Ni projek dua malam lepas.. dapat ler buat sarapan pagi Isnin tu... buat pun tak banyak.. sebab sekadar nak menghabiskan inti kelapa yang masih berbaki dalam peti ais. (inti lebihan buat kuih bom keledek aritu.. lamanyerrr kan...? simpan dlm petiais.. tahan lama tau ) Idea buat kuih koci ni datang bila sis Daalia sebut aritu. Mula2 tengok sis Daalia minum petang dengan kuih ketayap.. teringat inti dlm peti ais ada lagi.. ingat nak buatlah jugak.. tp takut tak sempat lak nak mendadar pagi2 hari. Maklumlah.. kalau pagi2 tu.. bukan boleh lengah2.. itupun dah bangun seawal 5.45 am! (nak bangun awal lagi tak sanggup.. coz tiap2 malam tidur lewat... keje rumah tak abis2 )
Tiap2 pagi bangun prepare mana yg patut.. kena kejutkan Dini barulah siapkan sarapan ala kadar.. nasib ler apa yg sempat dan apa yg available.. kalau ada nasi lebih.. nasi gorenglah! Kalau ada roti.. rotilah jadi mangsa.. pastu bancuh teh 'O' untuk hubby, bancuh milo untuk Dini, bancuh susu untuk Haziq.. bila Dini siap mandi.. giliran kita lak masuk bilik air.. pas solat & bersiap2.. takleh lengah2.. terus kena keluar rumah sebelum 7.00am. Selalunya.. by 6.45 am.. kita dah start enjin kete... Nasib ler.. kadang Haziq belum terjaga.. angkat dan dukung jer dia sambil tidur.. gitulah hari2 rutin ku tiap2 pagi. Kalau Haziq dah bangun pun kena dukung gak.. sebab nak cepat takut lewat pulak Dini nak ke sekolah.. Itupun jalan dah mula jammed nak keluar ke Federal Highway...
Opppss.. panjang lak cerita.. hehe.. ok.. berbalik pasal kuih dadar tadi.. oleh sebab proses mendadar kuih agak memakan masa.. jadi kita tak jadi buat kuih dadar/ketayap tu.. but.. kita buat kuih koci pulut hitam seperti saranan sis Daalia.... Senangkan..? siapkan kuih dari malam.. paginya.. tak perlu terkejar2 di dapur Dapatlah dijadikan sarapan & bekalan serta bagi kat Cik Ani sikit.. Dini nowadays.. jarang nak bawak bekal.. setakat makan kat rumah jer.. hubby pun sama gak kecuali kalau buat kuih2 tu.. ada gaklah dia nak tapau.. kalau kita masak nasi goreng or mee/bihun goreng.. dia mkn terus kat rumah.. kita lak.. memang everyday bawak bekal.. tak sempat & tak boleh nak makan kat rumah.. Sampai opis barulah BF
Oklah... kita letak resepinya di sini yek...
Quote:
KUIH KOCI PULUT HITAM
Bahan Doh 250 gm tepung pulut
125 gm tepung pulut hitam
1 sudu kecil (rata jgn membumbung) garam ~ larutkan dengan air
air secukupnya (agak2lah yek.. kita tak sukat.. bancuh jer dulu garam tu dgn satu mug air.. pastu bila masih tak cukup airnya.. boleh tambah lagi sikit demi sikit)
Bahan Inti ½ biji kelapa parut yang muda (saiz besar.. kalau kecik.. buatlah sebiji)
gula merah/gula melaka secukupnya (ikut manis yg anda mau)~ kalau guna gula merah masak dlm periuk dengan 1 cawan air kemudian ditapis habuknya.
1 sudu besar tepung pulut untuk melikatkan inti
2 helai daun pandan
Cara2 memasak Inti 1. Tuangkan air gula merah ke dalam kuali dan masak.
