Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Jan-2008 02:27 Email | Share | Bookmark
Happy Birthday Haziq & Zetty & Resepi Apam Tapai

b4 kukus
yg ni pun b4 kukus.. tp corak dia lain sikit.. hehe..
ok dah masak..
ni isi dalamnya
si Haziq ralit tengok tv... masa ni dia dah ngantuk dah tau...
terpaksa tunggu ibu dia siap xperimen apam dulu...
ok ini utk laily rasa..
yum yummm...
apam tapai
Quote:
Hari ni.. 29hb Januari 2008 ialah besday anak MaDiHa si Haziq yang ke dua tahun... sekejap jer yer.. dah besar anak bujang ibu rupanya... Setiap pagi ibu dukung Haziq bawak naik kereta ke hulu ke hilir ikut ibu hantar kakak pegi sekolah pagi2 buta dan kemudian ibu dukung Haziq memanjat tangga ke rumah Cik Ani di tingkat 4 sebelum ibu pegi kerja.. sedar tak sedar.. Haziq dah pun dua tahun.. Selamat Hari Lahir buat Wan Haziq Azahari dan ibu doakan semoga Haziq akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang pintar dan soleh.. aminnnn. Dan tak dilupakan... Selamat Hari Lahir juga buat Zetty (anak Laily jiranku) yang berkongsi tarikh yang sama dengan Haziq Acik doakan semoga Zetty berjaya dalam pelajaran & menjadi anak kebanggaan ayah & ibu...

Terima kasih pada auntie Naknie a.k.a Farhani.. yang sms ucapan happy birthday untuk Haziq... semoga dpt jumpa auntie cuti Raya Cina nanti yerr


Ok... to auntie Naknie & auntie Ekin ini gambar Haziq yang sedang ralit tengok tv cerita melayu lama... sampai dah nak tersengguk2 dah tunggu ibu siap kukus apam... yang kelakarnya.. walaupun dia dah nak tersengguk tu.. tapi boleh pulak dia duduk mencangkung gitu... Haziq Haziq... lawak betullah...



Oklah hari ni nak tunjuk kuih apam yang dibuat dah lama dah sebenarnya ni... baru hari ni berkesempatan nak masukkan sini.. bukan apa... ni semua gara2 FP buat perangai beberapa hari ni tak boleh nak upload gambar pulak.. nampaknya pagi ni dah ok... so.. kita tunjuk ler kuih apam yang dibuat tempohari. Terjadinya kuih apam ni sebenarnya tanpa dirancang.. ni semua Laily ler yang rajin sangat dok buat tapai nasi.. pastu dia bagi pulak kat kita sikit.. jadi.. kita pun kenalah merajinkan diri membuat apam ni.. Mula tu tak tau nak ikut resepi mana.. Pastu mintak resepi dengan Laily.. adalah dia bagi.. tapi kita pulak yang derhaka.. (jangan marah yek Laily pasal kita tak ikut resepi yang awak bagi tu...) Bukannya apa.. sebenarnya.. kita malas ikut resepi tu pasal nak kena peram tuuuuuuuuu... kita nak apam yang jenis express lepas bancuh terus kukus (hehe.. nak cepat saja!) Jadi... malam tu.. MaDiHa pun memandai gok godek2 tapai nasi tu & alhamdulillah.. menjadi jugak apamku... walaupun tak berapa nak merekah.. tapi tekstur dia amat lembut sekali... Hmmmm... kita layan apam tapai dululah yer.. sebelum dapat melayan apam pisang daun rambai resepi si Srsfeqah tuuuu....



Quote:
APAM TAPAI


Bahan2

1 mug tapai nasi (2 cawan nasi sejuk digaul dengan ½ biji ragi yang dijadikan serbuk dan peram dalam bekas bertutup selama 3 malam)
2 mug tepung beras
2 mug air
¾ mug gula pasir
sedikit minyak masak
1 bungkus eno
sedikit pewarna kesukaan anda (kita guna warna biru.. saja nak testing )
½ biji kelapa parut yang digaul dengan garam

Cara2 Menyediakannnya
1. Masukkan tapai, tepung beras, gula pasir & air ke dalam jug blender dan kisar sehingga halus & sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan periuk pengukus.
3. Sapukan acuan apam dengan minyak masak (sikit2 je tau).
4. Masukkan eno ke dalam bancuhan apam tadi dan kacau rata2.
5. Bahagikan aduan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan bancuhan ikut citarasa masing2.
6. Tuangkanbancuhan apam ke dalam acuan sehingga penuh.
7. Kukus apam sehingga masak lebih kurang 15-20 minit mengikut saiz acuan anda.
8. Keluarkan apam dari acuan dan ulang mengukus sehingga habis tapi untuk kali kedua tak perlu sapukan minyak pada acuan yer puan2
9. Hidang apam bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam.


