Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jan-2008 06:15 Email | Share | Bookmark
Jom Masak Menu Kampong!

 
inilah dia.. kuah laksa kari ikan sardin yg Laily bagi..
laksanya..
Last week... jiran kita Laily (dulu eja Lily... ) bagi lagi ikan talapia yang dipancing oleh suaminya En. Anuar... hehe.. memang selalu pun dia bagi ikan tu.. sebab Nuar memang rajin gi mancing.. selalu dapat ikan free.. Thanks Laily.. Ikan ni dulu kita tak makan.. skrg dah ok.. boleh dah makan.. tp dengan syarat.. dibasuh bersih2 dan siap rendam dalam air asam jawa untuk hilangkan baunya... cumanya.. bab menyiang tu yg agak malas nak buat.. bila dah selalu dpt.. kadang tu.. sampai dah takde idea nak masak apa.. last2.. goreng garam kunyit jelahh.. Haziq pun boleh makan.. tapi ikan yg Laily bagi baru ni.. kita masak gulai tempoyak malam tadi.... Kebetulan Sujah ada datang petang semalam.. kita pun masak2 ler utk mkn malam & ajak Sujah & family mkn kat rumah.. menu sempoi ajer.. dlm petiais lak takde lauk lain.. so msk jelah apa yg ada.. goreng buncis+kobis, ikan pelaling rebus goreng garing & talapia masak tempoyak.. ada rendang ayam yg Lily bagi tu.. angkat sekali.. oh ya.. lupa nak ckp... semalam Laily hantar mcm2 kat umah kita.. mula2. bagi rendang ayam.. pastu petang bagi laksa kari sardin.. then mlm bagi murtabak (beli) lak.. dia kata nak pulangkan semua pinggan & mangkuk kita yg kita bagi makanan kat dia.. alahaiii.. lain kali takyah ler susah2 pulangkan dgn makanan.. hantar je pinggan kosong.. kita tak kisah.. wat susah2 awak jelah Laily...tapi apapun.. thanks lah yer.. bagi macam2.. sedap laksa tu tauu... opsss.. byk lak mencecehh... nak cerita pasal ikan dah kelain lak peginya.. sebenarnya nak kabor.. ikan2 yg Laily bagi aritu 5 ekor.. ada 3 ekor yang masih hidup... macam biasa.. cik abe kita pun amik besen buh air.. dah lepaskan ikan2 tadi ke dalam air... maka berenang2lah ikan tu dengan happynya... dia tak tau.. lepas tu nanti dia akan jadi santapan kami.. maaflah ye ikan2... kau ku biarkan anak2ku bermain dengan mu seketika sebelum mu menjadi korban sebagai hidangan kami...

Ikan2 tu besar... agaknya pasal tu Haziq takut nak sentuh.. si Dini jer yg sibuk buat main.. bila ikan2 tu dah mati.. Dini sibuk nak tolong sisikkan... kita biar je dia buat.. dia buat kerja dlm bilik air.. dah siap.. kita tinggal bersihkan perutnya aje..



Dah pun jadi gulaii... Gulai Tempoyak.. Tengoklah tu.. masak tempoyak.. tp ikan dikelar2 jugak..
Sebenarnya.. tu kerja si Dini lah tu... lepas dia sisik.. dengan rajinnya dia mengelar2 badan ikan tu..
sabor jelahh..




Ok... ni pulak.. lauk yg dimasak last week... beli jantung pisang ni masa pegi pasar tani Taman Medan..

Quote:
KERABU JANTUNG PISANG + DAGING

Bahan2
2 biji jantung pisang ~ buangkan kulit yg tua/ berwarna meroon tu kemudian dibelah 4 dah direbus hingga empuk -> sejukkan & hiris halus
400 gram daging ~ rebus empuk -> sejukkan & hiris nipis2
1/2 biji kelapa parut ~ disangai hingga kekuningan
3 sudu besar kerisik (siap tumbuk)
1/2 cawan santan pekat
garam & gula secukup rasa
1 biji limau nipis ambil airnya

Bahan Kisar (Digoreng sebentar (agak2 layu je) barulah dikisar)
6-8 ulas bawang merah ~ dihiris kasar
3 ulas bawang putih ~ dihiris kasar
4 batang serai ~ dihiris nipis
15 biji cili padi
2 biji cili merah ~ patah 2
1 cm belacan (tak perlu goreng)
air asam jawa secukupnya untuk diblend dengan bahan2 diatas (bancuh guna air masak yer)

Cara Menyediakan
Masukkan jantung pisang & daging yang siap direbus & dihiris tadi ke dalam besen yg besar. Campurkan kelapa yg digoreng, kerisik, santan pekat dan juga bahan2 yang diblend halus tadi. Gaul rata bahan2 tersebut kemudian masukkan garam & gula secukupnya. Perahkan air asam limau dan gaul lagi hingga betul2 rata. Biar secukup rasa dan bolehlah dihidangkan.


SAMBAL JERING (Jering Tanam) + Isi Durian (selalu masak dengan tempoyak.. kali ni buh isi durian lak... so yummy )
Kalau nak mencuba... resepi ada di link sebelah.. hanya gantikan tempoyak dengan 3 ulas isi durian...


