Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jan-2008 05:39 Email | Share | Bookmark
Mee Jawa pulokk...

ikan goreng & sayur lemak lobak putih+fishball & sambal jering
nasi lemak bekalan ku.. hehe.. timun takde.. peria pun boleh!
mee jawa
Mungkin tak ramai yang tau makan lobak putih ni.. kalau lobak merah tu orang dah biasa.. boleh masak apa saja kan.. tapi bagi family MaDiHa (mak, arwah ayah & adik2).. lobak putih ni.. salah satu sayur kegemaran.. selepas kawin.. bila MaDiHa masak untuk santapan kami suami isteri.. hubby macam tak berapa reti makan.. tapi lama2.. barulah dia pandai.. hehe.. alhamdulillah.. sekarang kalau MaDiHa masak lobak putih ni.. dia makan macam biasa.. selain masak lemak.. lobak putih juga boleh dibuat acar.. (ada lagi satu dlm peti ais tu.. ingat nak buat acar ). Untuk pengetahuan semua.. lobak putih ni pun ada khasiatnya.. kepada sesiapa yang mengalami masalah kencing tak tos.. amatlah sesuai makan sayur ni.. sebab dia boleh melawaskan sistem pembuangan

Inilah dinner kami last week.. dinner sehari lepas masak sambal jering tu.. pasal tu ada lagi sambal jering tu.. hidang sekali dengan lauk yg dimasak hari tu.. ikan goreng dan sayur lemak putih lobak putih... sempoiiiiiiiiiiii
Quote:
SAYUR LEMAK LOBAK PUTIH + FISH BALL

Bahan2
1 biji Lobak putih ~ kopek kulit dan potong ikut suka
1 peket fish ball
Santan secukupnya
segengam ikan bilis
1 biji cili merah ~ belah dia
1 biji bawang besar ~ belah kasar2
2 ulas bawang putih ~ hiris
garam secukupnya

Caranya..
Ceburkan (cilok bahasa MamaFaMi) semua dlm periuk dan masak hingga lobak empuk... jangan lama nanti terlebih empuk tak sedap.. rasakan garamnya dah boleh hidang.. mudahkan?


Ini pulak.. Pengat Pisang.. buat hari jumaat yg lepas.. pisang awak tu.. adik yang dok kat Klang bagi.. tak tau nak buat apa.. emmm.. buat pengat pun best jugak..

Quote:
PENGAT PISANG

Bahan2
1 sikat pisang awak (guna pisang lain pun boleh asalkan yg sesuai spt pisang nangka, pisang raja, pisang nipah atau pisang sematu)
gula merah secukupnya ~ masak dengan 1 cawan air dan tapis (ikut manis yg anda mau jgn byk sangat!)
2 helai daun pandan ~ dibersihkan dan simpul
Santan secukupnya
sedikit saja garam untuk melemakkan kuahnya. (dalam 1/2 ~ 1/3 sudu kecil)

Cara Menyediakan
1. Pisang dikopek dan dipotong dua atau tiga cara menyerong.
2. Satukan santan, air gula merah, daun pandan, garam dan juga pisang ke dalam periuk.
3. Masak atas api sederhana sambil dikacau2 selalu agak santan tidak membuak dan berketul2.
4. Agak2 pisang dah masak.. angkat dan hidang panas2 atau sejuk2 dari peti ais pun sedapp


Dan ini pulak.. Mee Jawa yang kita buat last friday jugak.. hubby masuk kerja pukul 4 petang.. jadi masa kita balik dari kerja.. dia dah pegi kerja.. kita pun apa lagii... masak ler menu idaman kita.. terliur dengan mee jawa yang MamaFaMi masak hari tu.. tu yg tak sabar2 nak cuba tuu... kalau hubby ada rumah tak boleh ler nak masak gini pasal hubby selalunya nak nasi jugak b4 pegi keja.. bila dia takde.. merdeka ler kita.. leh masak apa saja..

Thanks to MamaFaMi berkongsi resepi & memberi ilham pd ku.... maaf yer mama.. MaDiHa copy & paste resepi dari FP mama


Quote:
MEE JAWA

MEE JAWA

500g mee kuning ~ dicelur sebentar saja
250g taugeh
2 tangkai daun bawang ~ dihiris
3 biji cili merah ~ dihiris
3 biji telur ~ direbus
3 biji limau nipis
bawang goreng

Kuah :

Bahan-bahan untuk dikisar :

6 biji bawang putih
8 biji bawang merah
1 batang serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
100g udang kering
1 sudu besar cili kisar

400g keledek ~ direbus dan dikisar
1 sudu besar serbuk kari daging
300g udang ~ direbus, buang kulit dan dikisar
1.5 hingga 2 liter air
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan mesin, rempah kari, cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan air. Kacau sesekali sehingga mendidih.
3. Masukkan keledek kisar, udang kisar dan campuran tepung jagung.
4. Reneh sampai pekat. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Hidangkan dengan mee kuning, taugeh, daun bawang, cili merah, telur rebus, limau nipis dan bawang goreng


