Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Dec-2007 04:57 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidiladha...

jemput makan semuaaa!
ikan goreng ajerrr
sup cauliflower haziq
gulai kunyit lengkuas
Kek Marble Santan & Pandan yang Lily bagi...
cheese brownies b4 bakar
lepas bakar
dah kena potong
yummy....!
 
Hari ni.. mungkin ramai yang dah mula bercuti untuk pulang ke kampong menyambut raya haji.. tapi kita masih kerja lagi hari ni.. kat opis kita masih macam biasa.. sebab kat sini majoritinya Chinese.. jadi takde ler yg bercuti.. kita cuti mula esok hingga hari Ahad ajer.. Isnin dah kerja balik.. Malam ni baru bertolak balik Keratong.. mudah2an selamat dalam perjalanan pergi & balik kepada semua yang nak balik kampong tu.. termasuklah kita juga... kepada yang tak dpt balik beraya gara2 banjir.. harap janganlah bersedih yer.. dan kepada mangsa2 banjir begitu juga.. harap banyak2 bersabar di atas segala kesulitan & ketentuan Ilahi.. dengar khabar masih ramai yang masih tinggal di pusat penempatan banjir kerana rumah masing2 masih ditenggelami air.. sedih dengar.. tapi apa boleh buat.. dah lumrah begitu.. Kepada mereka yang mampu & agensi2 yang bermurah hati tu... bolehlah menderma apa2 yang patut melalui saluran2 tertentu kepada mangsa2 banjir ni..

Di kesempatan ini.. MaDiHa & keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin & muslimat.. & kepada semua pengunjung Fotopages MaDiHa ni.. (terima kasih atas kesudian anda mengunjungi FP kita yang tak seberapa ni ) Dan juga doa kepada mereka2 yang berangkat ke tanah suci Mekah... memudahan bakal2 Haji & Hajjah kita mendapat haji yang mabrur & selamat kembali semula ke tanah air.. kita ni hanya menumpang raya diaorang jer.. Kepada yang menunaikan ibadah korban.. begitu juga.. semoga ibadah korban mendapat berkat dan dapat dilakukan dengan lancar..

Ok... macam biasa.. kalau takde gambar masakan tak sah FP kita nih.. maklumlah.. hari2 masak.. raya kali ni takde mood nak buat kuih raya.. sejenis pun tak buat.. kalau org datang rumah lepas raya nanti taktaulah nak jamu apa.. Malam tadi.. kita cuba buat cheese brownies resepi auntyyochana ni.. (thanks aunty for the recipe.. it's so yummy!) gara2 terliur bila tengok FP kengkawan yang lain yang dah buat.. (mekasih kengkawan dok tayang brownies ni ) kita pun teringin juga nak merasa.. petang semalam.. masa nak pegi amik gambar yang dicuci kat Amcorp Mall.. sempat singgah Giant kejap mencari bahan2nya.. hmmm.. sedap jugak brownies ni rupanya... tak rugi mencuba.. brownies ni akan dibawa balik kg malam ni.. bagi ma & adik2 merasa.. pagi tadi sempat bagi kat Lily sikit.. segan kat Lily ni sebab bagi kat dia sikit jer.. hari tu.. Lily bagi kita kek yang dia buat banyak betul! Puas makan.. hehehe.. ada cerita sebenarnya pasal kek yang Lily buat ni.. tapi biarlah menjadi rahsia & kenangan kami saja

Inilah dia Kek Marble Santan & Pandan yang Lily buat... cantikkan rasanya pun sedapp


Dan.. taraaaaaaaa..... inilah brownies yang sedap & lazat tuuuu
Quote:
CHEESE BROWNIE (MaDiHa C&P jer ni... sorry aunty!)
source: http://www.auntyyochanaindex.blogspot.com/

Brownie Ingredients:
180 gm. Butter - melted
275 gm. brown sugar (MaDiHa kurangkan menjadi 200 gm saja sebab dengar Maklang komen terlalu manis!.. bila mkn tadi.. just nice di tekak MaDiHa )
3 eggs
1 tsp. vanilla essence
120 gm. self-raising flour (MaDiHa too smart hanya guna tepung gandum+1 s/k baking soda+ ½ s/k baking powder...)
70 gm. cocoa powder ~ ayak bersama tepung

Cheese filling:

250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. icing sugar
1 egg

Some chocolate chips to sprinkle on top (MaDiHa omit... takde stok kat rumah)

Method:

(1) Mix melted butter with brown sugar until well combined.
(2) Add in eggs, one at at ime, mixing well after each addition. Stir in vanilla essence.
(3) Gently fold in flour and cocoa powder and stir till smooth.
(4) For cheese filling: beat cream cheese, butter and icing sugar until well combined. Add in egg, beating well.
(5) Pour half of brownie batter into loaf pan, then pour in cheese filling. Then pour the balance brownie batter on top of cheese filling. Sprinkle top with chocolate chips.
(6) Bake in preheated oven 170C for 40 min.s or until cooked.

