Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jan-2008 05:51 Email | Share | Bookmark
Simply delicious!

 
Baru2 ni... terliur dengan lauk Kerutup Che Banding yg dimasak oleh Sayasha... kita pun apalagi... copy resepi.. balik rumah terus mulakan eksperimen.. seperti yg dikatakan oleh Sha... memang sedappp lauk ni.. Tak rugi mencuba.. menurut Sha.. resepi ni diperolehi dari Radio Kelate yang diolah oleh Chef Ayah Aji yang juga pernah memasak untuk istana... Kepada Sha.. TQ sudi berkongsi resepi & TQ juga pada Chef Ayah Aji Fuhhh.... merasa jugak kita makan lauk istana yek


Quote:
KERUTUP CHE BANDING
Sumber : Sayasha FP


Bahan2
1 kg daging/1 ekor ayam sederhana ~ potong ikut suka (MaDiHa guna 2/3 dari sekor ayam.. 1/3 dah kena goreng )
2 sudu besar kelapa parut * (MaDiHa tak letak.. takde stok kat rumah)
1 biji kelapa (santan 4 gelas iaitu 2 santan pekat dan 2 santan cair) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dan dilute dengan air menjadikan 4 cawan)
10 ulas bawang merah* ~ dihiris
4 ulas bawang putih * ~ dihiris
3 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga *
10 biji lada hitam *
8 tangkai lada kering * ~ dikerat2
½ sudu teh jintan putih *
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu besar ketumbar biji *
½ inci kulit kayu manis* (pastikan ketuk2 sikit bagi hancur dlm lesung supaya mudah halus masa blend sebab kayu manis agak keras)
1 batang serai* ~ hiris halus
½ inci lengkuas* (mayang halus)
¼ inci halia * ~ hiris (MaDiHa letak ½ inci)
2 keping asam keping (kecil)
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka
½ cawan minyak jagung

Cara Menyediakan
1. Satukan bahan2 bertanda * dan dicuci bersih & tos.
2. Panaskan minyak dah masukkan bahan-bahan yang bertanda * dalam kuali.
3. Goreng sampai kekuningan, tutup api dan biarkan dalam minyak & biarkan sejuk sebelum di blend bahan2 tersebut sehingga halus. (MaDiHa blend sekali dengan minyak & tambah sedikit air)
4. Gaulkan bahan kisar bersama daging/ayam dan perap sekejap sebelum di panaskan atas api sehingga nampak kering sambil dikacau2.
5. Masukkan santan, garam, asam dan gula melaka.
6. Masak sampai pekat & terbit minyak.
7. Rasakan apa yg kurang mengikut citarasa anda..



Dan ini pula sayur sempoi.. but it was so delicious.......... tak caya cuba masak & rasa sendiri

Quote:
KOBIS HITAM PUTIH
Sumber : Sendiri


Bahan2
½ biji kobis ~ dihiris kasar
4 kuntum cendawan hitam kering (tak tau apa namanya.. rupanya kerinting berkelopak2) ~ direndam hingga kembang & hiris nipis
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 peket udang kering ~ direndam biar lembut dan ditumbuk
2 biji cili hijau ~ dihiris
1 sudu besar bijan (optional)
minyak untuk menumis
garam & perasa
sedikit air

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumis bahan2 tumbuk hingga layu. Masukkan cili hijau dan kacau2 kejap.
2. Masukkan kobis & cendawan. Tambah sikit air sambil kacau hingga layu.
3. Masukkan garam & perasa serta bijan. Kacau2 kejap dan bolehlah dihidang.


