Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Mar-2008 07:17 Email | Share | Bookmark
Selamat Tinggal Cik Ani.......

Haziq dengan anak buah Cik Ani
Haziq dengan Cik Ani.. hari terakhir..
Haziq belum mengerti.. erti perpisahan..
 
 
 
 
Hari Jumaat lepas merupakan hari terakhir Cik Ani atau Mak (panggilan Haziq pada Cik Ani) jaga Haziq. 2 minggu lepas.. awal pagi semasa ku hantar Haziq ke rumahnya.. tiba2 Cik Ani bagitau yang dia tak dapat nak jaga Haziq lagi. Dia mengambil keputusan demikian kerana terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sedang sakit. Mungkin kerana dia tidak punya anak.. maka dia diminta untuk berbuat demikian.. Senang nak bergerak tiada halangan anak2 sekolah dan sebagainya berbanding adik beradik lain.. Masa tu.. perasaanku berbaur antara terkejut & sedih.. tiba2 saja rasa sebak.. tambahan pula bila ku lihat butir2 permata berguguran dari kelopak mata Cik Ani.. Segera diseka air matanya mungkin tidak mau aku nampak yang dia menangis.... Ku tahankan perasaanku & ku gagahi juga agar air mata ku tak menitis.. tak mau rakan seofis nampak mataku merah..

Hari yang dijanjikan (sesungguhnya aku tidak menunggu hari tersebut!) iaitu Jumaat lepas 29hb Februari adalah hari terakhir Haziq bersama dengan Cik Ani. Petang pulang dari kerja.. sempat ku luangkan masa berborak2 sekejap dengan Cik Ani sebelum pergi jemput Dini di sekolah. Katanya.. hatinya berat untuk melepaskan Haziq kerana dia dah jaga Haziq sejak umur 2 bulan hinggalah Haziq 2 tahun sebulan. Memang berat nak lepaskan Haziq... tapi apa boleh buat.. Aku pun.. rasa dah selesa dengan Cik Ani yang sememangnya tak berkira denganku.. begitu juga dia. Kami sama2 memerlukan.. tapi keadaan tak mengizinkan.. Dalam hati dah ku kuatkan semangat agar tak menangis.. tapi bila tiba saat nak bersalam & minta halalkan segalanya.. tak tertahan & akhirnya.. kami sama2 menangis.. walaupun ku tahu bukannya kami tak boleh berjumpa lagi selepas ini.. tapi entah kenapa rasa sedih & sebak sangat.. Haziq yang belum mengerti erti perpisahan.. hanya seperti biasa.. berlari ke sana sini.. kengkadang pegi duduk atas riba Cik Ani.. manja betul.. Sempat ku ambil gambar untuk kenang-kenangan.. Waktu turun untuk ke kereta.. rasa segan juga bila berselisih dengan orang di tangga.. mungkin mereka nampak mataku merah.. tp biarlah..

Hari ni.. hari pertama Haziq di nurseri jagaan kanak2. Ku hantar ke nurseri yang sama masa Dini sebelum sekolah dulu. Haziq yang sedang tidur.. ku dukung ke dalam nurseri. Haziq kehairanan & terpinga2.. agaknya.. dia pun pelik.. kenapa pula ibu hantar dia ke situ.. Ku teman Haziq sekejap di nurseri.. biarkan dia baring & bagi dia susu.. bila nampak dia leka.. terus ku keluar.. bimbang dia menangis pula kalau dia nampak aku keluar.. Tak taulah apa terjadi lepas tu.. tapi masa ku keluar tu.. tak dengar pula dia menangis.. alhamdulillah.. Masa ku telefon pengasuh/ustazah di nurseri tu.. diaorang cakap semuanya ok. Cuma Haziq sibuk tarik2 tangan diaorang dok ajak keluar nak main buaian. Yang kurisaukan sebenarnya sebab Haziq ada habit pelik semasa nak tidur. Dia selalu nak orang temankan dia di sebelah & suka meraba2 tangan atau lengan kita dengan memasukkan tangan dia dlm lengan baju.. biasanya budak2 suka gentel telinga sendiri atau bucu bantal masa menyusu & nak tidur.. tp Haziq pulak suka masukkan tangan dia dlm lengan baju kita sambil gosok2 lengan kita.. hehe.. sebenarnya tak semestinya lengan baju.. kalau kita pakai seluar pendek (kat rumah) peha kita pun jadi mangsa gak.. janji dapat masukkan tangannya di tepi kaki seluar tu.. pelik betul anak bujangku.. Lagi satu.. dia suka kita gosok2 belakang dia.. cepat ler dia lali & tidur.. Dah ku terangkan perangai pelik anakku pada pengasuh baru di nurseri td.. harap2 semuanya ok..

Hari terakhir Haziq dengan Cik Ani.. Haziq tak mengerti apa2... yang dia tau seronok ajer...



