Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jan-2008 02:52 Email | Share | Bookmark
The Yummilicious Bingka Suji

kacau dlm kuali sampai pekat
baru tambah marjerin, gandum & vanila.. ok boleh bakar skrg!
dah pun masak.. atas garing sikit baru sedap!
dah sejuk baru potong tau!
Hehe... nak tau kenapa MaDiHa beria2 benor dok tulis 'yummilicious bingka suji'?
Jawapannya ialah keranaaaa... kuih ni sangat sedap & menjadi kegemaran kami sekeluarga.....
Kenapa? tak percaya kerrrr?

Sebenarnya baru2 ni.. MaDiHa dok tercari2 resepi kuih daripada tepung suji. Bukannya apa.. ada banyak stok tepung suji kat rumah lebihan buat shortbread cookies masa raya puasa tempohari. Takut pulak tepung tu rosak... nanti membazir pulak. Biarpun harganya tak mahal.. tapi sifat membazir tu.. memang MaDiHa tak suka. Kalau boleh.. biarlah semua yg dibeli digunakan sampai habis. Puas dok mencari merata-riti... akhirnya terjumpa satu resepi ni dalam laman web Chef Norzailina Nordin. Bila ditelek2 bahan2nya mudah dicari.. kita pun laju jelah copy & paste resepinya...

Then.. balik dari kerja.. lepas jemput Haziq kat rumah Cik Ani.. singgah kat rumah Sujah kejap untuk mengecek daun pandan kat tepi rumah Sujah tu.. (hehe.. kedekut betul! Daun pandan pun taknak beli. Biasa ler... ada yg free.. kita cari yang free dulu ). Bila dah menyinggah tu.. macam biasa ler.. dok borak2 ler kejap. Oleh kerana dah lewat.. kita pegi jemput Dini kat sekolah lewat ler sikit sebab kalau pergi waktu tu pun.. mesti takde parking. (biasalah.. kalau nak jemput anak kat sekolah.. kalau awal biar awal betul.. kalau dah terlambat.. biar lambat betul.. biar orang lain balik & kurangkan jem dulu)

Oleh kerana kita ambil Dini lewat.. about 6.45 p.m jadinya.. kita sampai rumah pun lewatlah. Rasa malaslah pulak nak masak (hehe.. cari pasal jer nak cuti masak ). So kita tepon ler Mr. Hubby kat tempat kerja dia cakap arini kita makan prosperity burger ajelah yer? Hubby kata ok!.. emmmm.. legaaaaaaaa.... Tup2.. pintu rumah diketuk... dan si Zetty bawak satu mangkuk lauk gulai lemak daging+kentang Alahaiiii... macam tau2 jer si Laily yang kita malas masak malam tu.. Oleh kerana Laily dah bagi lauk... kita pun terus ler jerang nasi & terus pegi membersihkan diri dan lain2. Bila hubby balik.. dia tengok periuk nasi menyala.. dia kata... laa.. kata nak mkn mcD? Kita kata.. Laily bagi lauk.. lain kalilah kita pegi . Selain gulai lemak daging tu.. kita panaskan ayam kerutup che banding yang ada lebih malam sebelumnya tu dan juga ulam timun.. Alhamdulillah.. kenyang kami malam tu..

Oleh kerana tak masak malam tu.. jadi bolehlah kita eksperimen kuih bingka suji tu awal sikit. Dok godek2.. alhamdulillah.. masa tengah makan nasi.. kuih tu pun masak . Lepas je makan nasi.. macam biasalah.. sambung keje rumah apa yang patut. Pastu dengar hubby jerit dari dapur.. 'Ibuuuuu.. ayah 'korek' kuih ibu yerrrr?" Kita hairan gak.. aikkk.. baru lepas makan nasi dah nak makan kuih pulak..? selalunya jarang dia macam tu. Kita jawab.. 'Kejappppppppp.. kuih tu belum posing lagiiiiiiiiii' Lepas siap posing2.. hubby pun rasmikan kuih kita.. (hubby dah faham dah hobi baru kita ambil gambar makanan... pasal tu dia tanya dulu kita sebelum dia rasa kuih tu) Kita tau.. hubby memang suka makan kuih tak kira kuih pedas atau kuih manis asalkan waktu tengah panas2 baru lepas masak... (pasal tu kalau buat kek jarang dapat hias sebab awal2 hubby mintak rasa tapi bila dah sejuk.. jarang pulak dia nak menyentuh.. pelik betul perangai dia ) katanya.. dia berkenan tengok kuih tu macam sedap jer.. tambahan pula bau harum daun pandan masa bakar tu yg buat dia tak sabar nak rasa. Masa dia rasmi tu.. hubby komplen katanya.. naper kuih ni lembik? Memang lembik pun.. kena makan dengan sudu. Kita pun jawap ler.. dah kuih tu panas lagi.. memanglah lembik.. (padahal dalam hati cuak jugak takut tak jadi ) Tapi lembik2 pun.. habis jugak 1/4 dari loyang tu dikerjakan oleh kami 4 beranak malam tu.

