Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Feb-2008 04:26 Email | Share | Bookmark
Masak2... Tag Meme dari Mamasya.. & Dedication dari Srsfeqah

 
 
Lauk2 ni yang ku masak minggu lepas.. Macam biasa ler.. masak yang mudah2 aje sekarang ni.. sebab kesuntukan masa.. balik dari jemput Dini sekolah petang.. sampai rumah dah lewat.. banyak perkara lain nak diuruskan.. jadi masak ajelah mana yg sempat.. kalau nak masak beradong2..(beria2) tak tau pukul berapa boleh makan malam.. hehehe.. Masa tengah masak2 ni ler Kak Jie Jie tepon kita.. hehe.. dok cerita2 ngan Kak Jie Jie.. katanya.. ada orang cilok gambar2 beliau.. yelah.. MaDiHa ngan Kak Jie.. selalu jer upload gambar tanpa diedit ataupun di chop nama kitorang.. hehe.. ni kes nak cepat + malas nak edit.. nampaknya skrg ni kenalah rajinkan diri edit2 sikit gambar2 kitorang (kalu sempatlah) bukannya apa.. nak gak org tau.. yg masakan tu kita yg masak.. nanti org lain suka2 hati dok cilok gambar & tempek kat dia punya fp/blog.. nanti org ingat.. kita plak yg cilok gambar org.. yelah sebab takde chop nama kan... hehe.. tadi gi ronda kat fp kak Jie pun nampak Kak Jie pun dah rajin edit2 gambar dia.. hehehe.. syabas kak Jie... sama2lah kita mengedit yek kak.. oh yer.. nilah dia yg MaDiHa masak malam tu akak.... ni namanya masakan orang malas...

Daging ni sebenarnya.. sebelum dimasak.. MaDiHa rebus dulu bagi empuk. Sambil tunggu daging empuk atas dapur.. bergegas ler dulu ke bilik air bersihkan diri.. (kalau nak buat mcm MaDiHa ni.. kena pastikan periuk cukup besar... takut nanti kita dlm bilik air.. air rebusan daging membuak2 pulak dan api terpadam.. nanti gas keluar plak) MaDiHa rebus seketul besar2 tu.. sebab taknak hilangkan manisnya.. bila dah empuk.. barulah dihiris2.. Bila hubby balik dari kerja.. dia tengok daging siap hiris dia kata.. buat masak halia lah daging tu.. kita orait aje.. tak cerewet.. tp.. kita bodek ler.. abang masak yekk hehehe.. so inilah dia yg hubbyku masak.. kita tolonglah jugak kopek2 bawang... resepinya sempoi aje.. bahan2 main agak2 jer..

Quote:
DAGING MASAK HALIA (hubbyku...)

Bahan2
1 kg daging ~ rebus empuk kemudian dihiris nipis
minyak masak
3 ulas bwg putih ~ diketuk kasar
4 ulas bwg merah ~ tumbuk
1 biji bwg besar ~ mayang
8 biji cili padi ~ biarkan sebiji2 (tumbuk pun boleh.. hubby tak tumbuk sebab takut haziq kepedasan)
1 inci halia ~ hiris nipis
air secukupnya untuk kuah
sedikit asam jawa ~ bancuh dengan air jadikan pes
garam & perasa

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang tumbuk, bawang mayang, cili api & halia.
2. Tambah air asam jawa & air serta masukkan daging.
3. Masukkan perasa & garam... kacau2 hingga mesra. Rasakan garamnya.. bolehlah dihidang.
4. Masa nak mkn tu.. gigit sekali cili padi tu.. barulah besttttt... Kalau takde budak kecik.. lebih sedap tumbukkan terus cili padi tu sekali.


Ini pulak.. nak menghabiskan sayur, tempe & tauhu lebihan buat pecal tu.... so main belasah jelah campur2 sayur apa yg ada dalam peti ais tu...

Quote:
TAUHU GORENG BERSAYUR

Bahan2
3 keping tauhu ~ goreng & didadu
1 keping tempe ~ goreng & didadu
1 biji capsicum saiz kecil ~ didadu
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
2-3 ulas bwg putih }
4 ulas bwg merah } bahan2 ini ditumbuk halus
6 biji cili padi }
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit serbuk pati ayam
garam sket
air sket
minyak sket

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk.
2. Masukkan air, sos tiram, kicap manis & serbuk pati ayam dan kacau rata.
3. Masukkan sayuran dan kacau lagi. Tambah garam jika perlu.
4. Last masukkan tempe & tauhu goreng dan kacau rata.. siap!


#############################################################################

Quote:
Ini pula Tag Meme dari Mamasya... Thank you kerana sudi memanjangkannya pada MaDiHa..



*Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.*


**************
So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!

1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will 10- Michelle’s Small World 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- http://umi-e.blogspot.com 18- http://bahandapur.blogspot.com 19- http://tiffinbiru.blogspot.com 20 - http://sudipkayu.blogspot.com 21- Princess Haryati .22 Mamasya 23. http://mamawandiha.fotopages.com

Buat masa ni.. MaDiHa tak pass kepada sesiapa Tag ini.. sebab tau masing2 dok bz.. hehe.. lagipun MaDiHa pun agak bz gak lately ni.. so.. nanti ku fikirkan nak pass pd siapa..

Terima kasih kepada Mamasya kerana sudi bagi bear yang comel ni...



Quote:
Ini pula.. dari seorang adik a.k.a sahabat FP.. iaitu Srsfeqah yang sudi buat special dedication untuk MaDiHa sebab nak membalas di atas award yg MaDiHa share dengan dia tempohari.. terharu betul rasanya.. bersusah payah dia buat dedication ni... TQ Feqah... ni akak tempek sini wat kenang-kenangan yerr..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net