Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Mar-2008 04:52 Email | Share | Bookmark
Pilihanraya Umum Ke 12, 2008

ni calon PKR
haniza talha
menang majoriti 4 ribu lebih
lambang PKR di mana2
 
munaliza tolak wheelchair pengundi yg uzur.. ikhlas atau gimik?
beramah mesra
munaliza hamzah
bersalaman
 
poster munaliza calon dun n33 taman medan
poster ir donald lim calon parlimen pj selatan
ini keluarga ibu rohaya.. baby sitter dini dulu..
lepas mengundi.. ronda2 jap.. hehe
semangat PKR.. kat kereta pun ada bendera
 
 
ini di Sri Sentosa.. (Lembah Pantai)
poster izzah & lambang PKR pd kereta
 
poster shahrizat
izzah
highway karak
ini dah sampai raub
 
roket besar..
bulan disepanjang jln...
seronok org bertiga ni nak blk kg..
haziq muka hairan..
entah apa yg ditenung
 
 
dah sampai kg hubby.. walaupun dah petang.. tp masih ada kabus..
ni ler sekolah hubby dulu.. hubby menuju ke meja spr
ni depan pagar sekolah..
Orang lain.. awal2 dah masuk gambar2 suasana pilihanraya... tapi aku arini baru nak masukkan.. Alhamdulillah.. semuanya dah selamat...& masing2 dah tau keputusannya.. walaupun dah berlalu.. nak kena masukkan jugak gambar2 ni.. wat kenang-kenangan.. hehe..

Gambar2 ni adalah yang sempat aku rakamkan di tiga tempat berbeza...tp yang banyak sekali.. DUN tempat aku mengundi ler.. iaitu di DUN N33 Taman Medan... hehe... yang lain2 tu.. amik gambar jauh2 dari dlm kereta jer ler...

Taman Medan / Petaling Jaya Selatan

Calon Barisan Nasional



Pagi hari mengundi tu... dalam kul 9 lebih kot.. aku sampai situ.. kebetulan pulak calon DUN Taman Medan si Munaliza pun baru sampai.. mula aku tak perasan gak.. sepupu aku Bie yg cakap.. aku pun apalagi.. menyibuk gak ler amik gambor .. hehehe.. ada professional photographer jugak kat situ.. tp aku tak kira.. aku amik gak gambor.. buat selamba jer.. hehe.. tapi tiba kat tempat orang mengundi.. aku segan plak nak amik gambor.. heheh.. tengok orang lain takde pun yg bawak kamera.. aku pun simpan ler kamera aku elok2 dalam handbag..



Calon pembangkang Parti Keadilan Rakyat Haniza Talha yang telah memenangi kerusi DUN N33 Taman Medan dengan majoriti 4 ribu lebih.. Gambar calon PKR parlimen.. tak sempat nak amik gambor...



Lembah Pantai
Lepas mengundi.. sebelum balik Raub.. kami pegi kedai untuk cari hadiah kahwin sepupu hubby.. lepas tu.. hubby sempat meronda2 sekitar Sri Sentosa saja nak tengok suasana di sana.. lagipun.. memang on the way untuk masuk KL (nak blk kg) kat sana calon parlimen yang bertanding ialah Shahrizat (BN)


Calon pembangkang pula.. Izzah (PKR) juga memenangi kerusi di situ...




Raub
Lepas meronda2 kami teruskan perjalanan untuk balik ke Raub sebab hubby mengundi di Raub. Kat Raub.. barulah kami nampak bulan & dacing di sepanjang perjalanan.. roket pun ada tauu... roket besar lagi tuu... hehehe...



Ni kat kg hubby... tengok tu... ada kabusss... mcm kat Cameron Highlands.. hehehe...


Sampai kg hampir pukul 4 petang.. hubby terus singgah sekolah rendah dimana dia bersekolah dulu untuk membuang undi..
Hubby menuju ke meja SPR.. sebelum masuk ke bilik mengundi..



#############################################################################
Okeh.. dah abis kisah mengundi... ni selingan aje...

Ni gambar kandid si Dini & adik2 hubby Lan & Ida yg kerja di Kajang.. diaorang balik dengan kami masa balik Raub baru ni.. entah apa yg seronok sgt.. masing2 sengih jer.. seronok nak blk kg ler tu..


Ini pulak.. gambar Haziq dlm kereta.. dah boring takde apa buat.. saja jer ambik gambar dia.. muka blur jer si Haziq...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net