Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 02:54 Email | Share | Bookmark
Menu Sempoi Hari Cuti

pucuk labu
kerang rebus
ini aje lauknyer..
sagu yg telah masak letakkan dlm acuan
puding sagu
Ini menu minggu lepas sempena cuti Thaipusam.. hehehe.. baru arini sempat masukkan.. masak yg mudah2 ajer.. tak kisahlah tu kan.. janji kenyang..

Nasi lemak lauk sambal tumis bilis+petai, telur rebus & ayam goreng (tak cukup alat.. timun & kacang takde ) Nasi lemak ni sebenarnya hubby yang masak.. kita tukang masak lauk2nyer..

Quote:
NASI LEMAK

Quote:
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS + PETAI

Bahan2
1 mangkuk ikan bilis yang telah dikopek
2 labu bawang besar ~ mayang bulat
Cili kisar secukupnya (dalam 2 senduk besar)
2 cm belacan ~ hancurkan dengan sikit air
3 papan petai ~ dikopek dan belah 2
1 s/b asam jawa ~ bancuh dengan sedikit air
gula, garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan ikan bilis & bawang besar hingga agak layu. Angkat & ketepikan.
2. Gunakan kuali yg sama.. tambah sikit minyak lagi jika tak mencukupi. Tumiskan cili kisar & bancuhan belacan hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, gula, garam & perasa
4. Masukkan petai.
5. Last sekali masukkan ikan bilis & bawang yang telah digoreng tadi. Tambah sikit air jika perlu. Kacau2 dan rasakan garamnya.. bila cukup pekat.. bolehlah ditutupkan apinya.


Tengaharinya plak.. masak lagilah ringkas..

Masak lemak pucuk labu + keledek (lauk kampong) actually.. tak pernah masak sendiri pucuk labu ni... siap telefon mak kat kg macamana cara nak siang pucuk labu ni... pasal masa kecik2 dulu nampak mak gentel2 pucuk labu tu.. tujuannya ialah supaya bulu2 pd daun labu tu hilang.. hehehe..

Quote:
MASAK LEMAK PUCUK LABU+KELEDEK

Bahan2
2 ikat pucuk labu
1 biji keledek kuning ~ kopek & potong saiz kesukaan anda
1 gengam ikan bilis ~ dikopek bersih dan ditumbuk (rendam kejap supaya lembut)
6 biji cili padi ~ ditumbuk
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
1 s/k serbuk kunyit
Santan secukupnya
Garam secukupnya
Perasa jika suka

Cara Menyediakan.
1. Siangkan pucuk labu menggunakan tangan (tak perlu pisau). Petik pucuknya yg mudanya terlebih dulu.. Part daunnya yang agak besar tu.. petik kemudian letak atas tapak tangan dan gentel2/gosok2 supaya daunnya jadi lunyai ~ tujuan adalah untuk menghilangkan bulu2 pada daun tersebut (seperti anda nak gunakan pembersih muka gitu.. tangan digosok2... hehe..). Part batangnya.. kita kena buangkan selaput luarnya yang berbulu tu (seperti menyiang batang keladi tu.. tp buat ala kadar jelah.. ada sikit2 bulunya tu takper.. ).
2. Seterusnya.. jerang santan bersama2 bahan yang telah ditumbuk, serbuk kunyit & keledek.
3. Bila mendidih.. masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Bila keledek hampir empuk.. masukkan pucuk labu dan balik2kan. Biar hingga batang pucuk labu agak lembut then bolehlah ditutupkan api.


Petangnya.. untuk minum petang.. kita buat puding sagu yang dimakan dengan air gula melaka + santan pekat. Walaupun ringkas.. tapi sedap jugak... sejuk jer tekak ni rasanya..

Quote:
PUDING SAGU
Sumber : Sendiri

Bahan2 Sagu
1 mug sagu halus (MaDiHa guna sagu yg telah diwarnakan hijau)
3 ½ mug air
sedikit pewarna kesukaan anda (jika guna sagu putih)

Bahan2 Sos
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya
1 helai daun pandan
Santan pekat secukupnya (MaDiHa guna santan dlm kotak)
Sedikit garam

Penyediaan Sos Gula Melaka
1. Masukkan air, daun pandan yg disimpul dan gula melaka di dalam periuk dan masak hingga gula larut.