2. Campurkan terus kelapa parut & daun pandan.
3. Masak hingga air agak kering.. taburkan tepung pulut ke atas inti rata2 dan gaulkan rata sambil dikacau2.
4. Rasakan inti.. jika kurang manis.. boleh tambah gula pasir hingga dpt manis yg anda suka.
5. Biarkan inti agak kering dan bolehlah digunakan.
Bahan Tambahan 100 ml santan pekat (MaDiHa guna santan kotak)
½ sudu kecil garam ~ dibancuh dengan santan
Daun pisang secukupnya ~ Dibelah sepanjang 8 - 9 inci lebar (bergantung pd saiz kuih anda)
Minyak masak secukupnya
Gunting kecil (jangan guna gunting kain!)
Cara Menyediakan Kuih
1. Lap daun pisang kedua2 belah hingga bersih dari sebarang habuk.
2. Layurkan daun pisang yang telah dikoyak saiz dikehendaki di atas api sederhana (dapur gas). Ketepikan dahulu.
3. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam mangkuk/besen.
4. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang dikehendaki. Jangan terlalu keras & berderai dan jangan pula terlalu lembik!.
5. Ambil doh sebesar limau nipis (atau saiz kesukaan anda). Leperkan doh dan letak atas tapak tangan.
6. Sudukan 1 sudu kecil penuh inti ditengah2 doh tadi lalu tutupkan inti dan kepal2kan kuih. Bentukkan jadi agak lonjong sikit yek. 7. Ambil sekeping daun pisang. Jika daun terkoyak sedikit.. boleh lapiskan 2 (guna daun yg lebih kecil ½ saiz pun takper).
8. Sapukan minyak di atas permukaan daun pisang hingga rata.
9. Letakkan kuih atas daun pisang tadi dan ambil 1 sudu kecil santan yg dibancuh garam lalu curah atas kuih.
10. Tutup/gulung kuih dengan daun dan gunting lebihan daun yg terlalu panjang dan barulah dilipat kemas kedua2 belah. Gaya lipatan tu.. boleh rujuk pd kuih yek.. lipatnya tu lain sikit dari lipat kuih lepat.. (ni utk adik2 yg tak biasa buat ler.. utk sifu2 tu.. semua dah pandai )
11. Siap lipat kuih.. aturkan terus ke dalam pengukus. (sambil tu boleh panaskan air dlm periuk kukus)
12. Habiskan kesemua doh dan bolehlah dikukus selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
JOM SEMBANG
Quote:
1. Jeff: Tak suka kerana melekat dlm mulut? Mesti tak suka dodol jugak kan?
2. Kamalina: Akak tak memilih.. mana2 pun suka..janji intinya jangan manis sangat. Akak buat malam.. dptlah mkn pagi esoknya.. (tp mlm tu pun dah kena balon dah.. hehehe)
3. Tokjanggut: Orang tuo2 memang pandai buat kuih2 tradisional ni… kalau bukan kita yg meneruskannya.. sapa lagi.. supaya anak cucu kita nanti kenal apa itu kuih koci.. hehe.. Tokkkkk.. bila nak hapdet resepi tuuuuu??? 4. Lyndz: Kena ada seni jugak melipat koci ni.. tapi takper.. apa ada pada rupa.. yg penting rasanya..
5. Ojie: Akak suka tp tak pernah beli koci sebab tak suka inti kelapa yg terlalu manis & guna kelapa tua yg biasa org buat jual. Selalunya akak buat sendiri.. inti guna kelapa muda dari kampong.. & mesti kurangkan manisnya barulah sedap.
6. Hajar: Alahai Hajar.. bukan susah benor membuatnyer… tp kat sana ada ke daun pisang?
7. Kamalina: Itulah pasal.. belum keluar ceritanya lagi td.. dah jadi ibu ni.. kenalah berkorban utk anak2 kan… takper.. ada ganjarannya kelak..
8. Daalia: Takperlah sis.. kita sebut byk kali nama sis.. kasi glemer lagi sis.. haha (sekarang pun dah mulai glamer kan) untunglah ada bibik yg boleh buatkan.. order saja.. cam madiha ni.. semer kena buat sendiri.. oo.. bagus2.. virus muffin masih melanda yek..? seronok buat muffin kalau ramai yang tukang makan kat rumah. Madiha kalau buat.. tak ramai peminat.. tp kalau teringin tu.. buat gaklah..