Then paginya.. alhamdulillah.. kuih jadi cantik je teksturnya.. tak lembik tp just nice aje. MaDiHa siap potong2 dan hidang utk Dini & hubby sarapan. Dapatlah bagi Sujah & Cik Ani sikit.. Nak bagi kat Laily pun dah tak cukup.. habis satu loyang tu pagi tu jugak.. Ingat dalam hati.. memang nak kena buat lagi sebab tak puas makan kuih ni. Rupanya.. petang tu balik kerja.. Dini tercari2 lagi kuih tu.. Kita cakap dah abisss.. Dini suruh buat lagi.. hehehehee.. yelahhhh.. nanti ibu buat.. bolehlah bagi Laily rasa sikit..

Oklah.. panjang lak cerita... tulah serba sikit kisah kuih bingka suji ni... kerana disukai oleh semua ahli keluarga.. MaDiHa bagi 5 bintang utk kuih ni Thanks pada Chef Norzailina Nordin kerana berkongsi resepi yang sedap ni. Tak rugi mencuba. Kepada kawan2 yang nak cuba.. MaDiHa sertakan resepinya di sini......


Quote:
BINGKA SUJI
Sumber: Norzailina Nordin


Bahan2
5 biji telur (MaDiHa guna gred A)
180-200 g gula kastor (MaDiHa bubuh 180 g aje just nice utk selera kami)
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dilute dgn air menjadi 300 ml)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 100 ml air untuk jus pandan (air tu.. bukan air yg 600 ml tu tau!)
600 ml air
½ camt garam
140 g marjerin
50 g tepung gandum
1 camt vanila

Cara membuatnya:
1. Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.(MaDiha guna loyang saiz 23 cm tanpa alas cuma lengser dengan marjerin sekeliling loyang)
2. Pukul gula dan telur hingga sebati. (MaDiHa pukul dengan garfu aje.. )
3. Tuang adunan telur ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air.
4. Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat.
5. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila. (MaDiHa ayakkan tepung sikit demi sikit terus ke dalam kuali sambil dikacau)
6. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.
7. Bakar selama 1 jam dengan suhu 200C atau hingga keemasan. Gril sebentar biar permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah, masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan). (MaDiHa bakar selama 45 minit api atas bawah dengan suhu 200C kemudian turunkan suhu oven kepada 170C selama 10 minit ~ jangan lupa pusing2kan kedudukan loyang dlm oven setiap 20 minit supaya kuih masak serata dan tak garing sebelah )