Penyediaan Sos Santan
1. Campurkan sedikit garam ke dalam santan pekat.

Cara Menyediakan Sagu
1. Jerang air dalam kuali. Campurkan sedikit pewarna (jika sagu anda berwarna putih).
2. Sagu dicucur air lalu.. kemudian terus masukkan dalam air tadi.
3. Sentiasa kacau sagu supaya masak sekata. Bila sagu memekat.. gunakan api sederhana.
4. Masak hingga sagu menjadi jernih. Proses ini memakan masa yg agak lama tapi pastikan sentiasa kacau sagu supaya tidak berkerak. (Jika suka.. boleh tambah sedikit gula utk mendapatkan rasa sedikit manis pada sagu lebih kurang ½ mug gula pasir semasa sagu hampir masak... tp MaDiHa tak bubuh pun)
5. Bila sagu masak.. lumurkan sedikit sahaja minyak masak pada acuan. Tujuan supaya mudah dikeluarkan bila ia sejuk. (Boleh juga gunakan loyang besar dan kemudian dipotong2 semasa menghidang)
6. Masukkan sagu ke dalam acuan tersebut dan tunggu hingga ia sejuk dan mengeras.
7. Boleh masukkan dalam peti ais untuk mendapatkan puding yg sejuk.
8. Hidangkan sagu bersama sos gula melaka & santan pekat yang telah dicampur sedikit garam.