9. Mamasya: Macam ni lah mamasya jadi ibu bekerja.. kelam kabut manjang especially awal pagi & waktu pulang dari kerja.. sabar jelah.. pasal buat kuih tu.. idaklah rajin sgt.. tp sebab tekak tu nak makan.. buatlah jugak.. lagipun nak habiskan bahan2 (inti) yg masih berbaki..
10. Pian: meh sini alamat?
11. Mamaella: jommmmm….
12. Sitione: Orang tua2 suka kuih ni kan?
13. Soulha, cairo: buat sebelah malam.. sempatlah.. itupun mujur haziq tak meragam. kalau pagi2 buta tu.. memang surrender lahh.. hehehe..
14. Maklang: Koci pulut hitam tak berapa ‘menarik’ sangat berbanding koci biasa… tp.. walaupun ianyanya ‘menarik & tertarik’ madiha tetap suka.. tp dengan syarat intinya guna kelapa muda & tak terlalu manis (selalu amik kelapa muda dari kampong utk buat inti)
15. Zatidhati: Bestkan bila ada santan lemak tu… yum yumm…
Re: pasal tulisan tahun hijrah tu.. rupanya kesilapan teknikal.. hehe.. agaknya customer pun tak perasan dia tersalah taip dlm sms dia..
16. Masriyah: Kat sana susah dpt daun pisang ke yah? Yah masih boleh buat lagi walaupun tak guna daun pisang… buat seperti kuih angku yg chinese buat kaler merah tu… letak jer atas plastik tahan panas & kukus.
17. Unnamed: nak meh ler sini…
18. DOd: Tau… org Jawa memang suka kuih ni… ada jugak yg buat koci labu kan.. sedapnyerrrrrrrrrr….
19. FarEast: Siapa kata kuih ni dah lupus? Masih ada lagi… especially di bulan Ramadhan pasti ada dimana2… (pasal tu akak kena rajin2 buat kuih tradisi ni.. supaya generasi akan dtg kenal apa itu kuih koci..)
20. Yar-t: Memasak tu dah menjadi kewajipan.. bukanlah sebab rajin. Hehehe..
Re: Dok kat PJ? Dah kena sangatlah tu… saya pun kat PJ jugak.. ni ajak2 ayam ker ajak2 kambing.. ? kalau saya pegi nanti.. saya gomol2 Garfield tu takper ker? Pantang jumpa kucing comel2…. Mulalah geram.. hehehe…
21. Lynnhassan: Terima kasih bagi petua utk tahan lama tu yek… boleh juga dipraktiskan. Mana tau nak bisnes kuih lak nanti. Hehe..
Re: Nak kena buat jugak kek nanti.. sebab besday haziq coming soon.. tp tak sesuailah pulak letak edible pic tu pasal pic tu gambar snow white.. hehehehe…
22. Haniss: Ok lain kali madiha buat.. madiha ketuk rumah haniss yekk..
23. Hazie: TQ Hazie for the answer… very interesting..! but for this coming class.. madiha can’t join… ingatkan free.. sekali mlm tadi si dini just told ada sekolah ganti pulak.. insyaAllah.. nak join gak tu one fine day.. just wait for my call ok..
24. Zuhri: Biasa ler dok kat bandar ni.. daun pisang nak kena beli.. kalau kat kg.. ambik jer pd pokok.. cantik plak tu.. yg beli tu.. luar cantik.. dalamnyer.. koyak2.. zuhri dok bandar sunway gak yer? Dekat sangatlah kita ni yekk..
25. Zura: Ooooo feberet yer? Samalah kita... dah selamat dah koci tu Zura oiii.. 26. Fazla&Hajar: Mudah jer cari tepong pulut hitam tu.. ada kat kedai2 runcit ataupun pasaraya...
>> tak berapa minat koci ni...