JOM SEMBANG
Quote:
1. MamaFaMi: MaDiHa dah siap update resepinya…
2. Kak Ram: Wahh… akak… windunyer dengan akakkkkkkkk… bila nak jumpa lagi niiii.... meh la PJ nak mkn apam… ehehe..
3. Laily: terima kasih ler tolong promote apam kita.. hehehe.. sedap ker? alaa.. abis tu dpt 6 ketul jer tu yg rasa sedap tu pasal sikit.. kekekekeeee… (nak bg banyk.. tak cukup.. byk sgt tempat nak diagihkan) tq gak ada ucapan utk haziq yek..
4. Srsfeqah: TQ Feqah… memudahan gitu ler… itu ler… akak tengah memendam rasa ni.. hehehe.. sabor jerlah.. tengok kak jie jie pun dah buat ni.. takleh jadi niiiiiiiiii….
5. MamaFaMi: Terima kasih mama utk ucapan tu…
6. Ouled Kenitra: Itulah… kesian betul dia.. pasal kata2 nasihat tu.. memang sepatutnya pun seorang kawan memberi kata2 semangat agar anda tidak berasa keseorangan & berasa sukar dlm menempuh perkara sedemikian.
7. Mamasya: Haa… MaDiHa pun tergelak bila tengok gelagat dia… dlm dok mengantuk tu.. tp dok hadap tv lagi.. paling kelakar cara dia duduk tu… kesian tengok dia.. lepas tu.. MaDiHa ambil bantal & toto bagi dia baring2 depan tv sementara apam siap dikukus..
8. Mummy Irdina&Arissa: Apam tapai ni rasa dia sedap gak tauu… tapi takde rasa yeast…hmmm.. tak tau cemana nak describe akan rasanya.. kenalah buat sendiri.. hehehe.. terima kasih sudi kemari yer..
9. Pemancing Ikan: Mudah mudahan masin mulut pokcik… memang dok teringin jugak tu nak tambah title pada nickname MaDiHa tuuuuuu… doa-doakanlah yerrr…
10. Sayasya: Amboiii.. minat betul tu.. kita makan 3 bijik pun dah kenyang niii…
11. Rani: Pipi kakak & ibu dia lagi gebussssss.. hihihihiiiii
12. Mamabob: Terima kasih sudi kemari.. pasal bingka suji tu.. kalau nak gantikan marjerin dengan buttercups sangatlah dialu2kan.. bertambahlah sodap bingka tu nanti.. hehe… (biasa orang guna marjerin sebab marjerin lebih murah dari butter.. tp dari segi rasa.. penggunaan butter lebih menyedapkan makanan)
13. Fliffy: terima kasih Fliffy… harap2 begitulah.. aminn…
14. Ah Mat Gebu: Patutlah kita gi ronda2 asyik tak berupdate saja blog mat… rupa2nya dah ada rumah baru… tq bagi link terbaru tu yer…
15. Haniss: TQ Haniss.. harap2 gitulah.. ayah ibu sentiasa harapkan yg baik2 untuk anaknya.. amboii.. rajinnyer bangun pagi2 mengukus apam.. hehehe… kita ni bab bangun awal yg payah sikit…
16. Rinnchan: Memang lawok.. tu yg kita amik gambor tu… masa kita dok amik2 gambor dia wat derkkk ajer.. agaknya terlampau kyusuk tengok tv + matanya yg dah mengantok sangat.. thanks utk ucapan tu kak rinn..
17. Mama dina: sama2… suka tengok Dina.. cute sangat.. thanks utk ucapan tu yer.. orang lama2 memang tere buat apam.. kita ni baru jer nak belajar2..
18. Jay4to: Resepi apam ada byk versi jay.. ada yg guna tepong beras & tapai.. ada juga yg guna tepong gandum. Penaiknyer ada yg guna yis, ada letak eno, kadang2 guna soda bikarbonat ataupun ovelette & jangan terkejut.. ada jugak yg bubuh aiskrim soda… mesti awok pening bezakan dan nak ingatkan bahan2 tu kan..
19. Kamalina: terima kasih aimi.. harap2 gitulahh.. akak pun nak tergelak tengok gelagat dia.. pasal dtg PJ tu.. akak tau mesti jadual padat punya.. tu yg segan nak pelawa.. lagipun husband kerja.. tak dapat nak kemana2… dok rumah jer ngan anak2..
20. Zu Zain: Hai.. salam perkenalan.. terima kasih sudi ke mari.. tq utk ucapan utk haziq tu yer.. memudahan gitulah…
21. Kak Jie Jie: oooohhh yer.. ada satu lagi versi apam yek kak jie.. apam bakar.. tp madiha tak pernah buat lagi.. mak sedara madiha kat Dungun pernah buat.. memang punnnn.. madiha jelesssssssss tengok apam pisang kak jie tuu.. nakkkkkkkkk… hihihihiiiii.. payah nak kurus dah badan ni ha… hari2 naik turun tangga tak turun gak.. makin naik adalah.. kwang kwang kwang.. ooohhh.. udang nasi org kelate panggey yer.. seronokkan mengagau udang…. jangan silap2 gagau dpt ulauu sudah la…
