Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Apr-2008 06:03 Email | Share | Bookmark
Puding Kastard Jagung & Ketam Masala

puding kastard jagung
 
 
Beberapa minggu yang lepas Ana tayang puding jagung dlm FPnya.. Puding ni memang feberet aku.. nak-nak time bulan puasa memang selalu beli. Padahal bukan susah sangat nak buatnya.. Cuma penyakit M selalu hinggap kat aku ni.. hehehe.. Nak dijadikan cerita.. masa ma & adik2 datang aritu si Abby dah tersalah buka susu cair untuk buat air milo.. dia tak perasan ingatkan susu pekat.. so.. oleh kerana takut susu tu rosak + aku pun dah terliur dengan puding jagung yg Ana buat baru2 ni.. aku pun pederas ler buat puding jagung ni. Tapi masa diaorang (ma & adik2) ada tu tak sempat buat sebab asyik berjalan aje.. lagipun masa tu stok jagung tin takde.. so bila diaorang dah balik baru sempat buat.. takde rezeki diaoranglah nampaknya.. Tp alhamdulillah.. dapat juga bagi kat jiran2. Pada Ana.. TQ bebanyak sudi share resepinya ngan MaDiha yer.. MaDiHa tepek sini resepinya tau... TQ juga pada Makngah Ana yer.. tapi maaf ye MaDiha pepandai tukar nama puding ni jadi puding kastard jagung..

Quote:
PUDING KASTARD JAGUNG
Sumber : elianas FP (Ana)

Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk & bolehlah dipotong.



Lauk yg dimasak beberapa hari yg lepas..



Quote:
KETAM MASALA
Sumber : Majalah Rasa
Diolah oleh : MaDiHa


Bahan2
1 kg ketam
2 peket serbuk kari ikan
5~6 s/b sos cili (boleh tambah lg kalau suka)
2 s/b serbuk cili
1 biji tomato masak saiz sedang ~ didadu halus
5 ulas bwg merah ~ dimayang
2 ulas bwg putih ~ dimayang
1 s/k garam masala
3 tangkai daun kari
1 s/k jintan manis ~ tumbuk halus
1 inci kayu manis ~ tumbuk halus
5 kuntum cengkih ~ tumbuk halus
minyak masak
Sedikit air.
garam & gula secukup rasa
bahan hiasan - daun sup/daun bawang/tomato (optional)

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 hiris, daun kari & tomato dadu hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam masala. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili & rempah yg ditumbuk halus tadi.
4. Masukkan ketam, sedikit air, bahan2 lain & perasa secukup rasa.
5. Hias dengan daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.


Quote:
ATEH : T. kasih Ateh sudi jenguk FP akak.. Garam masala tu sebenarnya bukan mcm garam biasa tu. Garam masala tu sebenarnya sejenis campuran dari pelbagai rempah yg telah dijadikan serbuk. Biasanya boleh dibeli dikedai2 runcit berbangsa India ada terjual. Kalau ke pasar.. cuba singgah kedai India & cuba tanya yer


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net