Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Feb-2008 06:40 Email | Share | Bookmark
Peach & Strawberry Shortcake/ Dapat Award Lagi/ Jawab Tag

Alhamdulillah... balik dari bercuti tempohari bila buka FP... tengok2 ada lagi sahabat FP yang sudi berkongsi award dengan MaDiHa... Terima Kasih banyak2 diucapkan pada Maklang Azie, Kak Jie Jie & Haniss yang sudi berkongsi award ni dengan MaDiHa.. I love u all..

Ini ler dia award2 tu..

Ini award yang yang Maklang Azie & Haniss bagi... jenuh MaDiHa naik pentas amik dua2 award ni tau.. berat jugak frame dia nih.. hehehe...


Sebagai penghargaan... MaDiHa share pula 2 award ni dengan teman2 yang berikut..

Kamalina
Abah Along
Pemancing Ikan
Alim ~ Umi Najla
Srsfeqah
Fliffy


Dan ini pula award dari Kak Jie Jie.. alahaii.. kena naik pentas lagi... Thank you Kak Jiee...


Award ini pula.. MaDiHa share dengan teman2 yang berikut...

Nurfikas
Anir
Mama Leen a.k.a Kak Leen
Masriyah
Mamasya
Sayasha


Kepada teman2 yang tak terpilih tu.. jangan ler kecik ati yer... Walau apapun.. doa MaDiHa semoga persahabatan antara kita semua di alam cyber ini akan terus berkekalan walaupun kita tidak pernah bersua muka...


Okeh.. seperti yang dijanjikan sebelum ni.. hari ni MaDiHa share resepi kek yang MaDiHa buat untuk besday Haziq tempohari. Sebenarnya.. mula2 rancang nak buat kek carrot.. dah siap beli cheese pun.. tup tup.. walnuts pulak takde stok kat rumah.. nak ke kedai bakeri.. punyalah jauh.. so terus ubah fikiran.. fikir punya fikir.. last2.. buat kek Peach & Strawberry Shortcake ni sajalah. Nak buat pun senang. Nak buat coklat kek.. baru aje buat & makan masa buat untuk Naknie aritu (masa mama/sujah masuk wad Assunta aritu). So.. nak senang.. buat jelah kek ni.. takdelah byk benor kerenahnya.. Kek ni adalah idea dari Chef Anuar semasa MaDiHa mengikuti kursus membuat kek dulu. Katanya.. dari kek span vanila atau span coklat.. kita boleh create apa2 kek dengan gandingan buah2an atau lain2 bahan. Mudah kan..? Dari asas kek yg sama.. tapi boleh end up dengan pelbagai kek yang berlainan nama & rasa.. Kalau dulu MaDiHa hasilkan Fruit Flan Cake & Blueberry Yogurt Cake dari kek span ni.. tapi kali ni.. lain pula namanya...

Gambar step by step.. hanya sempat diambil semasa buat kek span vanila tu aje.. masa nak mendeko tu.. dah tak sempat nak main pegang2 kamera lagi dah sebab dah kesuntukan masa.. So.. inilah dia resepinya.. mudah aje menyediakannya..

Quote:
PEACH & STRAWBERRY SHORTCAKE


Bahan2 Utama

1 biji kek span vanila (resepi seperti dibawah)
Sirap lemon secukupnya (cara menyediakan spt dibawah)
500 - 600 ml Fresh Cream (yg manis)~ diputar sehingga kental & ketepikan
(kuantiti fresh cream/whip cream terpulang.. jika ingin deko lebih lagi.. so lebih byk fresh cream diperlukan... MaDiHa deko sempoi jer.. )
1 tin buah peach ~ sebahagian didadu kecil2 untuk letak dlm kek dan sebahagian lagi guna untuk decoration atas kek.
15 - 20 biji strawberry ~ sebahagian didadu kecil2 untuk letak dlm kek dan sebahagian lagi guna untuk decoration atas kek (MaDiHa tak boh pun dlm kek..just deko aje)

