Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Mar-2008 02:59 Email | Share | Bookmark
Selamat Pengantin Baru ~ Syam & Siti

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sehari selepas hari mengundi.. 9hb Mac 2008... sepupu hubbyku Hisyam melangsungkan majlis perkahwinannya dengan gadis pilihan beliau iaitu Siti (nama penuh tak ingat lak..). Majlis akad nikah diadakan pada hari khamis sebelumnya.. tapi kami tak sempat ler nak tengok sebab kitorang balik hari Sabtu tu.. Diaorang ni senang sebab sekampong ajer.. jadi tak susah2 nak travel jauh2 hantar pengantin.. Kedua2 mempelai ni pun kerja setempat iaitu di Technology Park yang terletak di kampung hubbyku jugak... Kepada kedua2 mempelai... kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia ke anak cucu .

Hari ni.. layan gambar2 pengantin lak yer..










Selepas majlis kenduri tu.. kami sekeluarga dengan 2 buah lagi kereta bergegas pula ke Temerloh sebab nak melawat seorang lagi sepupu hubby (yg ni sepupu lain mak sedara plak... Nor yg pernah ku ceritakan pasal majlis kenduri dia dulu.. yg aku kena buat kuih karipap tu..hehe ) yang dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abu Bakar kerana nak bersalin. Actually.. belum bersalin lagi pun.. dia dimasukkan ke wad sebab tekanan darahnya naik.. biasalah kan... time ngandung memang gitu.. byk masalah.. masa kami sampai tu.. dia rileks aje.. doktor dah masukkan ubat 3 kali.. tapi kebal.. hehehe.. katanya esok doktor akan masuk lagi ubat (induce) utk kali terakhir.. kalau tak jalan jugak.. dia akan dibedah... huhuhuuu... aku rasa.. masa aku taip entry ni.. dia dah pun selamat melahirkan.. aku harap semuanya berjalan lancar... Oh ya.. masa kami on the way nak balik dari Temerloh ke Raub perjalanan ok aje.. tp keluar jer kat simpang jln menuju ke Raub tu.. mak aiihhh.. jalan sibuk gilerrrr... kereta menuju ke KL beraturrr.... macam musim cuti raya jer... tp memang raya pun.. musim cuti pilihanraya... sampai kami nak keluar simpang pun sangatlah susah sebab kereta non stop.. mcm deretan semut hehehe... ramai betul yang balik ke kg untuk mengundi.. alhamdulillah.. Mujur kitorang tak balik KL malam tu.. Kami balik keesokkannya (hari Isnin) jalan dah clear.. tak sibuk dah.. Untuk pengetahuan u all.. jalan tersebut juga digunakan untuk pulang ke Kelantan... teringat plak kat satu banner selepas masuk susur Raub... tulisannya lebih kurang mcm ni ler.. "Pakat kelik rama2.. kito pakoh bule"


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net