22. Anir: biru itu menawannn.. hehehe… sebenarnya nak rasmikan pewarna biru yg dibeli berzaman tak digunakan lagi.. tu yg guna tu.. kang expired lak.. kunun2 beli macam rajin sangat buat kek.. hehehehe… tq anir utk ucapan tu..
23. Kak Rus: Biru turquoise? Kat kedai bakeri takkan takde kak? Tak pun kat wilton ker?
24. Zira: Terima kasih yer sebab sudi jadi silent reader… ohhh.. pasal nak buat kotak reply komen tu yer… senang ajer.. mula2 pegi edit.. dan taiplah apa2 reply. Kemudian.. Zira kena highlight reply komen yang Zira taip tadi sampai habis (dari mula sampai yg last) then Zira click kat butang ‘quote’. Bila Zira pegi balik ke main menu.. akan nampaklah kotak tu nanti. Semoga Zira faham yer.. coz akak ni tak reti sangat nak ajar orang.. hehehe..
25. Hajar: Terima kasih Hajar.. samalah kita.. malas nak menapai.. itupun si Laily yang bagi..
26.Layman: Terima kasih Layman… itulah.. kejap jer anak2 membesar.. & secara automatik menandakan kita jugak dah tua.. hehehe… ohhh tak berani mkn apam colourful yer.. letak sikit2 warna sudahlah.. bagi ceria sket..
27. Masriyah: T.kasih Yah.. itulah.. dulu selalu nampak Yah buat apam..
28. dOd: akak rasa… kalau kucing lalu dia nampak kot.. pasal si Haziq ni memang minat sangat dengan kucing… dila.. berasap time rajin ajer.. time malas.. kedai ler yg berasap.. hahahahaa…
29. anna: MaDiHa pun suka.. cuma nak buat tapai tu yang malas.. padahal bukan susah sangat.. guna nasi sejuk ajer.. hmmm…
30. sitione: Rasanya sedap siti.. tak retilah nak cakap.. hehe.. kena rasa sendiri baru tauu… tapi yg best.. apam ni takde rasa yis..
31. sabul2u: gambor aper tuuuuuu……??
32. Alim~umi najla: itulaaa… akak cian gak kat ibu2 pegnen ni.. bila tengok gambor dlm fp akak ni.. takut teringin kang.. meleleh plak air liur baby..
33. Syikin: Thanks auntie… Haziq tunggu auntie balik PJ baru ibu wat kek…. Lagipun aritu Haziq tak sihatlah auntie….ayah pun kerja… tak bestlah takde ramai orang kat rumah nak potong kek.. Haziq sakit tak kasi ibu dok dapur lama2…nak ibu teman Haziq jer… heheheheeee…
34. Meorjay: Thanks MJ…
35. Jeff: Biru memang cantik.. my fav colour….
36. Lynnhassan: Ohh ye ker? itulah.. bahan asas dia memang sama ajer.. sukatan tu main agak2 jelah.. tu pun nasiblah akak buat menjadi..
37. Mamabob: Selamat pagi… terima kasih sebab sudi mencuba resepi tu.. akhirnya menjadi jugak eksperimen mamabob yer.. tahniahlah sebab dah berjaya.. sedap kan? Mesti selera kita sama.. suka kuih2 yg manis dia ngam2 jer (tak suka lebih2) sebenarnya tu resepi dari Chef Norzailina Nordin.. resepinya mudah difahami kan.. lain kali boleh cuba resepi dia yang lain pula..
38. Tie ~ Ibu Wawanis: Tie… madiha guna eno kaler biru..
39. Ida Isk: Itulah… memang ramai yg suka guna nama Haziq tu.. kita memang berkenan sangat dengan nama tu sejak ngandungkan si Dini lagi.. kata kat hubby kalau dpt lelaki nak nama tu.. tau2 pompuan.. dpt yg no 2 terus guna nama tu jugak dah tak cari nama lain dah.. hehehe…
40. Soulha, Cairo: masa besday haziq tu.. ibu dia tak sempat buat kek.. sebenarnya masa tu si haziq tak berapa sihat.. asyik merengek ajer.. kena diarrhea pulak.. ibunya takleh nak buat eksperimen langsung.. dok asyik kena pujuk dia jer.. lagi pulak ayah dia keje mlm.. so.. nak sambut pun.. tak best sebab ayah dia takde dah ler masa tu hari bekerja.. madiha ingat nak buat gak tp tunggu auntie dia (sepupu madiha) balik bercuti dulu.. so ramailah sikit baru seronok nak buat makan2..so.. lambat lagilah tu dpt tengok keknyer
41. Ariesya: TQ Ariesya..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net