RESEPI KEK SPAN VANILA (resepi ni double dari resepi asal sebab nak kek yg besar )


Bahan2
240 gm gula kastor (MaDiHa guna 200 gm saja just nice manisnya bila mkn dengan krim)
240 gm tepung gandum
8 biji telur (gred B)
20 gm ovalette
40 ml air
2 s/k vanila
40 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar sehingga masak. Gunakan penguji kek. (MaDiHa tak tengok masa.. jika buat separuh adunan masa membakar ialah 30 - 35 minit..)
-Sejukkan

Bahan2 Sirap Lemon
1 biji lemon ~ perahkan airnya
200 ml air masak
40 gm gula caster

Cara2
Bancuhkan semua bahan atau masak sehingga gula hancur & ketepikan

PENYUDAHNYA

1. Kek span vanila dibelah 2 atau 3 lapis.. (MaDiHa belah 2 aje.. takde pisau khas.. jd susah sket nak buat keje)
2. Letak sekeping kek atas cake board dan sapukan dengan sirap lemon sehingga rata & lencun.
3. Sapukan fresh cream hingga rata kemudian taburkan buah peach & buah strawberry yg didadu.
4. Sapukan lagi fresh cream atas buah2 td dan ratakan.
5. Letakkan 2nd layer kek atas cream tadi & ulang cara sama spt no. 2.
6. Buat sehingga habis layer ke 3 dan akhir sekali deko dengan fresh cream dan buah2 peach & strawberry mengikut kreativiti sendiri.




Ok.. ni yang last sekali... MaDiHa jawab TAG dari Fliffy.. sorry Fliffy sebab terlewat menjawab tag darimu.. heheh.. tapi actually.. MaDiHa dah pernah jawab TAG ni dulu.. so main copy & paste ajelah.. aci dak Fliffy
Quote:
REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).
QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc


Quote:
Kedua-dua nama anak2 MaDiHa ni telah dipilih sejak MaDiHa mengandung anak pertama lagi. Maklumlah excited nak dapat baby... sampai 6 nama dipilih . Masa tu MaDiHa dan hubby dah buat perjanjian.. MaDiHa sediakan 3 nama untuk perempuan & 3 nama untuk lelaki.. samada dapat baby perempuan atau lelaki.. yang berhak memilih antara nama2 yang MaDiHa sediakan adalah hubby.. (tapi sememangnya kesemua nama2 yang MaDiHa sediakan tu adalah nama yang MaDiHa suka ). Untuk nama2 tersebut MaDiHa rujuk ertinya dari sebuah buku yang dibeli.. lupa pulak apa nama buku tu.. Selain membuat pilihan supaya gabungan erti nama tersebut yang baik-baik.. MaDiHa juga buat pick & match supaya bunyinya sedap didengar dan mudah apabila menyebutnya . Jadi tidaklah terbelit lidah nak menyebutnya nanti

1. Wan Amalia Nur Dini ertinya Cita-Cita Cahaya Agama

Nampaknya nama Wan Amalia Nur Dini terpilih untuk anak sulung MaDiHa. Amalia Nur Dini membawa maksud Cita-cita Cahaya Agama. Sebagai ibu bapa.. sememangnya mengharapkan agar anak2 menjadi yang terbaik. Semoga dengan memberi namanya sedemikian.. dapatlah dia menjadi anak yang baik, mencapai cita2nya, beramal soleh & berjaya dlm hidupnya dunia & akhirat… amin..

2. Wan Haziq Azhari ertinya Cerdik Yang Gemilang

Nama anak lelaki MaDiHa juga telah dipilih dari senarai yang MaDiHa sediakan masa mengandung anak pertama dulu juga. Kami suami isteri memang sukakan nama Haziq Azhari… tak tau kenapa. Hubby pun kata.. masa MaDiHa mengandung anak sulung dulu kalau dapat lelaki… memang nama inilah yang akan dipilih. Jadi bila MaDiHa lahirkan baby kedua dapat boy maka kami memutuskan memberikan nama Wan Haziq Azhari. Haziq Azhari membawa maksud Cerdik Yang Gemilang. Dengan ertinya yang sedemikian semoga Haziq Azhari akan menjadi seorang anak yang pintar dan berjaya dalam hidupnya di masa hadapan.

