Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jan-2008 04:10 Email | Share | Bookmark
Mee Hailam

 
Hmm... tengoklah si Haziq yang ketiduran semasa kami menjemput dan menunggu kakaknya keluar dari kelas berhampiran sekolahnya... nyenyak betul dia..!
Dengan kepalanya yang dah gondol tu.. nampak semakin bulat anakku



Sekarang ni.. balik dari kerja.. banyak tempat kena menyinggah.. kadang tu.. singgah kedai dulu beli barang2 yg nak dimasak, tapi yg pasti.. kena singgah rumah pengasuh jemput Haziq, pastu singgah rumah transit Dini ambil baju & beg sekolah agamanya.. kemudian barulah ke sekolah Dini untuk jemput dia balik dari sekolah. Melalui Federal Highway sangatlah membosankan... terpaksa menempuh trafic yang bergerak slow... (itu belum masuk kalau ada kemalangan kecil.. jalan akan jem teruk!) aduhaiii... baru ku tahu bagaimana rasanya menempuh laluan seperti ini.. jika sebelum ni.. tau nak drive laju jer menuju ke rumah.. kali ni baru ku tahu.. hehehe....

Oklah... Jumaat lepas.. hanya sempat masak mee hailam ajer untuk makan malam setelah dipersetujui oleh hubby . Terliur dengan mee hailam yang Nurfikas masak hari tu.. kita pun apalagi.. balik kerja terus mencari bahan2 untuk masak mee hailam ni... terima kasih Nur sebab berkongsi resepi.. Kita dah cilok resepi dari Nur.. Tapi maaf yer.. ada alter sikit2 jugak.. Hubby kata ok.. Dini pun cakap sedap.. tapi yang paling syok bila Laily pun cakap sedap..


Quote:
MEE HAILAM
Sumber : Nurfikas FP

Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar (MaDiHa bubuh 3 cm jek)
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar (MaDiHa guna 6 biji cili kering)
200 gm daging lembu (MaDiHa rebus empuk kemudian baru dipotong tipis.. airnya gunakan utk kuah)
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram (MaDiHa tambah)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air (air MaDiHa tak sukat... tp main agak2 dan tengok kepekatan kuah yg sesuai)
300 gm sawi, di potong 4 cm (about 2 pokok sawi )
150 gm kubis ~ di hiris lebar (MaDiHa bubuh 1/4 dari sebiji kobis)
2 biji tomato ~ belah 4 (ini MaDiHa tambah)
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda (ini MaDiHa tambah)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm (MaDiHa tak bubuh.. tp gantikan dgn daun bawang utk hiasan)
3 tangkai cili merah, di hiris hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan (MaDiHa tambah)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrt, kacau sehingga rata.
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.