>> melekat dalam mulut...
Wed 16-Jan-2008 05:24 Posted by:<< jeff >> - [Link]
saya suka koci!! esp yg pulut itam... memang best!!!!!! akak, post kat sini sikit...
ps: bila akak buat koci ni??? sempat lagi tu.... rajin betul la akak ni...
thnks singgah fp saya..best la fp akak ni..tenguk makanan mcm2 terus wat sy lapa..koci pn nmpk menarik tp sy x mkn koco sbb x berapa suka ngn inti kelapa dia..hehe
ooo... ni mesti kes lum abis citer, saya dah masuk line.. hehehehe.. begitu ceritanya yek.... mmg betul tu kak... saya yg tak keje nipun, kalau kul 6 tu dah kira lewat bgn sebab nak masak bekal utk haziq ke sek... everyday bw bekal, roti pun roti laaa.. janji ada...
sedapppnyaaaaa .. lama sangat tak makan kuih koci pulut hitammmmm ...... nak suruh bibik buat lah cam ni.. saya malas nak layan buat kuih koci .. saya minat layan makan je koci ni ... saya tenga zokkkk melayan muffin la ni.... hik3x.. malu leee.. banyak kali awak mention nama kita kat entry awak kali ni.....
re: MaDiHa, hehe … terkena tempias mommies yang kaki masak tu lee.. sifu2 tu belaka …
Pagi2 mmg waktu yg paling sibuk kalau ada anak2 sekolah....nak layan mereka suruh bangunpun satu hal kadang2... kuih koci ni selalu jugak mkn tp yg kwn yg buat, nak buat sendiri macam susah rasanya... tp tabik lah kat MaDiHa rajin betul buat kuih-muih....
cantik kuih koci tu...mklang tak suka kuih koci...kenapa tak suka...tak suka sbb kena tarik2 masa nak makan...koci tu kan cam kenyal2 je...heheh...agaknya tunggu dah takde gigi nanti baru makan gamaknya.... org2 tua suka kuih koci tapi bebudak tak sukakan!
akak pulak suka sangat dengan kuih koci, terutamanya yang ada siram santan pekat tu.... mak aii, terliuq lah pulak.
Re: itulah yang kelakarnya 1428. akak ni copyright betul-betul pada smks si roza tu. bila akak sms tanya, dia jawab apa ...elok le kau piosahkan salam maalhijrah tu dengan angka 1428. tu tanda tahun tu dah berlepas. tapi sebenarnya dia silap beritahu tu... anak akak pun dah tegur tapi akak kata, akak ikut sms customer je.
yuhuuuu kuih KOCCi...adui pebret ku itew kak diha...... kalau kat kg teman kan bila kenduri kuih KOCCI nom one.
Tu nak tahu masyarakat jawe kuih pebret memang si kak KOCCI
kawan mak ajar, versi tahan lama, sbb dia supply kuih koci ni kat allson klana bertahun...bila dah letak inti, rebuskan kuih koci tu sampai dia timbul, angkat masukkan dlm minyak, pastu balut, nanti kukus kejap ajer..hehehe, buat ler kek sempoi satu, curah choc, letak edible, lama2 simpan nanti dia rosak, hari tu beli banyak2, last2 gambar blur dan dimakan semut, sbb tu x simpan stok
Salam MaDiHa
Thx for visiting my fp. Berhubung kelas jahitan manik saya tu, pendaftaran masih dibuka pd 19/1 di tmn medan. Yuran yang dikenakan RM50 untuk 20 jenis design/asas jahitan manik. Barang2 untuk jahitan disediakan dan boleh dibawa pulang. Kalau nak join in, sms/call saya (012-6640950-hazie) ok. TQ. TEMPAHAN/KELAS JAHITAN MANIK - http://haszalia.fotopages.com
cedapnyer kuih koci iteww..nak gak try buat tapi maklum ler nak dapatkan daun pisang freshh susah sgt..heeeee...madiha..kat bandar sunway ekk..idok ler jauh dari tmpt teman..