JOM SEMBANG
Quote:
1. Jay4to: Saya & suami pun kurang suka kueh-mueh terlalu manis.. pasal tu saya selalu cut down sukatan gula tiap kali buat kuih manis… just nice jer rasanya. Ikut citarasa masing2…
2. LynnZ: Tepong suji tu sama dengan Tepong Semolina… rupanya kasar2 camtu.. kalau takde tepong ni.. memang tak jadilah bingka suji... sebab bahan asas utama yang perlu untuk kuih ni adalah tepong suji itu sendiri… senang dapat tepong ni.. leh cari kat pasaraya atau kedai runcit.. selamat mencuba..
3. Rani: Cuba jangan tak cuba… sedapp wa cakap luu…
4. Laily: Alahaiii.. sedihnyer dia…. Jangan kecik atiiii…. Takper2.. nanti kita buat lagi sure bagi awakk punya…
5. Eryne Jasmine: Biasalah time2 tengah mabok.. memang selera takde.. tapi akak pulak.. sentiasa bagus punya selera sebab akak tak merasa mabok2 waktu pregnant rasa macam biasa aje. Alhamdulillah… syukur sangat2...
Re: cuti raya cina ni akak balik kampong… nanti suruh adik jumpa akak… leh akak kirim pd dia b4 akak balik kg.
6. Looksgood: Wa’alaikumsalam.. mekasihh.. cantik2 baju2 tu yer..
7. Alim~umi najla: Ampunkan akak alimmm…. Bukan nak bagi alim terliuq.. tp dah nak buat lagu mana… fp ni memang selalu dipenuhi makan2 sesaja… kalau teringin.. jomlah ke PJ.
8. Ariesya: hehehe…. Boleh saja… setakat nak merasa no problem… janji kuihnya ada lebih…
9. Srsfeqah: Betul tuuu.. akak suka kalau kita masak anak2 & suami enjoyed the foods…
10. unnamed: heheheeeee… dah selamat dah cayanggg…
11. aidura sofiee: biasa2 aje tuu…. Mekasih sudi kemari…
12. Umi-kal: memang sedap auntie… sampai anak madiha order lagi…. Tak rugi mencuba.. insyaAllah.. pasti jadi punya.
13. Pemancing Ikan: Takper pokcik… lain hari, lain bulan.. madiha buat bengkang plak yekk…
14. Eryne Jasmine: Akak tak berapa familiar sangat kat Ampang tu… kalau adik Eryne boleh datang PJ.. akak no hal. Nak jumpa kat KL pun ok jugak.. tapi akak jarang pegi KL tu.. tak suka jammed… hehehe.. harap2 adik eryne biasa dengan PJ.. so boleh jumpa dimana2.. kat Amcorp Mall ker… kat Taman Jaya ker…. kat State ker atau PJ Old Town… kat Subang Jaya pun ok gak.. or kat mana2 yg dia biasa.. tp kena ada no. telefonlah.. baru senang nak arrange .
15. Soulha, Cairo: U’re welcome… alhamdulillah.. ada juga yg sudi mencuba.. gerenti sedap insyaAllah..
re: Memang kita rasa mahal bila disebut harga dalam kg… tp bila kita tengok kuantitinya… pasti terkejut sebab dapat banyakk... mushroom tu ringan pasal dah kering..
16. Abah Along: Abah macam pokcik Pemancing Ikan tu jugak yek.. suka panggil bengkang.. hehe.. (maklumlah org lama………. Jangan mareeeeeeeeeee ) Kuih org lama2 ni memang sedap abahh.. rindu dgn kueh-mueh yg arwah tok madiha buat dulu2… dia pun tere dengan kuih2 lama ni… tp tak banyak yg sempat madiha belajar sebab tok dah pergi… masa tu madiha tengah sekolah lagi…