JOM SEMBANG
Quote:
1. Rani: betul sangat tekaan Rani.. mee hailam lah tu.. cepat benor dia bagi komen.. akak belum habis edit lagi ceritanya..
2. Jeff: Makanan memang tak dpt dipisahkan dari hidup kita.. mesti jadi tarikan.. hehe..
3. Abah Along: Awat abah lambat sangat makan pagi… lain kali b4 masuk FP MaDiHa kena makan dulu.. kalau tak.. nanti jadi lapor plak.. hehe..
Re: ohhh rupanya tokua tu tauhu… barulah cheq tauu… hehehe..
4. Hanieliza: alahaiii.. malunyer pada Kak Liza.. kita yang baru nak belajar memasak ni manalah leh lawan dengan akak.. akak masak lagi best2 tauu…. Thank akak yer sudi jenguk2 dapur MaDiHa yang tak seberapa ni…
5. Syikin: A’ah… Apak dah gondolkan kepala Haziq.. nak tunggu kaklong dengan abanglong hantar bergunting tak tau bila.. masa pegi mkn2 kat P.Klang tu.. dia ada tanya pasal ni.. kaklong yg suruh dia gondolkan (kat rumah Apak Cik Ani ada mesin ketam rambut tu) tu yg dia botakkan tu… raya Cina ni Kin balik PJ kan? Tp abglong ajak balik Raublah pulak.. tak tau dpt jumpa Kin ke tak.. oh ya.. Salam takziah buat seluruh family kawan Syikin yang meninggal dunia semasa mandi pantai di Teluk Bidara last week yer.. mama yg cerita pd Kaklong.. sedih dengar..
6. Ayuwajah: Terima kasih
7. Srsfeqah: sodaplah jugak.. hehehe.. oooo.. teringin tengok haziq masa jaga dengan ‘rambut baru’ yer… tungguuuuuuuuuuuu….
8. Nur: Aikkkk.. baru je dia masak dah teringin lagi? Hari tu kita terliur tengok dia masak! Tp betullah.. memang best.. nak pulak kaya dengan lauk2nyer.. perrgghhh… makan tak hengatt… chef ada tahi lalat di muka? Chef Zaidah kot… dia memang popular dan selalu masuk tv… yup.. nampak bertambah bulat muka haziq sebab rambutnya tu… samalah MaDiHa pun gitu.. suka sangat cium anak besar2 ni tambah2 waktu dia tengah tidur…
9. Mamasya: Dah ngantuk sangatlah tu… sampai boleh tertidur pulak masa tunggu kakak dia.. memang agak penat sikit sebelah petang sebab byk tempat kena singgah dan sampai rumah agak lewat.. nak masak lagi.. cuma yg releks sikit waktu tengahari sebab dah tak perlu jemput Dini balik sekolah sebab MaDiHa dah hantar dia ke rumah transit.. dia makan & mandi di situ.. kemudian orang tu hantar pula ke sekolah kebangsaan. so waktu lunch MaDiHa bolehlah releks sikit.
10. Ana: MaDiHa masak banyak tuu.. sekilo mee kuning.. dapatlah jugak bagi kat jiran merasa… kalau Ana dok dekat2 sini.. boleh jugak MaDiHa hantar ke rumah… jadi tukang rasa pas ke tak pas kita masak.. hehehe.. yup.. pasal chef tahi lalat tu rasa2nya memang betul Chef Zaidah lah agaknya tu…
11. Hanieliza: Terima kasih Kak Liza… dah tengok.. tapi takleh reply pulak (katanya failed)… MaDiha reply sini jelah yer… thanks atas pertolongan akak..
12. Ouled Kenitra: Betull.. tapi ibunya takleh la tidur sama… kang sampai ke malam lak dok depan sekolah..
13. Tok Janggut: Ok.. takper tok.. bila2 tok senang baru update ok..
14. envy eyes: cantik2 album…
15. Pemancing Ikan: betull… saya ingatkan ikan tu sama dengan ikan tembakul… tu yang bertanya tuu…
16. lyndz: Ohh.. lyndz pun lalu federal highway jugak yer? Memang tensen kan..? pagi2 nak keluar dari rumah akak nak menghala ke F.H pun jem.. waktu balik keluar dari Jalan Templer pun jem.. huh.. tensen tensen…
17. Aliza: Itulah.. lena betul sampai ibu dia ambil gambar pun tak sedar. Makanan tu.. masak simple jer… Aliza lagi pandai masak.. sedap2 plak tu…kita selalu terliuq especially western food..
18. Lynnhassan: Betul tu… ada dua tu.. barulah ada ummphh!
19. Daalia: Hehe… tak perlu pakai bulu mata palsu lagi.. terliur ke dengan mee hailam tu? Daalia pun boleh cuba masak gak.. senang je tu..
re: thanks yer utk jawapan pasal rumah iklim tu… rindu dah nak pegi sana lagi..
20. Maklang: Terima kasih maklang.. MaDiHa dah hantar email.. harap2 lepaslah kali ni..
21. Eryne Jasmine: Agaknya Eryne terlampau kerap masak mee hailam kot. Macam akak ni.. memang tak pernah cuba masak sendiri asyik dok order jer bila makan kat luar.. ni baru cuba2 masak sendiri.. sib baik jadik. Hehe.. tulah.. pasal jalan jem tu.. memang betul2 kena sabar… apa nak buat.. hidup dibandar macam nilah.. jem tu memang makanan harian kita. . hehe..
22. Soulha, Cairo: Samalah selera kita… tapi kat rumah jarang masak mee sebelah malam.. coz cik abe kita selalunya nak nasi juga.. tp kalau pagi tu no problem laa.. but mlm tu.. dia setuju plak bila kita kata nak masak mee hailam ni.. agaknya.. sebab kita tak pernah masak kot.. selalu asyik mee goreng jek.. hehehe.. uihh.. mahal yer seafood kat sana.. emm.. tp takper.. leh ganti dgn daging & ayam..
23.Kamalina: Oooo.. agaknyalah tu akak tengah edit.. nampak lain sebab kepalanya dah gondol.. hehe..
re: akak pun syok gak borak dengan aimi.. tp tulah.. hajat nak belajar edit gambor tu.. entah bilalah yek.. hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net