Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Feb-2008 04:36 Email | Share | Bookmark
Melawat Tugu Negara & Ole2 Dari Indonesia..

adik kena paksa posing
kakak pulak join
depan bunga tahi ayam pun jadik.. hehe..
air pancut
posing tengah panas..
amik jelah gambar wat kenangan.. dulu time sekolah takde kamera.
 
ma dok kat pahang.. gambar dekat 'Pahang' ler..
markisa dari indonesia
isi markisa.. manis sangat..
bumbu pecal
 
kuah pecal siap bancuh..
 
 
Melawat Tugu Negara

Hehe.. nak kata sempena hari kemerdekaan tak jugak.. tp ni sebenarnya lawatan yang tak dirancang langsung..

Masa ni sebenarnya.. hari Ahad 10hb Februari masa kami balik dari Cameron Highlands/Tapah hari tu.. Oleh kerana serik makan jem banyak sangat masa kami bertolak ke Perak.. jadi hari kami nak balik semula ke KL.. kami bertolak awal sikit. Pukul 8 pagi dah bergerak dah dari rumah Long kat Tapah.. Alhamdulillah jalan clear & kami sampai dengan selamat. Oleh kerana sampai awal di KL.. kami pun bawak ma jenjalan ronda KL. Sebenarnya kami nak pegi melawat besan ma (mak mertua Angah) yang masuk wad PPUM akibat kanser darah. Oleh kerana kami belum sempat melawat sejak dia dimasukkan ke wad sebab dok sibuk nak pegi Perak.. jadi sampai2 je KL.. kami cadang nak terus melawat dia. Kalau balik rumah dulu.. takut badan penat dan malas pulak nak keluar lagi.. Jadi untuk menghabiskan masa sementara menunggu waktu melawat.. kami gi ler ronda2 KL dulu. Cadang tu nak gi naik Eye On Malaysia.. On the way nak ke situ.. ternampak plak simpang ke Tugu Negara.. hubby pun terus singgah situ.. hahahhaa... Sampai jer situ.. banyak betul bas2 pelancong.. berderet2.. entah dari mana2 aje.. antara yg ku terbaca di hadapan cermin bas tu.. ada yg dari Saigon (Vietnam), Seoul (Korea), dari Jepun pun ada & juga mat2 saleh pun ada gak nampak.. orang2 tempatan adalah dua tiga kerat.. heheh.. mujur ada gak org tempatan.. kot tak.. kitorang jelah wakil org M'sia yg melawat Tugu Negara hari tu.. Ingat dulu masa time sekolah rendah ada ler sekali melawat Tugu Negara ni masa ikut rombongan sekolah.. Masa tu darjah 6 kalau tak silap. Punyalah excited.. yelah.. dok kat kampong.. dtg melawat KL masa tu rasa macam dah best sangatlah.. Skrg ni.. bila dok kat KL.. dlm setahun boleh bilang berapa kali masuk KL.. hehehe.. ni gara2 hubby tak suka dengan kesesakan dlm KL ni.. dia lebih suka habiskan masa shopping di Bandar Klang berbanding KL.. tp kalau terpaksa gak pegi KL.. kami lebih prefer naik komuter or LRT. Tp si Haziq memang kena tinggal ler.. selalunya pegi hari kerja.. siap amik cuti lagi.. kalau bawak budak kecik tu.. memang tak jadi nak cari barang ler..

Okey.. saja ler nak tunjuk gambar2 kami sekitar Tugu Negara tu... layan jelah eik..






Tak lama pun kat situ sebab mentari dah mulai terik.. hanya posing2 kejap pastu teruskan perjalanan ke Eye On Malaysia plak.. tapi yg kecewanya masa amik gambar kat Tugu Negara tu.. bateri kamera ku dah out.. habis kesemua termasuk bateri spare.. yelah mana tak abis dok amik gambar sakan kat Tapah dan Cameron.. pastu ni singgah tugu lagi.. jadinya.. gambar kat Eye On Malaysia.. hanya guna kamera handphone hubby ku saja... tak tau pulak hubby nak jenjalan kat KL ni.. kalau tau.. boleh ku cas bateri tu kat rumah Long.. tp takperlah.. ada gak ler kenangannya walaupun gambar kelabu pasal guna handphone.. Buat masa ni.. gambar kat situ belum upload lagi.. handphone tu pada hubby.. jd payah ler sket nak upload.. tunggu hari dia cuti ler.. skrg ni.. dia kena keje shift siang 3 minggu berturut2.. wawawa... cian hubby ku...

#############################################################################

Ole2 Dari Indonesia

Ok ni saja nak tunjuk ole-ole dari Indonesia dari kawan ku yang kebetulan balik Indon masa cuti raya cina baru ni.. Antaranya.. ialah bumbu pecal, buah markisa, kerepek pedas belinjau & juga kacang botak. Yang menarik perhatianku adalah dua benda ni iaitu buah markisa & juga bumbu pecal..

Ingat masa kecik2 kat Dungun dulu.. pernah makan buah ni. Ada kat rumah sorang kawan tu.. dulu2 yg pernah ku makan.. rasanya agak masam. Mungkin masa tu dia belum betul2 masak.. maklumlah masa kecik2.. bukan tau buah tu dah masak ke belum.. main petik aje.. Buah markisa yg ini rasanya sangatlah manis.. saling tak tumpah macam buah letup-letup tu.. hehehe.. kepada yang pernah makan buah letup-letup tu.. mesti tau macamana rasanya.. & aku rasa.. buah markisa ni pun dalam family yang sama dengan buah letup2 tu.. sebab nama saintifiknya pun ada persamaan iaitu (Passiflora foetida) & nama saintifik bagi Markisa pula ialah (Passiflora edulis).. samakan? patutlah rasanya pun lebih kurang.. Buah markisa ni selain dimakan begitu saja.. ianya juga dibuat jus.. amat femes kat sana.. selain dari tu.. boleh juga dibuat serbat & macam2 lagi sebagai campuran dlm kuih atau pencuci mulut.

Pada sapa2 yg tak pernah tengok buah letup-letup tu.. ni gambar ku cilok dari wikipedia.. best tau buah ni.. manis sangat.. masa kecik2.. dalam kebun atau belakang rumah.. berebut2 dok kutip buah ni..


Okeh.. ni pulak buah markisa yang kumaksudkan..
Walaupun rasanya seakan2.. tetapi saiz buah markisa & buah letup-letup amatlah berbeza.. buah letup-letup jauh lebih kecil..



Sedikit Info mengenai Markisa (Passiflora edulis) ambil dari Wikipedia

Quote:
Markisa (Portugis: maracuj√°; Spanyol: maracuy√°) tergolong ke dalam tanaman genus Passiflora, berasal dari daerah tropis dan sub tropis di Amerika.

Di Indonesia terdapat dua jenis markisa, yaitu markisa ungu (passiflora edulis) yang tumbuh di dataran tinggi, dan markisa kuning (passiflora flavicarva) yang tumbuh di dataran rendah. Sementara itu, ada pula varian markisa yang tumbuh di daerah Sumatera Barat yang disebut sebagai markisa manis (passiflora edulis forma flavicarva).



Dan ini pula pecal yang ku buat daripada bumbu pecal dari Indonesia yang juga diberi oleh kawanku.. senang kerja tak payah nak goreng kacang bagai.. tinggal bancuh jer dengan air panas.. celur sayur, rebus telur, goreng tempe & tauhu.. siap!! Kalau dah dari Indon.. tak sah ler kalau tak pedass.. berasap kuah pecal dia..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net