Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Dec-2007 05:37 Email | Share | Bookmark
Cerita Raya Haji Di Musim Hujan...

ayam masak merah
rendang daging
kuah lontong
kuah kacang
abby, ma & dini
lengkap.. ini kita punya..
ma & dini
ma, dini & tasha (adik ipar)
kat rumah mak angkat tasha.. aman (adik ipar) & hubby
hubby & ma
haziq
sibuk kerjakan talipon orang
hubby & ma
ma di pusara arwah ayah
dah 5 tahun ayah meninggalkan kami..
sayupp.. orang berperahu ke tengah sungai
posing kat jambatan gantung..
posing lagi
lagi gambar sungai keratong
aman amik kelapa muda special utk kita.. hehe..
sibuk nak makan kelapa muda
sedang korek kelapa muda
dini dengan diha (anak kak ros) badan sama montel.. hehe..
abang lan & hubby tengah borak2 (dini yg amik gambar ni)
haziq
dini (bukan main lagi.. amik gambar sendiri.. hehe)
diha melayan haziq
dini
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengunjung FP ku yang budiman..
Mungkin masih ramai lagi yang bercuti hari ni agaknya.... yelahh.. esok cuti Krismas.. mesti ramai yang sambung cuti.. MaDiHa & suami sudah mula kerja hari ni setelah bercuti selama 4 hari sempena hari raya Aidiladha.. kalau ikutkan hati.. mau saja sambung cuti hingga esok.. tapi apa boleh buat... keadaan tak mengizinkan.. coz hubby kena kerja hari ni sebab bos dia (Chinese) pulak nak cuti2 makan angin... gilir2 la kan..

Cerita Pre-Raya

Alhamdulillah.. perjalanan pulang ke kampong (Keratong) & balik semula ke PJ berakhir dengan selamat walaupun keadaan jalan yang begitu sesak pada malam kami bertolak pulang ke kampong.. Berlepas dari rumah pukul 8.30 pm.. berhenti kejap isi petrol kat Petronas dan beli ler air & makanan takut lapar.. Kat rumah dah makan.. kotlah lapar dlm kereta.. ada jugak benda nak dimakan.. Jalan mula sesak dan bergerak perlahan dari sebelum Tol Sungai Besi. Lepas tol Sungai Besi.. keadaan ok sikit.. bergeraklah jugak walaupun tersekat2.. tapi bila masuk Senawang lepas bayar tol menuju ke Kuala Pilah adooiiimakkk... perjalanan macam kura-kura.. naik pening dibuatnya Yang dari Seremban pun sesak, yang ikut jalan Senawang pun sesak.. sabor jelah.. apa nak buat... semua pun nak balik kg.. sebab esoknya hari raya.. nak tak nak.. redah jugak lahh.. Tiba di Bandar Batu Kikir.. hubby dah tak larat.. kitorang berenti kejap (setengah jam) tidur tepi jalan sebab hubby mengantuk sangat.. MaDiHa pun tak berani nak drive sebab kita pun ngantuk jugak.. tangan pun dah kebas dok meriba Haziq.. dah la cermin mata kabur (nak kena tukar dah ni.. ) memang surrender.. Akhirnya pukul 4.00 pagi.. kami pun selamat sampai ke Keratong.. mak aihhh.. 7 1/2 jam perjalanan? Kalau tolak masa kami tidur setengah jam.. jadilah 7 jam.. biasa kalau hubby drive (tak laju sgt) perjalanan hanya mengambil masa 3 1/2 - 4 jam ajer termasuk berhenti makan.. ni dah terlebih 3 jam masa kami dalam kereta... patut ler pun kitorang rasa jemu & letih giler dalam kereta..

Sampai2 ajer kat rumah.. ma belum tidor lagi.. rupanya ma & adik2 keluar shopping ke Segamat malam tu. Patulah sibuk tanya kitorang dah tiba mana... sebab diorang takut kami sampai takde orang kat rumah... bila kami cakap jalan jem teruk.. tu yg diaorang leka shopping tuh.. Diaorang sampai rumah kul 11 pm.. barulah sibuk masak juadah raya.. masa kitorang sampai tu.. ketupat & rendang dah siap dah.. yang lain2 kitorang masak pagi2 raya.. kalau masak malam takut cepat basi..

Ini ajer juadah raya kami.. Menu ni.. menu biasa keluarga MaDiHa.. tiap kali raya.. inilah yg ma masak. Mesti ada ketupat samada ketupat anyam/ ketupat segera & kadang2 ketupat daun palas pun ada.. (kali ni ma tak buat) rendang daging atau ayam, kuah lontong, ayam masak merah & kuah kacang.. sebenarnya.. setiap orang dalam keluarga ada juadah kegemaran masing2.. MaDiHa, Angah & Dee (adik bongsu) suka lontong & rendang, Abby suka ayam masak merah & hubby pulak gemar ketupat dimakan dengan kuah kacang.. pasal tu kena masak macam2.. Kengkadang jer ubah menu.. itupun di atas persetujuan adik beradik Hmm.. raya kali ni.. Angah tak balik.. suami dia cuti sehari je.. kami 3 beradik jelah ada kat rumah termasuk menantu2 & cucu2 ma..



