Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Mar-2008 04:42 Email | Share | Bookmark
Haziq Tak Sihat...

 
 
Hari Jumaat baru ni.. balik rumah Haziq asyik meragam ajer.. nak buat kerja pun tak senang.. tak bagi ibu dia kat dapur lama2.. asyik nak berdukung & kalau boleh nak dok setepek dengan ibu ajer... baring pun nak suruh ibu temankan.. malam tu Haziq demam... patutlah meragam ajer.. dahlah malam tu ibu sibuk giler.. balik kerja sempat masak sejenis jer lauk utk ayah sebelum ayah pegi kerja.. lepas ayah pergi kerja.. ibu tambah lagi masak sejenis dua lagi lauk sebab nanti tokma & adik2 balik dari hospital mesti lapar. Hari Jumaat tu ibu kerja macam biasa.. tokma & makngah masak2 kat rumah dan bawak makanan ke hospital untuk saudara mara yg menunggu kat hospital... malam barulah tokma balik rumah.. masa tu ibu dah siap masak dah.. itupun puas juga nak siap sambil melayan kerenah Haziq yang tak sihat. Paling mencabar sekali sebab malam tu.. ibu kena siapkan 2 loyang puding marble pelangi blackmore.. alahaiii... punyalah dugaan.. masa masak tu okeylah lagi.. boleh gak sambil mengacau puding dlm periuk sambil dukung Haziq.. tapi tiba masa nak melapis tu.. aduhaiii.... tuhan sajalah yang tau macamana nak handle Haziq sambil melapis puding tu... bab nak mewarna puding tu pun satu hal juga.. bab nak melapis satu lagi cabaran.. si Haziq asyik dok tarik2 tangan mintak dukung.. sabar jelahh.. tokma dengan adik2 balik dari hospital kepenantan.. diaorang tidur cepat.. lagipun masa tu dah lewat.. tengok jelah hasil puding ku itu... loyang pertama buat nipis2... tiba loyang ke dua nak cepat terpaksalah buat tebal2 sikit lapisan sebab nak cepat siap.. itupun.. agar2 dah hampir nak membeku sebab lambat sangat nak siap... warna coklat tu pun tak sama sebab dok kecoh dengan Haziq... lapisan pun tak cantik... itulah jadinya kalau buat kerja tak boleh nak concentrate... Siap buat puding.. kul 1am lebih.. puding ni sebenarnya.. Sujah mintak buatkan untuk jamuan keesokkan harinya (sabtu) sebab sepupu MaDiHa nikah pagi sabtu tu....

PUDING MARBLE PELANGI BLACKMORE (Resepi ada kat link sebelah)



Ni gambar Haziq & Betty (anak saudaraku) pagi Sabtu sebelum pegi rumah tokcu (Sujah)... belum bawak ke klinik sebab masih ada stok ubat demam & ubat batuk.. jadi bagilah dulu ubat2 tu...



Malam tadi.. Haziq masih lagi tak sihat.. demam dah kurang.. tapi batuk2 & selsema belum hilang.. so pagi tadi ibu bawak Haziq ke klinik.. sebenarnya.. ibu pun sama tak sihat.. jadi sama2 ambil ubat.. tapi ibu tak demam.. hanya selsema & batuk.. pagi tadi sebelum pegi kerja.. ayah cakap dia pun demam jugak.. ayah mc hari ni.. tp ibu malas nak mintak mc sebab nanti petang nak kena keluar jemput Dini kat sekolah lagi.. baik ibu dok kat opis ajer.. tapi kalau ibu demam.. harus ler mintak mc jugak..
Masa jumpa doktor pagi tadi.. bila doktor chek Haziq.. doktor cakap Haziq semput... kena bagi gas.. alahaiii... ibu dia ni memang tak pandai nak bezakan anak semput dengan anak demam biasa maklumlah takde experience... dulu dah pernah bagi gas sekali... masa tu pun doktor dah bising.. tadi pun doktor cakap gak.. kenapa biar anak lama sgt baru bwk ke klinik.. itulah.. ingatkah demam & batuk biasa.. dah bagi ubat kat rumah.. rupanya dah semput.. cian kat Haziq... Dulu pun ibu pernah cakap kat ayah bila Haziq demam & batuk.. ibu pernah kata kat ayah Haziq ni nampak macam lelah jer... tp ayah tak suka bila ibu cakap mcm tu... dia cakap.. ada ker ckp macam tu..... nak sangat ke anak kena lelah..? padahal memang naluri ibu rasa macam tu.. bukannya kita nak benda2 macam ni.. tp ayah macam tak boleh terima hakikat yang anaknya ada lelah.. Nampaknya kami kena terima yg Haziq memang ada lelah.. tapi taklah serius sangat.. hanya mild asthma... (harap2 gitulah) tadi.. doktor ada ajarkan macamana nak tau anak kena semput.. letakkan telinga pada dada anak dan dengar bunyi nafas dia.. memang betul.. ada bunyi yg agak pelik.. lagi satu doktor kata.. perhatikan perut anak.. jika perutnya yg turun naik kuat semasa bernafas berbanding dada.. bermakna anak sedang semputlah tu... lepas ni.. ibu kena pastikan perkara ni betul2 especially bila Haziq tak sihat... cian anak ibu... Lepas pegi klinik.. ibu hantar Haziq ke nurseri macam biasa... harap2 Haziq okey...