Terkezut tau dengar abah suruh Drzeze cari resepi ayam dlm fp madiha.. macamlah madiha ni tere sangat masak…. Byk lagi chef2 fp yg tere2 mcm Kak Liza, MamaFaMi, Rinnchan, Maklang dan lain2… lagi otai2…. Maluuuuu….. kot Drzeze masak tak sedap nanti.. mesti pasal resepi madiha.. Neway… mekasih abah kerana bagi sokongan & komen yg membina… madiha budak baru belajar.. kirim salam kat Drzeze yer.. ada gak jenguk fp dia.. tengok dlm tu.. gerun gak tengok penyakit2 tu...
17. Misleha: bolehhhh.. kita main tukar2 dengan kek okeh..
18. Layman: hehehe… nampaknya.. misi weols hampir2 mencapai matlamat…
19. Zura: Boleh try one fine day.. senang je buatnya Zura… ikut selera akak memanglah sedap sebab ada byk telor... (tau jelah.. kalau org belah pantai timur memang suka kuih2 yg byk guna telor.. hehe..)
20. Yong: Alahaiii.. resepi dah ada…. Study kejap.. pastu barulah buat.. senang je tu…
21. Cek De Sam: Kuih bakar pun sedap jugakk.. kita suka…
22. Hajar: Ikut selera kitorang ni memang sedaplah Hajar.. tak taulah orang lain pulak.. kena cuba baru tau.. hehe.. (kalau taknak rasa telur sangat.. boleh kurangkan 4 biji jer kalau guna grad A.. tp madiha buh 5 jer.. memang suka telur lebih..)
23. Tok Janggut: Takpolah tok.. slow2 shughuh nenek buekkan satu persatu untuk tok.. hehehe..
24. MamaFaMi: Memang sedappp….
25. Mamasya: Entahla mamasya.. madiha pun tak sangka yg hubby & anak2 suka… memang berbaloi buat kalau habis dimakan.. last Saturday pun buat lagi satu loyang sebab dini suruh buat lagi..
26. Ida Natrah: Nak buat cemana.. tekak ni dok teringin makan macam2.. hehe..
27. Ida Isk: Ni mesti tengah diet niiiiiiiiii….
28. Aida: sesekali jer rajin.. time malas.. makan nasi lauk telur dadar jer..
29. Fazizaid: sabarrrr yerrrr…
30. Kak Jie: memang sodappp…
31. Mamaella: boleh saja… kitorang makan dengan teh ‘O’ ajerrr..
32. Jeff: laaaaa.. baru tau ker.. hehehe..
33. Yatie: Semestinya tak sama yatie sebab kuih ni guna tepong suji… rasanya ada beza sikit…
34. Alchemist: terima kasih…
35. Sayasha: Sama2… terima kasih jugak kat sha sebab sudi share resepi.. emmm.. kalau sha buat.. rasanya menepati selera sha kot sebab kuih ni byk telor.. biasa org pantai timur memang suka kuih gini kan?
36. Cynda: Terima kasih Cynda.. thanks juga sebab sudi kemari..
37. Ana: Yer ker? patutlah dengar orang dok ke hulu ke hilir depan rumah aritu.. rupanya ana yer.. hehe..
38. FarEast: yesss…
39. Kamalina: saja akak nak goda awak.. hehehe… memang betul.. dah ada benda boleh dpt free buat apa nak beli2 lagi kan? Bukan sebab nak berjimat.. tp.. nak bagi pokok tu berdaun lagi lebat kalau kita selalu amik dia.. hehehe..
40. Nur: terima kasih nur… boleh try bila2 nanti..
41. Lee Lin:
42. Tariqzaidanirah: dua2 pun sedap.. tp akak prefer bingka suji ni lagi…haritu dah cuba bingka labu..
43. Zanaz: Kak Zanaz pun sama panggil bengkang yer.. asal belah utara yer.. patutlah.. hehe.. bolehlah cuba resepi ni.. memang sedapp