JOM SEMBANG
Quote:
1. Rani : Apalah yang boleh ku katakan.. sambal petaiku telah pun selesai.. heheh…
2. MamaFaMi: Bbawak bersabor yer mama.. hehehe…
3. Zeera: Terliur ker? Alahaii.. makanan biasa ajer tu.. sapa2 pun boleh masak tau.. akak ni memang jenis suka masak yg mudah2.. hehe.. nak dtg rumah? Boleh ajer kalau sudi…
4. Abah along: Memang betul tu abah.. lain orang lain cara masaknya.. & tentu sekali rasanya pun lain.. ni semua bergantung pada air tangan masing2… tp yg paling sedap.. air tangan ibu2 kita sendiri kan abah?
Re: okeh.. nanti MaDiHa cilok & paste kat FP MaDiha sebagai kenang-kenangan.. thanks abah.
5. Zanaz: hehehe.. sabor saborr… kita terliur ngan masakan akak jugakk…
6. Tie ~ Ibu Wawanis: Terliur gak ker? Ok.. weekend ni leh masak.. Jering tu kena guna jering tanam tau.. biasanya orang tanam jering tua.. tanam dalam pasir dalam 2 – 3 minggu gitu barulah boleh dibuat sambal.
7. Zeera: Takper.. nanti boleh belajar slow2 okeh.. resepi puding caramel ada di link sebelah under tajuk “Krim Karamel”
8. Haniss: Reti ker makan sayur pucuk labu tu? Lauk2 org kampong ajer tu Haniss..
9. Tie ~ Ibu Wawanis: Jangan puji duluuuuuuu… nanti menyesal.. hahaha.. sebenarnya akak pong orang Ganu gok… tu yang terer sangat cakak Ganu tuuu..
10. Zuhri: Kalau gitu.. apa tunggu lagi.. cepat2lah buat.. hehehe.. senang je tu Zuhri…
11. Soulha, Cairo: heheheheeee.. sabor saborrrrr.. nanti balik M’sia boleh cari semua tu okehh…
12. Layman: Yer ker? tapikan.. kita rasa lompat tikam original lagi sedap laaaa… (teringin plak.. tp malasnyer nak buat)
13. Qamar81: Terima kasih ler.. tp tu masak biasa2 ajer tu.. resepi dah pun akak masukkan.. sorilah lambat sebab semalam akak sibuk sikit..
14. Sayasha: Okey.. bolehlah cuba.. MaDiHa dah masukkan resepinya tu..
15. MamaLeen: Sabor jerlah Kak Leen ni tau… kalau dah lalu belakang mesti ler tak nampak.. hehehe..
16. Umi-Kal: Naper eikk auntie… agaknya labu kat sana spesis lain dari yang M’sia ni kot.. buahnya pun saiz lagi besar kan auntie..
17. Jay4to: Saya nak bulan lah.. matahari panas.. tak tahan wooo….
18. Anese: Nak pulak makan time perut lapor.. memang tak sedar habis nasi seperiuk.. puding sagu tu very simple.. nanti bolehlah buat yer..
19. Masriyah: Special apa Yah? Tu lauk orang malas.. hahahah…. Ohh yer ker.. ramai jugak yg dok teringin puding sagu tu yer.. tau2 kita lak yg enterprem dulu.. hehe.. takper lepas ni Yah lak buat.. nanti kita lak terliur tengok..
20. Cek De Sam :
21. Nur: hehehe.. patutlah ada bau.. tapi Nur punya lagi best tuu.. ada udang.. Yup Nur.. MaDiHa memang selalu masak menu kampong sebab ikut selera hubby. Mana taknyer.. lauk & sayur memang hubby yang selalu belikan.. tu yg kena masak apa yang dia beli.. hehe.. Nak hulur cemana Nur.. dah abis dah semuanya..
22. Anir: Betul tu Anir.. jarang nampak pucuk labu tu.. pucuk labu tu hubby beli kat pasar tani (pagi) kat bandar sunway ni.. MaDiHa tukang masak ajer. Balik Muar ker?… nak ituttttt.. hehehe..
23. Ana: Sabor jelah Ana ni… kita plak berkenan kat kek yang Ana deko tuuuuuuuu cantik bangettttttttt…
24. Mamasya: Puding sagu tu antara yang paling mudah disediakan.. betul tu.. kita orang muda2 ni (cehh perasan muda lagi tu.. hahah) jarang nak masak lauk2 camtu kan.. hanya orang2 lama aje yang biasa.. mujur juga masih ada mak yang boleh dibuat rujukan..
Hmm… Dini memang ada gastrik.. tu yang selalu kena siapkan breakfast utk dia.. kalau tak mulalah perut meragam..
25. Hajar: Yer ker tak pernah? Kita pun dah lama gak tak makan sayur pucuk labu tu… kebetulan hari tu hubby jumpa kat pasar tani kat sini.. terus dia beli.. kita pun masak ajelah..
26. Kak Jie Jie: Ohh.. bunga labu pun boleh dimasak sekali yer kak? Tak pernah cuba lagi tu… Itulah.. dpt lauk gitu.. mulalah makan tak ingat orang belakang.. hehe.. Alahai Kak Jie.. Puding sagu tu.. hok sek perek jaaa… resepi hok ore buleh buak belako… tp tuuu.. madiha dah tuliskan.. hehe..
27. Yong@ibu chempaka: Menu orang kampong tu Yong..
28. Eija: Ohh.. suka kerang eh? Akak pun suka gak.. tapi tulah.. kalau ada air asam lagi sedap.. hari tu.. akak ingat nak masak rendang.. tp angin M plak datang.. terus tak jadi.. & makan yg rebus gitu jer..
29. Lieya latif ~ mama damia&mirza: Mana tak cari bantalnyer Lieya oiii.... pasal semua dah jadi buaya kekenyangan.. huwawawa…. (jangan mareee.. akak gurau jer..) Thanks Lieya sudi singgah sini yer.. a’ah.. hubby akak terer gak bab masak2 ni.. cuma jarang2 jer nak ‘turun padang’.
30. Mummy Irdina&Arissa: Alahaiii.. ciannyer…
31. <<man>>: Ramai yg feberet dengan sambal petai rupanya yer..
32. Minyaklenga: Boleh ajer.. janji barang2 semua complete.. hehe.. betul jugak tu kan.. kalau makanan siap terhidang mcm dlm pc ni alangkah bagusnyer.. hehe..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net