Quote:
1. Imah: Agaknyalah memang musim demam skrg kot… kat rumah dah 3 org terkena jangkitan.. cuma kakak Dini ajer masih kuat antibodi.. ibu dia dah hilang suara dah ni… asyik batuk jer..
2. Aima: Harap2 gitulah.. risau bila anak2 tak sihat..
3. Mamasya: Lapisan puding tu dah herot2 jadinya.. maklumlah nak buat puding tu nak kena slow & steady.. ni asyik nak cepat jer.. bila loyang bergoyang masa sangga tu.. lapisan pun jd senget jugak.. hehe..
Rupanya Shazrin pun ada asma jugak yer? Itulah.. kadang tu tak perasan anak sedang diserang asma sebab tak reti nak bezakan.. lepas ni madiha kena alert sket bila haziq batuk2 atau selsema… sebab dah dua kali dia kena… doktor pun dah ajar macamana nak pastikan anak asma..
4. Roylazim: memang risau kak Roy… mujur tak kena warded.. terima kasih kak..
5. Kak Jie Jie: Itulah Kak Jie.. sebenarnya masa buat puding tu tensen jugak.. tp sabar jugaklah.. nak buat cemana dua2 kena bagi attention.. pasal mandi mlm tu.. mmg betul kata kak jie.. skrg madiha dah beringat sebab dulu2 tak tau lagi pasal ni.. tp kali ni mungkin sebab dia kena batuk & selsema tu yg kena asma tu… yg ibu dia lak ingatkan batuk2 biasa.. tak bwk pegi jumpa doktor cepat2.. lain kali kena beringat..
6. Haniss: hmmm sekata apa…. Herot berot tu haniss oiii… tapi takpelah yg penting rasanya sedap.. bila dah kena potong org tak nampak dah yg belang2 tu herot.. hehehe.. apapun terima kasih yer haniss atas doa tu..
7. Dod: alahaii.. dilla pun ada asma jugak yer? Akak ni sebenarnya tak biasa lg dengan budak asma.. tu yg sampai doktor bising bwk anak lambat ke klinik.. ingatkan demam, batuk biasa aje.. rupanya dah kena asma.. sabar jelah..
8. Cak: samalah kita.. memang risau.. tidur mlm pun tak lena dibuatnya.. mekasih cak yer.. ohh bingka pandan tuu… memang marveless.. sedap sgt & tekstur dia ngam2 jer.. lagi satu.. kuih tu tak manis sangat.. just nice ditekak madiha.. cubalah cak resepi tu… mesti jadi punya..
9. Kamalina: Haziq aimi pun ada asma? Hmmmm.. nampaknya samalah nasib budak haziq 2 org ni yer.. hehe.. dulu haziq pun pernah kena neb sekali.. ingatkan dah okey.. tau2 kena lagi baru ni.. lepas ni kena alert sket bila dia demam & batuk2..
10. Soulha, Cairo: Terima kasih Sue… harap2 gitulah.. biar dia cepat sembuh.. tp tulah.. asma ni.. rasanya payah nak baik.. cuma kena selalu kena jaga pemakanan dialah lepas ni..
11. Cek de sam: tq cek de…
12. Sabrina: adalah tu sab.. tp mild asma lah sab.. tp still nak kena jaga jugak tu… akak dah naik risau bila anak2 ada penyakit kekal mcm ni… apapun.. tq sab yer.. ahaaa.. puding tu sememangnya sedapp..
13. Ida isk: itulah.. risau budak ada asma ni.. betul ker bila besar asmanya hilang?
14. Penjual batik sutera: tq…