JOM SEMBANG
Quote:
1. Rani: yup.. sedap.. masak apa2 pun sedap.. sayur lemak diganding dengan ikan kering memang best.. bak kata org T’ganu.. pallok!
2. Hanieliza: haii.. kak Liza dah balik cuti2 Malaysia yer? A’ah betul tu… pernah gak dengar org kata lobak putih boleh banyakkan susu badan.. tapi tak pernah lak cuba masa dalam pantang sebab bimbang lak pasal ada gak org kata lobak tu spesis sayur sejuk.. tu yg tak berani tu..
3. Kamalina: Ramai yg suka pengat pisang ni kan? Buatnyer pun senang.. tp yg penting sedap.. akak suka sebab ada rasa masam2 tu.. haa tu dia… tak pernah mkn yer? Bolehlah cuba masak.. beli yg kecik dulu takut tak suka kang membazir lak.. heran yer.. padahal fishball tu kan ke sedap.. cemana leh hubby kamalina tak suka..
Re: akak takde YM.. belum daftar.. nantilah ada masa akak daftar yek.. tp takut gak nanti bos bising asyik keje chating jek hehehe… kalau nak PM no tel pun ok gak.. leh kita sembang2..
4. Nur: yup.. kalau orang ada batu karang pun bagus mkn lobak putih ni.. kalau makan mentah memang ada rasa pedas2 sikit.. sikit jer.. bukan macam rasa pedas wasabi tuu.. hehehe..
Re: belum pandai cakap Jowo… lepas makan mee jawa tu.. setakat ni hanya tau.. “wes mangan?”, “wes ngombe?”.. itu jelah.. hehehe..
5. MamaFaMi: Itulah pasal… sebab byk khasiat tu yg kena gak makan sekali sekala… perbanyakkan variety sayuran dlm masakan.. barulah tak jemu.. thanks ma… mamalah sumber inspirasi MaDiHa selama ni..
6. Layman: Ok gak tu.. buka satu lagi FP Kitchen Layman.. boleh gak kita kongsi2 resepi & idea memasak..
7. Ariesya: Boleh cuba.. dijamin sedap mee tu.. Janji pandai sesuaikan rasanya yg ada manis, masin pastu jgn lupa perah asam limau.. MaDiHa punya tu takde limau.. kurang kick… since kawin dgn hubby baru pandai mkn sambal jering tu… now is my whole family favourites.. (thanks to hubby & MIL yg perkenalkan resepi tu)
Re: wahh.. pasti seronok dpt blk M’sia nanti kan.. jgn lupa bwk ole2 utk kami.. heheheheee…
8. Masriyah: Lobak putih tu.. tak tau nak kata rasa cemana.. kenalah Yah masak sendiri.. tp bestlah jugak. Pd tekak MaDiha ni.. cuma anak2 je tak suka..
9. Soulha, Cairo: Itulah orang kata.. tak boleh kata tak suka.. kena cuba dulu baru tau.. hehe… yup.. ada gak dengar petua tu.. tp tak pernah cuba pulak..
Tulah kan.. pasal tu saja suka2 share gambar masakan kita kat sini.. kot2 boleh bagi idea kat kawan2..
10. Hajar: Bila Hajar sebut pisang abu baru teringat.. pisang abu dengan pisang awak.. benda yg sama kan?
11. Haniss: MaDiHa msk pun sebab terliur tengok kat FP MamaFaMi.. laju jer start enjin.. hehe.. petua tu ada gak dengar.. sama mcm Haniss gakla.. tak pernah cuba.. hehe..
12. Tok Janggut: ni mesti belum minum pagi lagi ni.. hehehe.. cepat2 gi kedai jari mee jawa tu yek..
13. Ha/chedana: tulah.. pantang nampak fp masakan laju jer kita masuk.. thanks juga singgah ke sini..
14. Pucukpaku: Itulah pasal.. Org tua2 kata bagus utk tambah susu badan.. tp ada gak yg kata sayur ni sejuk.. tu yg tak berani nak cuba tu..
15. Mamaella: Ohh.. boleh gak digoreng yer? Good idea ni.. MaDiHa selalu masak lemak, sup or acar mentah ajer..
16. Kak Leen: Kalau dah mkn mee jawa & sirap bandong.. kenalah duduk di atas kerusi jati.. barulah ala2 bercuti di Bali… heheheheee..
17. Zura: Yup.. sedap gak tumis air.. or buat sup.. leh la varietykan masak lobak ni kan..
18. Srsfeqah: ni mesti tak pernah mkn ni.. hehehee… betul tu.. org T’ganu suka tambah telur dlm pengat or serawa.. infact dlm sira pisang pun bubuh gak telur.. tp akak tak masuk telur pasal hubby tak berapa suka… nak kena biasakan dia jugak ni.. rindu plak nak mkn pengat buh telur.. hehehe..
19. mamaharizdanish~anna: akak pun tak pasti ni betul2 punya mee yang ada kat Jawa nun ataupun tidak.. hehehe.. resepi dah ada.. thanks to MamaFaMi yang promosikan resepi ni.. nanti bolehlah anna cuba pulak yer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net