yang dibancuh tadi.. colek sikit dengan jari dan sapu kat hujung tu..
10. Celup resolles dlm telur.. kemudian golekkan dalam bread crumb hingga rata.
11. Bila minyak dah panas.. gorengkan resolles hingga garing.
12. Angkat & tos.. hidang bersama sos atau mkn begitu saja pun sodapp…

JOM SEMBANG
Quote:
1. Pemancing Ikan: Untung nih ada tokwan ngan cucu kat rumah.. tak payah berpeluh2 masak macam2.. hehehe…
2. Srsfeqah: Itulah.. kalau dah ada anak2 kecik.. terpaksalah juga masak mengikut selera diaorang.. betul tu feqah.. kita ingat menu kita biasa2 ajer.. tp rupanya.. ada yg tak pernah makan.. jadi bolehlah org lain mencuba sama..
3. Roylazim: ayam tu sedap jugak kak.. ada rasa kayu manis tu yg buat sedap tuh..
4. @lh@mdulill@ah!CintaDhinasAzraie: Ohhh yer ker.. memang takut & risau ngenangkan banjir ni.. malam ni? Tengok jelah entry kat atas tu.. hehehe..
5. Nur: MaDiHa pun first time masak resepi ayam & resolles tu.. kedua2nya pun boleh tahan sedap!!
6. Hajar: MaDiHa dah lama nampak dlm majalah tu.. cuma masa jer takde nak mencuba.. first time gak cuba tu.. sedap gaklah.. boleh tahan.. cuma dia tak pedas.. kalau nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam…
7. Fazizaid: selamat hari raya untuk kak fazi jugakk..
8. Bonda RaqynR: hehehe… samalah kita.. selamat hari raya utk bonda sekeluarga..
9. Boxhoustudio: Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk kak tun sekeluarga juga..
10. MamaFaMi: tulah kan.. makan sedap.. nak buat tu yg leceh tuu…
11. Zilah: akak pun takdelah pandai sangat.. dok meniru2 jugakk.. hehe…
12. Srsfeqah: Salam aidiladha utk feqah juga…
13. Ibu Chempaka: terima kasih.. salam aidiladha utk chempaka sekeluarga juga..
14. Kamalina: boleh tahan rasa resolles tuu.. kalau nak rasa pedas sikit.. leh tambah serbuk lada hitam sikit.. tulahkann.. kalau dah ada budak2 ni.. terpaksalah ikut selera diaorang jugakk..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net