JOM SEMBANG
Quote:
1. MamaFaMi: Sebenarnya MaDiHa pun sama macam mama… tak berapa suka kerja siang menyiang ni.. kalau boleh elak memang akan elak beli lauk2 yg belum siang/potong.. tapi ni kes ikan yang orang bagi.. nak tak nak terpaksalah buat juga.. hehehe.. tapi kalau ikan masih hidup memang MaDiHa tak berani jugak ler siang hidup2 tu… biar dia betul2 mati dulu baru ler siang… lagi satukan mama.. MaDiHa kalau potong ayam.. (selalu terjadi kat rumah mertua.. sebab beli ayam sekor2) pakai hentam kromo jer.. tak ikut peraturan.. hehehe…
2. Ana: Ana pun suka masakan kampong yer? Jering sambal tu kepada peminat2 menu kampong memang MaDiHa boleh katakan sangat sedap! In fact… sepupu2 MaDiHa yang tak reti makan jering sebelum ni pun… pertama kali rasa sambal jering tu.. diaorang kata sedap!
3. Layman: Menu no. 3 tu.. hanya ada di dapur MaDiHa.. Ikan tu.. dah selamat menjadi menu kami… nak bela pun tak boleh sebab selang beberapa jam.. ikan2 tu mati.. agaknya sebab pening kena main ngan anak2 MaDiHa..
4. Nur: Kat rumah MaDiHa ni.. boleh dikatakan kerap jugak masak menu kampong… maklum lah.. ikut selera cik abang..
5. Srsfeqah: Feqah pun suka masak tempoyak yer? Actually.. akak tak berapa gemor gulai tempoyak.. tapi kalau sambal tempoyak atau sambal jering tempoyak tu.. memang menjadi kegemaran… tak taulah kenapa tak suka bila tempoyak dibuat gulaii… ohh.. si Dini memang tengah rajin skrg ni.. kalau akak kat dapur jer.. dia pun mulalah sibuk nak tolong itu & ini.. nak tolong buh garam kunyit ikanlah.. nak tolong basuhkan beraslah.. harap2.. biarlah sampai ke besar.
6. Kak Jie: MaDiHa pun sama.. rindu sangat pd Kak Jie.. tapi tak tau macamana nak hubungi akak.. no telefon pun takde.. dalam hati ni risau jugak akan keselamatan akak.. maklumlah FP akak lama tak ber’update’.
7. Lyndz: Suka yer ikan talapia? Akak kureng sket.. lagi2 kalau masak berkuah.. hehehe.. tu akak masak untuk orang je tu.. akak cuit2 sikit jer.. tapi kalau goreng.. makanlah jugak.. yup.. gambar2 tu kecik sgt.. akak dah tengok dah tadi.. dah besar barulah puas tengok..
8. Rinnchan: Salam 2008 & Salam Maal Hijrah utk Kak Rin juga… takperlah lama tak jenguk.. janji masih ingat kat kita di sini.. Anak MaDiHa pun memilih jugak makan.. gulai tempoyak & kerabu tu dia tak reti makan.. TAPIII.. sambal jering tu… dia paling minat sekali…
9. Ida Isk : Lauk2 kampong.. kalau kena dengan gayanya.. memang selera makan.. tapi.. betul ker tu Ida pun suka lauk kampong.. hehehe…
10. Mamasya: Yehh.. Mamasya dah balik dari kampong Itulah.. MaDiHa kalau balik kg mertua.. tak sedar makan bertambah2.. sedap betul lauk2 kg. Especially.. bila mertua masak lauk2 yang jarang2 kita jumpa kat bandar ni.. Macam batang lambok (macam batang keladi)… huii.. makan tak hengat tu.. hehehe.. Tapi kalau balik kg mak sendiri.. lauknya macam lauk2 yang biasa MaDiHa masak jugak tak banyak beza. MaDiHa pun pelik juga si Dini tu… entah macamana dia boleh nak buat benda2 tu semua… padahal kita tak suruh pun.. dia sendiri yang nak buat.. MaDiHa biar je dia sisik ikan tu.. tapi takdelah dia belah perut ikan tu.. risau pulak sebab takut terkena pisau atau tercucuk sirip2 tajam tu..
11. Ushar: Masakan MaDiHa biasa2 ajer tuu.. menu2 kg dan lauk2 sempoi aje.. terima kasihlah.. memudahan kerajinan ini akan memberi inspirasi pula kepada rakan2 / adik2 yang lain seperti mana MaDiHa mendapat semangat bila tengok otai2 FP seperti MamaFaMi & Kak Hanieliza yang sangat2 rajin memasak.. hehe..
12. FaziZaid: Ada ekk jantung pisang kat sana? Hilang jugak rindu akak kalau2 nak mkn jantung pisang cicah budu.. hehehe..
13. Daalia: hehe.. tu gulai tempoyak tu.. bukan gulai lemak.. Daalia makan ker ikan talapia? Yup.. betul jugak yer.. boleh gak dibuat koci.. tapi nak kena beli daun pisanglah pulok!
14. Kamalina: Suka ekk dgn masakan kampong? Akak especially hubby akak memang selera lebih pada masakan kampong.. maklumlah memang pure asal dari kampong..
15. Yong @ ibu Chempaka: Lorr… Yong pun suka dgn masakan kampong? Leh geng la kita…
16. Eryne Jasmine: Ohh gitu pulak.. biasanya org2 tua yg suka benor dengan tempoyak.. takper.. nanti kalau dah dok umah sendiri leh masak masakan kampong puas2..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net