mesti sedap rasanya tapi manis ke bingka ni....? saya tak suka manis2 ......... Fri 18-Jan-2008 06:34
Posted by:jay4to ayahcu@gmail.com  - [Link]
kak, tumpang tanya...tepung suji tu mcm mana? kalau tak ada, nak tukar dgn tepung apa ye? menarik sangat kuih ni Fri 18-Jan-2008 06:54
Posted by:lynnZ
nanti nk cuba.cm best jer Fri 18-Jan-2008 07:20
Posted by:rani  - [Link]
sedih ya rasa hati........ tak dapat rasa dapat tengok gambarpun jadi la................. Fri 18-Jan-2008 07:40
Posted by:laily
alahai... bingka suji la pulak... nampak cam sedap, tapi la nie takder selera betul tgk benda sedap2 nie...
re: kak, takyah susah2 la nak pos kan tempoyak tu... nanti raye cina eryne akan ke kl, bercuti kat umah adik... kalu ade rezeki boleh jumpa akak kan... time tu nanti kalu akak nak bg tempoyak tu, amatlah dialu-alukan... time kaceh...
Fri 18-Jan-2008 07:45
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
Assalamualaikum tuan rumah.. tumpang lalu ye..baju murah2 buat anak2 tersayang.. dan macam2 lagi ada. .. jemputla ke.. http://looksgood.fotopages.com Fri 18-Jan-2008 08:06
Posted by:looksgood  - [Link]
emmm....sedapnya kak oii..
kalau visit fp akak... manjang aje alim telan ayaq liuq..... terus jadik lapaq.
nak buat... malas bonar rasonyo..... kalau rumah dekat ni.... aje buek muko tak malu yo pi rumah akak..... ahaks!
Fri 18-Jan-2008 08:13
Posted by:alim~umi najla  - [Link]
Nak berjiran dengan Madiha la cam ni Dapat le merasa masakan yg sedap2 Fri 18-Jan-2008 08:19
Posted by:Ariesya  - [Link]
simple tp sodaapp..
seronok kalau apa yg kita masak, habis dimakan..
Fri 18-Jan-2008 08:19
Posted by:srsfeqah  - [Link]
nakkkkkkkkkkkkk Fri 18-Jan-2008 08:55
Posted by:unnamed  - [Link]
menarik n3 ni. Fri 18-Jan-2008 09:02
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
nanti auntie nak cuba, tepung suji rasa nya ada stok,
nampak gambar pun sedap dah tentu sedap tu
Fri 18-Jan-2008 09:03
Posted by:umi-kal  - [Link]
Orang sekarang suka short form BENGKANG dah jadi BINGKA
Berbalik kepada kisah bengkang ni dulu2 sebelum ada oven mesti masak dengan api atas dan bawah.Ditempat kerja pun kadang2 keadaan kita macam bengkang juga tersepit ditengah2. Dari atas ada pressure dan dari bawah pun ada yang buat hal
Fri 18-Jan-2008 09:30
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
re: kak, adik eryne kat ampang... kalu camtu nnt eryne tny adik eryne bole tak dia tolong eryne amikkan tempoyak tu... tapi mungkin akak kene jumpe dia kat tempat lain kot... bole ke? Fri 18-Jan-2008 10:04
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
Thnk MaDiha..kasi idea,stok suji ada lg..dua kali buat talam hari tu..tp asyik terlembik nk try plak bingka nie..nampak mcm sedap...