Hingga kini.. senarai nama2 yang MaDiHa pilih masih tersimpan rapi. Masih ada 4 nama yang perlu dipilih. Manalah tau ada rezeki bertambah lagi zuriat kami… maka nama2 dah pun tersedia… hehehe..

Ada di kalangan kawan2 yang tertanya2 kenapa nama anak2 ada Wan sedangkan nama ayahnya takde Wan? Yang sebenarnya.. sepatutnya nama hubby Mohd Rozi memang ada Wan.. tapi arwah apak iaitu Wan Mohd Nor bin Wan Yusuff (arwah ayah hubby) terlupa nak letak Wan semasa mendaftar pada 4 orang anak2nya yang terdahulu… sehinggalah diberitahu oleh saudara mara.. 4 orang anak yang kemudian barulah ada Wan di pangkal nama mereka. Adik beradik hubby 8 orang kesemuanya.. jadinya 4 orang anak yg terdahulu takde Wan, 4 orang anak yg kemudian baru ada Wan… maklumlah orang dulu2… tak ambil berat bila nak daftar nama anak2. Apa2 pun.. Wan itu hanyalah panggilan semata2… takde apa2 kelebihan pun..


JOM SEMBANG
Quote:
1. jay4to: Pegi sana 9hb Feb baru ni.. wahh.. best tu wt family day.. jgn lupa upload gambar tau..
2. Kamalina: Tulah akak kata.. senang aje.. berbaloi wat sendiri dari beli.. puas hati.. amboii.. pegi kelas mendeko kek yer? Syabas..! semoga sukses.. lepas ni bolehlah praktikkan selalu.. or boleh gak ambil tempahan.. ok.. award tu.. gantung cantik2 tau.. hehehe..
3. Kamalina: okeyy… dah delete dah.. hahaha..
4. Pemancing Ikan: Sama2… hehehe.. sebagai orang tua.. kita kenalah hormat dan saling ingat mengingati.. hehehe.. nak hantaq kek.. takut hancoq kat tengah jalan…
5. Fliffy: ala… award tu.. fliffy copy & paste then gantung ler kat fp fliffy pulak.. saja suka2.. main2 gantung award biar meriah sket fp.. hehehe.. ohh.. kek tu.. a’ah buat punya.. tu yg sememeh jer krim dia tu..
6. Jay4to: masa naik tu.. hubby suruh kira brapa buah kereta yg turun.. (anak ngan sepupu dia yg kira.. sebenarnya nak suruh depa ralit.. jd takdelah mabok or pening2) kira punya kira.. hampir 500 lebih kereta yg turun start dari kaki CH tu.. hehe.. hubby kata mesti dah tak sibuk sgt atas CH nanti.. rupa2nya sangkaan meleset.. sampai atas tu ramai lagi org.. semua hotel fullhouse.. (sapa suruh tak book!) parking pun susah.. especially masa nak park kat pasar mlm Brinchang tu..sabor jelah..
7. Tie ~ Ibu Wawanis: Takper Tie.. kena selalu mencuba barulah pandai.. madiha pun tak pandai gak.. practice make perfect.. cewah! (belum perfect lagi tu.. masih sememeh)
8. Filla mama kasih: ye ke? A’ah.. akak salu masuk alim nyer fp.. suka tengok najla & alim yg cun melecun tu.. hehe.. kek tu biasa2 aje tu.. just sponge cake.. but okeyla.. rasa dia sedap gak bila dah dimkn dgn fresh cream & all the fruits tu..
9. Zira: cantik ker? hehe.. mekasih…. Alaa.. makan aje.. kalau tak mkn nanti rosak lagi sayang..