Quote:
Tips: Jika ingin membeli kobis.. pilih kobis yang berbentuk 'bulat leper' kerana ianya lebih lembut & lebih manis... Kobis yang bentuknya 'bulat' agak keras sedikit.. terutama tulang2 daunnya. (ehemm.. experience seorang anak petani )


JOM SEMBANG
Quote:
1. Rani: Mana ada macam2… satu hari 2 jenis jer.. kadang2 sejenis jek lauk kita tau.. ehehehee.. ooooo ye ye.. cendawan telinga kera.. pernah dengar gak tp terlupalah... TQ TQ..
2. Aliza: Ni resepi ore kelate… memanglah hubby Aliza suka.. hehe.. Kerutup ni special sikit sebab kena blend sendiri rempah2nya tu.. tp yang MaDiHa masak tu.. rempah2 dia tu kurang halus… kalau halus lagi best!
3. Eryne Jasmine: Tulahkan.. ada org time pregnant langsung takleh masak.. tp akak alhamdulillah.. ngandungkan dua2 anak masih boleh ke dapur sampailah ke waktu nak bersalin.
Re: Patutlah susah nak dpt tempoyak kat sana yer.. betull.. kalau Eryne nak akak leh bagi.. adalah sikit stok kat rumah tu.. setakat nak lepaskan mengidam tu… insyaAllah.. nanti PM akak address Eryne ok..
4. Kamalina: Yup.. yang kobis bulat tu.. daun2 dia keras sikit dan rasa dia pun tak berapa sedap.
Re: oooo.. order handbag.. ingatkan order apalah tadi.. wahhh.. bergaya sakanlah lepas ni yekk.. hehe..
5. Mamasya: Oooooo… mesti byk borong rempah ratus kat Trengganu kan? Seronokkan sesekali dpt balik Malaysia.. resepi kerutup yg MaDiHa masak dulu tu.. ikut resepi Kak Liza.. ambil dari majalah Jelita yg Kak Liza ‘masuk majalah’ tu….tu lagi senang sebab guna rempah siap.. tp yg rempah blend sendiri ni rasa dia lain sikit tau…
6. Tok Janggut: Takkan tok tak ponah ghaso lae msak kerutup tuu.. raso ehh.. kek kenduri kendaro ado jugak oghang masak lauk ni…
Re: Den dah agak dahh.. almaklumlah.. anak peneroko felda… dah konal bonar dengan pokok sawit.. hehe..
7. Pemancing Ikan: Jangan kata gitu pokcik… orang2 muda pun ada jugak yg suka kuih koci tu.. anak MaDiHa pun suka… hehe..
8. Mamasoulha, Cairo: Sini pun boleh tahan gak harga cendawan tu.. tapi takper.. beli sikit jer dpt banyak jugak sebab cendawan tu ringan tau..
9. Yana: Woooo.. tengah diet ker? bagusnyerrrr… teruskan niat murni mu itu… akak ni yg tah bila nak mula berdiet… belum sampai seru lagi.. hehe..
10. Hajar: Ni rasa2nya sajian istana zaman moden kot.. sebab rempah ratus tu dikisar gula blender ajer… kalau zaman silam kena guna batu giling…. Sini mano nak cariiiiiii… hehehe…
11. Nur: Sabor jelah Nur ni… pandai lak kerutup tu memanggil2 yek.. hehe..
12. Masriyah: Betulll… budak2 kurang suka berempah2 ni.. tp Dini makan jugakla… tp si Haziq memang takleh makan sebab ada rasa pedas sikit. Pasal tu kena goreng ayam jugak utk dia…
13. Yong@ibu Chempaka: Cubalah Yong… senang jer masaknya tuu…
14. Jeff: Tajuk jer gempak tu.. hehe.. tp memanglah.. makanan sememangnya delicous..
15. MamaFaMi: Mama pandai jer cari pasangan utk kerutup tu yekk…
16. Lynnhassan: Ohhhh gitu pulak yer.. memang ada budak yg jenis memilih.. anak akak lak.. si Dini tu no problem.. cuma si Haziq jelah.. pasal tak tahan pedas.. goreng ayam je utk dia..
17. Ida Isk: Wallaaaaaaaa… Ida buat den teringat kat nasi dagang pulokkkk….
18. Lee Lin: Suka jugak yer? Kalau rumah dekat leh jugak kita hantar sepiring… kot campak2 kang.. terjatuh lak atas lantai.. hehe…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net