Cerita Raya Pertama

Okey.. banyak pulak mencecehh... ni cerita pagi raya pulak.. Nak dijadikan cerita.. akibat tidur lewat.. yelah.. sampai rumah dah pukul 4 pagi.. lepas makan (ma beli nasi & lauk kat Segamat), minum & borak2 kejap.. dah pukul 5 am lebih barulah kitorang tidur.. akibatnya.. pagi raya tu.. masing2 kesiangan.. Bangun2 jer.. Geng2 pompuan kelam kabut ke dapur.. nak masak kuah lontong, ayam masak merah & kuah kacang.. mujur bahan2 semua dah standby siap potong dan blender.. tinggal masak jer.. Jadi taklah lama sangat.. Geng2 lelaki lak.. konon2 nak gi sembahyang raya.. tapi dah tak sempat.. dengar2.. kat masjid orang dah khutbah raya.. sabar jelahh... Gelabah jugak bila kita belum siap masak.. dah ada orang bagi salam..

Nilah dia.. orang lain makan pagi.. kami dah jadi brunch.. Gambar posing2 takde tahun ni.. tak sempat nak posing.. Hanya ada gambar2 kandid ni ajer.. layan jelah gambar2 ni yer..





Dah petang baru dapat keluar rumah.. Orang lain pegi kubur pagi2 lagi.. tapi disebabkan kami kesiangan dan kelam kabut pagi tu.. lepas tu sibuk layan tetamu yang datang beraya.. lepas tu hari hujan pulak.. akhirnya kami pegi kubur sebelah petang sebelum berjalan ke rumah orang.. Sayu kejap bila menziarah kubur arwah ayah.. sedar tak sedar.. pada 1hb Disember 2007 dah masuk 5 tahun arwah ayah meninggalkan kami

Ma di pusara ayahda tercinta




Ni pulak gambar masa kat rumah mak angkat Tasha (adik ipar).. tuan rumah sibuk kat dapur.. kita sibuk bergambar..




Balik dari rumah mertua Angah.. hari dah petang sangat.. tapi kami pegi jugak ke rumah mertua Abby pulak kat Kampong Rekoh.. aku yang sibuk ajak pegi sebab belum kenal lagi rumah dia.. ni kampong baru sebenarnya.. seronok jugak kat sana.. betul2 terasa suasana kampong.. kalau kat umah kita.. rumah rapat2.. maklumlah Felda kan... kat rumah Aman ni memang betul2 suasana kampong.. tak jauh dari rumah dia ada sungai Keratong.. Sebelum pegi rumah dia.. Dee lajak ke arah sungai kejap.. dan dan kita suruh singgah bila ternampak jambatan gantung.. Macam best & menarik pulak.. maklumlah.. lama tak tengok sungai Air sungai keroh akibat hujan yang lebat.. kita tengok pun seram.. tapi orang dah biasa tak rasa apa pun.. ada sorang pakcik tu.. siap berperahu (fiber) ke tengah sungai entah apa tujuannya.. tengok jaring agaknya.. pastu kitorang sibuk naik jambatan gantung tu.. kita tak berani nak ke tengah.. rasa gayat.. hubby, Dee & anak2 jer pegi.. kita dok tepi2 jer.. lagipun diorang dengki.. bila kita berjalan ke tengah sikit.. diorang sengaja henjut2 jambatan tu nak bagi bergoyang.. saja nak bagi kita takut.. (kita dengan ma ler yg takut.. hehehee.. siap menjerit2 lagi) memang seram bila jambatan bergoyang.. dah ler kita ni penakut dgn air (sungai dalam).. kat bawah tu dah la air keroh semacam jer... Bila tengok jambatan gantung ni.. teringat pulak kat jambatan gantung di Sunway Lagoon.. jambatan kat S.L tu kita berani ler naik pasal jambatan tu nampak kukuh... tapi jambatan gantung kat ini nampak macam tak boleh dipercayai ajer.. Menurut Aman.. sungai tu bila musim kemarau.. airnya tak setinggi tu.. maknanya.. jarak jambatan dengan air lagi ler sayup.. sekarang ni air naik tinggi sebab musim hujan.. Aman kata.. jambatan tu digunakan oleh orang kampong utk ke kebun di seberang sungai.. biasanya orang naik motor... errkkkk.. beraninyerrrr... naik motor guna jambatan yang bergoyang tu?? Kalau MaDiHa lahh.. orang bagi upah pun tak sanggup nak redah jambatan tu...




Ok.. ni pulak masa kat rumah Aman.. MaDiHa siap solat maghrib.. tengok2 diaorang tengah sedap makan kelapa muda.. oooo.. mana aci.. kita pun nak jugak.. hehehe.. Aman pun amik sebiji special utk kita.. siap tolong belahkan lagi.. comel jer kelapa ni.. Masa kitorang sampai.. kakak2 Aman tengah masak.. segan gak.. tapi mujurlah adik beradik dia ok.. peramah & baik hati.. jadi takdelah rasa bersalah berjalan waktu maghrib2 gitu.. siap dijamu dengan nasi ayam lagi.. tapi takdelah amik gambar.. segan sehh...




Ok.. ni pulak gambar kat rumah adik angkat ma.. Abang Lan & Kak Ros.. ni kitorang pegi belah malam.. sakan berjalan satu hari.. Tapi masa ni adik2 tak ikut.. kita anak beranak & ma jer yang pegi.. (Adik2 dah selalu jumpa dengan Kak Ros.. kita jer yang jarang2 dapat jumpa..) lagipun Abby dah kena tinggal kat rumah mertua dia.. tidur kat sana.. Dee pulak pegi rumah mertua dia jugak..






Sebenarnya.. ada lagi rumah yang kami pegi.. tapi tak amik gambar sebab segan kat tuan rumah.. sempat jugak pegi rumah kawan hubby.. dijamu dengan ketupat & laksa utara.. kat rumah mertua Angah.. dijamu dengan meehun sup tulang.. kiranya.. sakan jugaklah kami beraya kali ni walaupun sebelah pagi sibuk dirumah..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net