####################################################################

Ohya.. ingatkan dah abis dah cerita sedih.. rupanya ada sikit lagi.. tp yang ini bukanlah sedih sangat.. harap2 begitulah yer..
Gini ceritanya.. sebulan yg lepas.. hubby ada gi buat check up kat panel doctor dia sebab dia pening2.. katanya doktor kata darah dia naik Dah risau dah member.. tak taulah memang ada darah tinggi atau sebab dia tak cukup tidur kerana kerja shift malam.. tapi 2 minggu lepas tu.. dia pegi lagi jumpa doktor.. & ternyata blood pressure dia masih di tahap yg sama (border). Nak ikutkan.. ku takdelah masak masin2 sangat pun. Sebelum ni hubby rajin juga beriadah atau berjogging.. tp yelah.. kalau penyakit nak datang.. still takleh wat apa gak kan.. tp kalau boleh taknaklah sampai kena makan ubat darah tinggi lak kan.. so dengan nasihat doktor.. tiap2 pagi.. hubby amalkan minum jus berkhasiat ni sebelum sarapan pagi.. masa mula2 dia buat tu aku konon2 nak tumpang gak.. suruh dia buat extra 1 gelas lagi.. try gaklah minum tanpa henti.. tapi punyalah tak leh terima tekak ni.. hampir2 nak terjeluak.. hehehe.. (nasib baik tak jadi betul2.. tp bunyi dah keluar dah wek wek.. tp tak keluar balik la.. hehehe) tinggal seteguk jer lagi.. dah tak boleh nak teruskan dah.. tapi hubby bagus.. dia boleh minum selamba jer..

Inilah dia jus tu..
Untuk segelas ni.. campurannya ialah 1 biji epal hijau, sesuku biji peria biasa, 1 tangkai celeri, 1 sudu besar madu & juga air masak secukupnya... siapa berani try ??
JUS BERKHASIAT (bagus untuk pengidap darah tinggi)



Dan ini plak.. lauk yg dimasak minggu lepas.. layan jelah eikk.. nanti ada masa ku masukkan resepinya..

Quote:
KACANG PANJANG & TEMPE GORENG BERTAUCHU

Bahan2 (agak2 jelah yer)
Secekak kacang panjang
2 keping tempe ~ hiris & goreng
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
10 biji cili padi}
1 s/b tauchu
segengam ikan bilis ~ dibersihkan perut & tulangnya
air sket
minyak utk menumis
garam (jika perlu)

Cara2
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk & ikan bilis hingga wangi.
2. Masukkan air & tauhu.
3. Masukkan kacang panjang dan kacau rata.
4. Masukkan tempe dan gaul rata.. rasakan garamnya.. jika kurang masin tambahkan sedikit garam dan gaul rata. sebelum dihidang.



Quote:
CHICKEN TOFU (Thanks to Kuchai sudi share resepi ni... akak copy & paste aje ni.. malas nak taip balik.. sedap & sesuai untuk budak2 sebab tak pedas.. )


bhn2:
2 box soft tofu
1 capsicum @ lada benggala (any color to your liking)
1 batang celeri (MaDiHa tambah)
ciken parts cut into dice/small
1/2 ikan bilis cube
oyster sauce
kicap pekat
minced garlic
pepper
water

method:
- tumis bawang putih & kiub
- masukkan ayam & masak hingga isi bertukar putih
- masukkan oyster sauce & kicap pekat
- a little bit water to dilute the sauce thickness
- masukkan capsicum, celery, pepper & lain2 bahan yg tinggal..
- soft tofu cut into dice/small then masukkan dalam bekas
- u can either pour hot water on it then drained or steam it (MaDiHa kukus je)
- pour the ciken gravy on top
* serve hot & immediately
* garam may not be necessary sebab dah masin so agak2 ekkk
* sprinkle with daun sup or daun bawang (optional)



Quote:
SAMBAL TUMIS BELACAN BILIS (kaw kaw punya pedasssssss... berasappp... )

Bahan2

1 mangkuk kecil ikan bilis bersih
40 biji cili padi ~ tumbuk
1~2 inci belacan (agak2 la ye.. boleh lebihkan lagi kalau suka) ~ tumbuk sekali dengan cilipadi
3 ulas bawang putih ~ ketuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
sedikit air asam jawa
garam & gula secukupnya
minyak sikit
air sikit

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga agak2 layu aje..angkat.
2. Guna minyak yg sama.. tumis bawang putih hingga wangi.. masukkan bawang merah & cilipadi & belacan yg ditumbuk tadi. Masak hingga garing. (Awas! api jangan kuat.. nanti semua org dlm rumah terbersin & lagi satu.. satu rumah bau belacan! )
3. Bila dah garing.. masukkan air asam jawa & sikit air jika perlu.
4. Tambahkan perasa, garam & gula & akhir sekali masukkan ikan bilis tadi.
5. Sedap dimakan bersama nasi tak kira sejuk atau panas atau dicicah dengan cekodok