Re..mahal gk yer,mushroom tu kt mesia patut pun..tp kt sini dh di packing..klu timbang boleh abik skit2kan..sbb sy suka any mushroom
Fri 18-Jan-2008 10:06
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
Madihah................................Bengkang ni kegemaran abah.....masa kecik-kecik bila balik umah opah aje.....misti dia siapkan untuk cucunya bengkang ni...dulu tak ade oven kot sebab abah tengok opah letak bara arang sabut kelapa atas penutup atasnya.....tapi itu bengkang opah abah......

Binka suji Madiha ni tentu lagi sedap.............abah nengok gambonya sebiji cam benkang opah abah.....sekarang ni bauhulu kemboja pun sedap jugak..... tadi Drzeze buka PF madihah sebab nak cari resepi ayam sebab abah suruh dia buat hari ini lain sikit resepinya.....hehehehheee entah kejumpa ke tidak.....
Fri 18-Jan-2008 10:24
Posted by:Abah Along  - [Link]
Madiha antar sikit rumah kak Mis, dah jemu mkn kek Fri 18-Jan-2008 10:56
Posted by:Misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
uols bagi tajuk gitu... iols susah payah nak gi cari raw material nak try.... tp ini baru niat! Fri 18-Jan-2008 11:02
Posted by:Layman
nmpk cam sedapp sgt tp zura x penah rasa Bingka Suji nie... Fri 18-Jan-2008 11:33
Posted by:Zura zura1827@yahoo.com  - [Link]
cedapnya...tapi yong kalau bab2 buat kuih ni mmg lemah cikit... Fri 18-Jan-2008 11:52
Posted by:yong@ibu chempaka  - [Link]
tak pernah buat bingka suji.....now tgh bakar kuih bakar biasa jeee.... Fri 18-Jan-2008 12:20
Posted by:cek de sam  - [Link]
kita pernah buat bingka suji tapi tak letak air daun pandan so warnanya jadi kuning...cantik lak tengok bingka ni warna hijau, dah tentu sedap sebab madiha dah bg jaminan tu Fri 18-Jan-2008 13:44
Posted by:Hajar  - [Link]
sodap er...............macam2 ado...................bilo la tok dapek makan semuo ni........................... Fri 18-Jan-2008 14:05
Posted by:tok janggut azam61pd@yahoo.com  - [Link]
Oish...sedap nih... Fri 18-Jan-2008 16:45
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
wpun dah mlm berbaloi MaDiha buat bingka suji sbb satu keluarga suka mkn.
kuih....makanan.. yg letak tpg suji belum pernah buat., mkn mungkin pernah rasanya.
lucu pulak bila baca MaDiHa tulis pktn mengecek sbb dah lama saya tak guna pktn ni,ni bahasa org Kel...
psst; Trg tu rumah MIL...dkt2 Pdg Midin..
Fri 18-Jan-2008 17:13
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
sedapnya nampak bingka suji tu,,,madiha mmg rajin masak² Sat 19-Jan-2008 03:25
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
ha nie lagi satu yang takut ku mencubanya Sat 19-Jan-2008 04:58
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
rajinnya....madiha masak...kalau saya nak masak kena cari resipi dlm ni...
yummy...yummy!
Sat 19-Jan-2008 05:02
Posted by:aida  - [Link]
ya Allah... terliurnya tengok nih..... Sat 19-Jan-2008 06:58
Posted by:fazizaid  - [Link]
Sedapnya Sat 19-Jan-2008 12:16
Posted by:kak jie jie  - [Link]
sedap lah binkga itu ..mama suka makan dgn kopi O tau!! Sat 19-Jan-2008 14:16
Posted by:mamaella  - [Link]
>> hehehe...
>> la ni baru tahu nama kuih ni walaupun dah selalu sangat makan...
>> selama ini dok tahu makan je tanpa mengetahui namanya...
Sat 19-Jan-2008 15:02
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
nampak cam kuih bakar. Sama ke ? Sat 19-Jan-2008 15:48
Posted by:yatie  - [Link]
Memang sodap nie... Sat 19-Jan-2008 16:49
Posted by:alchemist  - [Link]
Tima kasih kerana dah cuba buat kerutup che banding tu. . Bingka suji tu nampak sedap sangat. Kebetulan saya pun banyak stok tepung suji boleh cuba buat ni... Sun 20-Jan-2008 02:27
Posted by:Sayasha mekshap@yahoo.com  - [Link]
Nampak begitu sedap sekali resepi2 yang ada alam FP ini. Link FP pun dah dimasukkan ke dalam saya punya blog... Sun 20-Jan-2008 05:33
Posted by:Cynda cynda_s@yahoo.com.my  - [Link]
patut rasa harum daun pandan jer...rupanya ada bengkang suji pandan kat rumah madiha...minum petang ngan air kopi best ni... Sun 20-Jan-2008 08:21
Posted by:Ana  - [Link]
sedap! yummy!

fp saya dh update nie
Sun 20-Jan-2008 14:57
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
ni mmg nampak yummy... cantik la bingka yg akak buat ni... tergoda saya tgk.. resepi pun senang je.. blh la saya try lak pas ni..
** akak, kelakar baca kisah akak.. saya pun sama gak.. selagi ada yg free, kita cari.. unless tak dpt barula beli kan.... camsaya, kalau nak masak apa2 yg guna daun pandan ke, serai ke, daun limau purut ke mesti cari kat umah mak.... sebab mak mmg tanam bende2 ni.. kat umah saya takde space nak tanam...
Mon 21-Jan-2008 04:00
Posted by:kamalina  - [Link]
bukan saja sedapp, rupa nya pun cantik...boleh ler kita cuba nanti..bila tu agak nya Mon 21-Jan-2008 09:00
Posted by:Nur  - [Link]
so nice! Mon 21-Jan-2008 09:47
Posted by:Lee Lin  - [Link]
sedapnyerrr... kalu bengkang labu lagi sedappp... Mon 21-Jan-2008 12:11
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
walaa...sedapnya bingka suji...dedulu ada satu makcik kat penang nun...memang champion wat bengkang ni...sedap sungguh dia buat, sampai la ni dok terkenang lagi. nak kena terai buat nih... thanks for sharing recipe. Wed 23-Jan-2008 17:16
Posted by:zanaz  - [Link]
sedapnyer...mcm2 resepi ada.. Mon 23-Mar-2009 02:53
Posted by:sal nuraniku_1408@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.