Quote:
Note: MaDiHa guna tin 10"x10" yang dialas kertas minyak dan disapu mentega. Agak susah masa nak tuang & ratakan adunan sebab bila dah bagi dua tu.. adunan kena ratakan betul2 dan dengan lapisan yang nipis.. melekat2 pd kertas bahagian bawah.. lepas tuang cheese pun gitu.. mcm tak cukup jer lapisan koko tu.. bercampur2 dgn adunan cheese.. last2.. dah jadi marble kita punya brownies.. hehehe..

Dan ini pula.. lauk yang kita masak baru ni.. dah lama tak masak gulai ikan masin ni.. hari tu dok teringin sangat.. balik kerja singgah jap kedai kat belakang opis ni beli nenas & bahan2 lain.. maka tercapailah hajat nak makan Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Talang & Nenas... gulai ni tak pedas macam masak lemak cili padi sebab gulai ni hanya guna cili boh/cili kering blend ajer.. Agaknya..(kalau salah tolong betulkan yer) hanya org pantai timur ajer kot yang biasa masak gini.. sebabnya.. resepi ni turun temurun yang kita belajar dari ma.. Lauk sampingan pula.. hanya goreng ikan selayang/sadin & sayur cauliflower (yg Lily bagi dia beli dari Cameron Highland) utk Haziq. Jom cuci mata ngan gambar2 food ni

Quote:
GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN TALANG + NENAS

Bahan2
1 keping ikan talang sebesar tapak tangan ~ potong kecik2 dan rendam (tujuan utk kurangkan masinnya)
1 biji nenas muda ~ potong saiz kesukaan
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya utk kuah
4 s/b cili mesin
1 biji bwg besar saiz sedang ~
4 ulas bwg merah ~ ~ bahan2 ini dimesin halus
3 ulas bwg putih ~
2 inci kunyit hidup ~
2 s/k kunyit serbuk
1 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 keping asam gelugur (jika perlu)

Cara Menyediakannya
Amat mudah.. masukkan kesemua bahan2 dan masak hingga mendidih. Pastikan sentiasa mengacau supaya santan tidak membuak & jadi berbuku2.. nanti kuah tak cantik.. Tak perlu tambah garam kerana masin dari ikan talang sudah memadai.. (bergantung kuantiti ikan masin yg diguna.. jika anda rasa kurang masin.. bolehlah tambah garam)


Quote:
Note: kepada yang hantar PM kat MaDiHa hari tu.. kita nak mintak maaf sebab tak dapat reply PM tu.. coz hari tu lepas kita baca.. kita tak reply terus... sebab ada kerja lain nak buat.. konon2 nak reply kemudian.. tapi bila nak masuk balik baca PM tu.. dah tak tau kat mana nak trace PM tu.. so.. harap boleh PM akak balik yer... sori bebanyak atas kesulitan tersebut..


JOM SEMBANG
Quote:
1. Kamalina: kerja lagi ni haa… tp badan ajer kat opiss.. hati dah sampai kampong dah… heheheh.. yup.. gulai ni sedap kan…? tak kisah.. boleh campur apa pun sayur yg kita suka..
** ohhh.. nak korek rahsia yer.. mana boleeee… bak kata siti… BIARLAH RAHSIA.. hehehehee..
**hehe.. mekasih sifu! Nanti akak try buat.. ohh gitu rupanya… nasib baik ada sifu yg sudi mengajar..
2. Jeff: yup.. menarik & tertarik utk memakannyer… salam Aidiladha utk Jeff & family juga..
3. Maya Amir: terima kasih.. salam aidiladha utk anda juga.. yer.. mak akak dok Keratong skrg.. Kuantan tak jauhlah tu.. akak pun cadang nak pegi gak sana.. actually nak pegi Bukit Goh.. harap2 takde banjirlah kat sana..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net