Quote:
1. Anir: Apa boleh buat Anir.. Cik Ani ada tanggungjwb yg lebih penting.. aku redho jelah.. pasal habit si haziq tu rupanya ada jugak kat anak ko yek.. terpaksa ler madiha bagitau kat pengasuh kat nurseri tu.. mana tau dia nangis2 takleh tidur ker.. ataupun dia dok raba2 org tu.. kang dikatakan gila sex plak.. kah kah kah…jadi sebelum org tuduh melulu.. kenalah bagitau awal2… kes anak anir yg cium2 kaki tu memang haru.. lekat sampai besar bahaya gak tuuhh..
2. Pemancing Ikan: Peria tu kalau dibuat ulam mungkin berkesan jugak kot.. sy kalau buat ulam boleh mkn lagi.. tp suruh minum jus memang tobat dah.. hehehe..
3. Aliza: huhu… saya memang tabik ler kat awak Aliza… madiha tak kisah makan peria buat ulam.. tp jangan suruh minum2 jus yg rasa pelik2.. mau terkeluar balik.. hehe..
4. Mama farhan & emily: Akak sendiri pun meleleh masa taip entry tu… sedih sangat.. thanks yer Naz..
5. Zira: Memang sedih Zira.. dia dah anggap anak kita mcm anak dia sendiri.. anak kita pun dah manja ngan dia.. tup2 takleh jumpa dah lepas ni.. harap2 gitulahh biarlah Haziq dpt sesuaikan diri di tempat baru..
6. DOd: Kesian lah jugak Dilla.. tp apa boleh buat.. kenalah terima.. Cik Ani ada tanggung jawab yg lebih penting… redho jelah.. tiap pertemuan ada perpisahannya..
7. Masriyah: Mudah2an dia dpt sesuaikan diri ditempat baru.. Alhamdulillah.. hari pertama dia nangis gak la siang tu sibuk dok ajak pengasuh tu keluar.. tarik2 tangan.. harap2 hari ni dia ok lah..
8. Kak Jie: Betul tu Kak Jie… terpaksalah terima kenyataan.. yg sedih sangat tu sebab Haziq manja dengan Cik Ani…
9. Sabrina + Nadzri: yer Sab.. akak sedih sebab Haziq tak tau apa2.. tau2 terpaksa dipisahkan dengan Cik Ani dia… mesti dia tercari2 lepas ni… pasal BP hubby tu.. akak pun harap2 lepas ni oklah sikit.. mungkin kena cari gak BP moniter tu.. thanks yer Sab
10. Sabrina: your welcome Sab
11. MamaFaMi: Maaflah mama.. bukan niat nak buat mama sedih.. tp madiha sekadar nak meluahkan perasaan.. madiha sendiri pun meleleh masa menaip entry tu..
Tabiklah kat mama boleh minum jus tu… madiha awal2 angkat tangan dulu.. hehe.. (serik dah try sekali)
12. Soulha, Cairo: Memang sedih.. alhamdulillah.. haziq takdelah sampai meraung2 nak ikut balik masa hantar hari pertama.. tadi pun (2nd day) dia steady aje masuk nurseri tu… cuma semalam.. masa nak jemput dia nangis bila nampak madiha depan pintu.. tengahari semalam pun dia nangis dok tarik2 tangan pengasuh nurseri tu ajak keluar.. harap2 lepas ni bertambah oklah..
13. Korok:
14. Linda@anna: boleh try tu linda kalau sanggup minum.. akak dah surrender.. hehehe.. (tak tahan rasa yg pahit & pelik)
15. Ana: terima kasih ana… gitulah lumrah hidup ni.. tiap pertemuan ada perpisahan.. harap2 haziq ok kat tempat baru..
16. Far East: orang jowo yer?
17. Mama ca: betul tu.. komitmen Cik Ani lebih penting.. kenalah redho ..
18. Mamabob: Wa’alaikum salam.. memang sedih… dah anggap Cik Ani macam keluarga sendiri. Terima kasih Mamabob di atas keprihatinan mama.. insyaallah kalau masih belum memberi kesan positif terpaksalah cari alternatif lain utk hubby’s BP problem tu..
19. Mamasya: yer mamasya.. semuanya tu terpaksalah kita terima.. walaupun sedih.. harap2 Haziq boleh sesuaikan diri.. insyaAllah.. sebab Haziq ni jenis suka berkawan & jarang cari pasal & cari gaduh dengan budak2 (menurut kata Cik Ani sepanjang pemerhatian dia..) mekasih utk doa tu.. harap2 lepas ni BP hubby madiha akan kembali normal..
20. Daalia: terima kasih sis.. harap2 segalanya berjalan lancar dan tiada masalah. Bimbang juga kalau2 dia demam berenggang dengan mak dia tu…
Gitu kisahnya.. sis pun ada hypertension juga yer.. suami madiha malas nak telan ubat.. sanggup pula dia minum jus tu.. kalau madiha baik mkn ubat.. tp tulah.. kalau dah start mkn.. kena teruskan sampai bila2 kecuali kita boleh control pemakanan kita..
21. Yatie: kalau apple + madu.. akak no problem.. kalau jus yg tu memang dah tak sanggup dah.. cukuplah sekali saje.. hehee..
22. Kamalina: Memang sedih Aimi.. masa akak taip entry tu pun meleleh2 jugaklaa melayan perasaan.. hehe.. ada bakat ker jd penulis.. ehh.. takdelah.. tulis meraban2 bolehla kot.. thanks ya utk doa for suami akak tu…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net