Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jan-2008 05:17 Email | Share | Bookmark

sayur untuk haziq..
Cuti 2 minggu lepas.. (lepas raya) kita cuba masak spagetti.. memang tak pernah masak pun sebelum ni. Selalu makan yang Syikin masak jer.. dah lama teringin nak masak.. bahan2 pun dah lama beli.. tapi oleh sebab hubby kurang minat (dia tak suka sebab tak pedas & ada rasa masam2 tu) makanya asyik tertunda ajer niat nak masak.. Hari tu ingatkan Syikin & Nakni nak datang rumah.. kita pun saja ler masak spagetti & bubur kacang durian (lupa amik gambor) tapi rupanya takde orang nak hantar diaorang.. sebab papa dia ada hal lain lak.. takde rezeki dioranglah nampaknya.. & tak disangka2.. petang tu ma telefon katanya dia nak datang.. baru nak ckp suruh dtg sekian2 haribulan sebab minggu tu hubby kerja..(tak syoklah tak dpt nak kemana2) rupanya.. dia dah ada kat Klang dah kat rumah adik.. petang tu dia dtg rumah kita.. nampaknya dah jadi rezeki ma & adik2 lah pulak spagetti tu...

Masak pakai hentam jer.. terlupa nak print resepi.. kuahnya agak cair sikit.. tapi ma & adik2 ckp sedap..
Quote:
SPAGETTI TRADISIONAL


Bahan2
1 bungkus spagetti (500 gm)
2 tin sos spagetti traditional Prego (pastikan yg halal)
2 peket daging kisar ramlee
Air secukupnya untuk kuah
5 biji tomato ~ potong dadu kecil
8 ulas bawang putih ~ cincang halus
4 biji bawang besar ~ cincang halus
2 tin cendawan butang ~ hiris nipis
Minyak untuk menumis & merebus spagetti
Sedikit oregano
Sedikit lada sulah
Garam & perasa secukupnya
Gula

Cara2

1. Jerang air dlm periuk yang agak besar dan campur 1 sudu besar minyak masak. Rebus spagetti hingga lembut. Angkat dan tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga layu & wangi.
3. Masukkan daging kisar dan 2 cawan air. Lerai2kan daging supaya tidak berketul2. Masak hingga daging bertukar warna dan empuk.
4. Masukkan air lagi, sos spagetti, tomato dadu, oregano dan bahan2 perasa lain.
5. Masak hingga mendidih. Masukkan pula cendawan butang dan biarkan kuah mendidih sambil dikacau.
6. Rasakan kuah mengikut citarasa anda.. dan bolehlah dihidang bersama spagetti yang direbus tadi.



Ni pulak yang dimasak untuk makan malam.. sempoi jer.. masak apa yang ada dlm peti ais jer..
ma tak cakap siang2 nak dtg... takdelah lauk special...

Quote:
PARU BERLADO
(Paru korban yang Sujah bagi... taktau kenapa gambor jadi lain macam plak.. )


Bahan2 (agak2 je ni)
Paru ~ dibersih & rebus seketika kemudian dihiris nipis
Cili kisar
Bawang merah ~
Bawang putih ~ Bahan2 ni ditumbuk kasar
Cili merah ~
Sedikit air asam jawa
Minyak
Garam & perasa

Cara2
1. Goreng paru yang dihiris hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar dan bahan2 tumbuk kasar tadi hingga garing.
3. Masukkan garam, gula & perasa serta air asam jawa.
4. Biar secukup rasa.. & akhir sekali masukkan paru yang digoreng dan gaul rata.
5. Tutup api dan bolehlah di hidang.


Quote:
PARI MASAK ASAM PEDAS


Bahan2
Ikan pari (anggaran ½ kg) ~ potong kecil2
4 batang serai ~ dititik
daun kesum
Sayur kegemaran (tomato, bendi atau apa2 jer)
asam jawa secukupnya ~ ikut masam yg anda maukan
Minyak secukupnya utk menumis
Garam, gula & perasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
10 biji cili kering ~ rendam
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 inci halia
½ inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan

Cara2 Memasak

1. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bahan2 kisar sehingga wangi & garing. (agak lama)
2. Masukkan isi ikan pari, air asam, air dan biar mendidih.
3. Masukkan garam, gula & perasa.
4. Masukkan sayur kegemaran anda dan daun kesum.
5. Renihkan sehingga terbit minyak. Rasakan apa yang kurang dan tambah ikut citarasa anda. Bolehlah dihidang.


Quote:
ASPARAGUS + KING MUSHROOM GORENG BELACAN


Bahan2 (agak2 saja ye)
Asparagus ~ potong dan ambil bahagian lembut saja
King mushroom ~ hiris memanjang
bawang merah ~
bawang putih ~ bahan2 ini ditumbuk
cili padi ~
belacan ~
pati ikan bilis
Minyak utk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. masukkan sayur dan goreng hingga layu. Masukkan garam, pati ikan bilis & perasa secukupnya.. siapp..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net