10. Daalia: neat ker? cuba tengok betul2… masih comot di sana sini.. hehe.. wow cheese cake.. sure sedap.. sis pun boleh deko gak.. cuma kena rajin mencuba.. for the first time mestilah kekok..lama2 oklah sis.. tengok skrg ni sis dah pandai baking2… tahniah…
11. Kak Leen: Sama2 akak.. mestilah madiha ingat kat akak.. sebab madiha peminat setia fp kak leen.. madiha pun harap gitu juga.. semoga persahabatan kita kekal abadi.. amin
12. Mamasya: hehehe.. strawberry mkn dgn kek kuranglah sikit rasa masam dia tu… best kan? Okeh… jgn lupa gantung tauu…
13. Archa Wedding Planner: mekasih… tunggu anak akak kawin plak la….
14. Sabrina: Alamakk!! Jangan ler hentak2 kaki tu Sab.. nanti tak pasal2 sakit kaki & lutut plak.. sori ler Sab.. akak dah kelabu mata nak pilih siapa.. nak bagi semua.. mcm tak syok plak.. anyway.. lain kali kalau ada rezeki lagi.. akak bagi kat Sab plak okeh.. hehehe..
15. Yatie: tulah pasallll.. naik letih kaki ni panjat pentas.. keh keh keh..
16. Kak Ram: mekasihhhhhhhhhhhh… bila nak dtg PJ??
17. Kak Ram: kek tu memang sedap kak.. tak manis sgt pasal na dah reduce sukatan gulanya.. ramai yg kata sedap (cewah perasan!) haziq dah besau dah.. hehe.. nakalnya pun boleh tahan gakss..
18. Aliza: Sama2.. kita dari dulu suka masuk fp aliza.. cuma kadang tu tak tinggalkan jejak..hehe… eloklah tu.. masa pegnen tak elok ambil makanan manis berlebihan.. take care okeh..
19. Ed:
20. Zuhri: Wa’alaikumsalam… alamakk.. akak terlupa lak saiz loyang tu.. rasanya dlm 9” or 10” gitu.. apapun akak double check nanti bagi tau zuhri balik ok..
21. Fazizaid: mekasih… kek akak pun cantik…
22. Roylazim: mekasih kak roy…
23. Boxhousestudio: mekasih kak tun.. baru nak belajor2 mendeko.. akak lagi terer.. malu kita tau.. alamakk.. terlupa lak brand apa madiha guna.. whip cream tu beli kat bagus pek 1 liter tu.. apa ke namanya lupa dah.. baker’s choice ke haper.. betul2 tak ingat ler kak tun..tp yg ni dia dah ada rasa manis dah.. tak perlu tambah gula..
24. Aida: mekasih… ohh faizah tu org kedah yer? Salah orglah tu.. hehehe..
25. Ida Isk: hehehe.. ada ada jer ida ni tau…
26. Soulha, cairo: ecececehhh… sue pun apa kurangnya… kek besday anak sue aritu pun cun jugak dekonya.… ok.. leh try.. jgn lupa gandingkan dgn fruits tau.. harap2 menepati citarasa.. (tetamu semua ckp sedap) oo… sue pun berkenan ngan nama tu yer… sama plak minat kita yer..
27. Aimicollection: wahhh.. macam2 ada… tq..
28. Umi Solehah Yusof: Amboii.. belum rasa dah tau sedap??
29. Mama Dina: Samalah akak pun bz jugak.. tu yg dah tak boleh nak update tiap2 hari.. nak melawat kawan2 pun tak sempat.. curi2 aje ni.. hehe.. mekasih..
30. Zaiful: Kalau ada pertandingan.. adalah juaranya.. hehehe..
31. Prospek Team: TQ…
32. Jeff: Itulah pasalnya.. ada musim2 jugak FP ni…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net