15. Nur: itulah.. masa amik gambar tu.. demamnya dah kebah sikit.. tu nampak cam org sihat aje tu… memang demamnya tak kuat sgt.. cuma batuk & selsema aje & asma yg ibunya boleh tak perasan tu… heheh.. itulah.. mmg tak perasan sgt lagipun mmg madiha tak reti sgt nak tengok keadaan budak asma.. mungkin sebab haziq tak berapa kuat sgt lelahnya tu… kalau sampai semput termengah2.. sohih madiha dah bwk gi klinik/hospital awal2 lagi.. ahaa… puding tu mmg terpaksa kena buat sebab makcik dah amanahkan suruh buat.. nanti rosak plak majlis sebab takde pencuci mulut.. hehehe..
16. Masriyah: mekasih yah.. inilah dia puding yg madiha kena buat tu… nasib baik ler menjadi jugak walaupun dok kecoh dengan haziq..
17. Ana: ciannyer dengar ana cerita.. itulah kan.. kadang tu kita tak perasan keadaan anak ni.. ingatkan taklah teruk & sampai memudaratkan.. tp bila doc bising2 tu.. rasa bersalahlah pulak sebab lambat bwk jumpa doc.. itulah.. puding tu dah herot2 dah jadinya.. gara2 fikiran celaru.. hehehe..
18. Bie: a’ah ler bie… dah kena asma balik.. sebab selsema & batuk2 tu.. kahak byk.. tu yg kena amik nebulizer lagi tu… no problem pasal tu.. lagipun buat sejenis jer pun.. hehe.. tp mujur ler menjadi jugak puding aritu.. dok celaru dengan haziq yg dok meragam tu.. hehe..
19. Kak leen: alahaii naper ler sayu jer tu Kak Leen?
20. Kak leen: a’ah laa kak leen.. asmanya datang balik.. tp taklah serius sgt.. manalah nak cari hati unta tu yer kak leen? Time korban adalah kot.. tp bukan boleh mintak2… hehehe..
21. Kuchai: ishhhh.. nangis jugak tu kuchai.. cuba tengok ekspresi muka dia masa kena neb tu….
22. Mama farhan & emily: mekasih mama farhan…
23. Dod: TQ Dilla… akak akan pastikan jaga makan2 utk haziq… & harap2 dilla pun cepat2 sembuh yer…
24. Anis: terima kasih anis.. salam perkenalan dari kami juga..
25. Shima ~ Ummi Haziq Aiman: iyer ker Haziq Aiman pun demam? Alahaii.. kebetulan pulak yer.. nama dah sama.. demam pun serentak jugak.. sama2lah berdoa semoga dua2 Haziq ni cepat2 sembuh yer.. salam perkenalah juga dari MaDiHa sekeluarga.. terima kasih sudi ke mari..
26. ummiNurin::mieza: Terima kasih.. nanti akak pegi tengok yer..
27. MamaFaMi: TQ mama..
28. Zai Kulim: Your welcome…
29. Kak Ram: Betul ke kak? nantilah na pi tanya… mekasih kerna bagitau.. tulah.. dah terpaksa dok nurseri.. nak buat cemana..
30. Emy: oh ya ker? akak takdelah sampai beli & simpan kat rumah.. tapi tengoklah lepas ni nak kena minta nasihat doktor juga kalau perlu.. nak kena beli jugaklah nebulizer tu gamaknya.. ohh.. puding tu.. resepinya ada kat link sebelah.. cuba cari kat link pencuci mulut & jus tu.. ada namanya kat situ..
31. jeff: terima kasih jeff..
32. rinzura: TQ auntie rinz….
33. mass: TQ
34. aida: memang betul.. ramai juga yg mengadu tak sihat skrg ni.. harap2 gitulah.. biar cepat2 sembuh..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net