Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Apr-2008 02:42 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
 
 
 
 


Agak terlewat entry ni sebenarnya.. hhihihii... ni gara2 FP asyik meragam + banyak sangat entry yg sedang beratur.. huhu... Maaf yer acu.. kaklong lambat lak masukkan entry ni.. so kat sini.. kaklong & family nak ucapkan Happy Belated Birthday untuk Acu pada 12hb April 2008 yang lalu.. Doa kami semuga Acu sentiasa sihat2 sokmo & dimurahkan rezeki selalu........ bolehlah belanja kami lagiiiii

Actually.. birthday Acu ni jatuh hari Sabtu 2 minggu lepas.. masa ma & adik2 datang... memang takde celebrate apa2.. yang aku ni mula2 cadang nak buat kek utk Acu.. tp tup tup dpt tau ma & adik2 nak datang pulak... bila diaorang dtg.. sibuk nak jalan2 la pulak.. bila masa nak menggodek & mendeko kek..? last2 ckp kat Naknie.. kaklong tak dpt buat kek.. (mmg dari awal dah ckp.. tak janji.. kalau ada masa lah..) so bila dah berjalan.. mmg takde masa la nak buat kek.. actually diaorang pun takdelah harap sgt aku buat kek.. aku jer yg offer sebelum tu.. masa tu tak tau lg ma & adik2 nak dtg.. Siang sabtu tu sakan berjalan kat Zoo Negara.. pastu pegi makan kat KRR.. then balik rumah mandi2 & solat apa sumer... ma & adik2 pg Klang pulak rumah angah.. mlm tu ma tidur kat sana.. Lepas ma ke Klang.. aku pun call ler Nakni nak ckp hubby tak dpt join games karom (mlm tu sepatutnya hubby join perlawanan main karom anjuran rukun tetangga..) disebabkan badan dah letih.. actually masa call tu.. kitorang dah siap2 nak tidur dah..siap tutup lampu lagi.. dah pukul 11 lebih kot masa tu.. Yang Acu sekeluarga pulak ada kat tempat org main karom tu.. diaorg baru nak keluar mkn.. tau tau.. Acu ajak kami keluar makan lah pulak.... hubby cakap jomlah keluar sebab kesian kat Acu sebab hari tu besday dia kan.. giliran kita jemput diaorang.. semua dtg... ni kira supper lah bg kitorang.. hehehe kelakar aje.. kami pun siap2 ler ala kadar tukar balik baju tidur ngan baju lain.. si Dini masa tu pun dah landing dah atas katil.. bila dengar suruh bersiap terpinga2 dia.. hehehe... Oh ya.. selain tukar baju.. aku pun sibuk berkemas2 baju sorang 2 pasang sebab malam tu.. Sujah ajak kami tidur kat rumah dia aje.. yelah. dah lewat mlm.. kalau keluar mkn nanti tak tau pukul berapa blk rumah.. aku pulak nak kena blk ke Bandar Sunway lagi.. dah tu kalau lewat2 sgt.. gerenti parking susah nak cari (maklumlah dok apartment) jadi.. mlm tu.. lepas mkn.. kami tidur kat rumah Acu & Sujah ajelah (dah lama diaorang pelawa tidur umah diaoarng.. kami jer yg selalu menolak ) kitorang gi makan kat taman selera aje.. kat jalan 223.. first time aku gi situ.. tapi best jugaklah kat situ sebab mcm2 ada.. sebut jer.. semua ada.. tapi tak byk amik gambor segan pulak kat org.. heheh.. acu & sujah mkn nasi lemak ngan otak2.. kitorang pun bedal gak otak2.. sedap banget! hubby pulak order nasi goreng kg (dia mana boleh tinggal nasi.. hehe), dini order mee goreng, aku order fish & chip & anak2 acu sumer order steak...

Nasi lemak bungkus daun pisang..


Steak yg masih berasap2...


Ni dia fish & chips aku... (tak jelak2 mkn western dari ptg sampai ke mlm.. hehehe...)


Sujah & Acu.. acu nampak sipi2 jer sebab aku dok sebelah dia.... hehehe...


Syikin & Amirul..





Okey.. ni pulak cerita ikan haruan.. actually masa ma datang aritu.. ma bwk sekali ikan haruan yang ma & (poksu) Dee memancing kat kebun.... banyak banget!! sampai 12 ekor.. campur2 ada kecik ada besor.. tp byk yg besor.. 9 ekor dah mati.. yg 3 ekor lagi masih hidup.. yg hidup tu aku bagi kat acu.. yg 9 ekor tu pun ma yang tolong siangkan.. hehehe.. aku ni jenis yg tak berani siang ikan hidup.. lebih2 ikan jenis yg licin2 tu... hehehe... mekasih ma tolong siangkan ikan haruan tu...

Ikan haruan tu aku dah masak goreng pedas (gambar dlm hp hubby ler pulok.. sbb masa tu kamera tertinggal kat opis), haruan sup (utk haziq) & masak asam pedas pekat... sebelum ni.. aku tak berapa pandai mkn ikan sungai ni.. tp dah kawin ngn org kg... lama2 reti ler jugak.. ada lagi 2 ekor ikan haruan ni dlm petiais.. tak tau nak masak apa dah..

Quote:
SUP IKAN HARUAN (Untuk Haziq)

Bahan2
Ikan haruan ~ dibersihkan & potong sekeping2
bahan penumis (cengkih, bunga lawang & kayu manis)
bawang merah ~ mayang
bawang putih ~ mayang
halia ~ tumbuk
sedikit rempah sup serbuk (adabi) ~ bancuh dgn air
minyak
air
garam
daun sup

Cara2 menyediakan
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis kemudian masukkan bawang2 tumis hingga wangi & agak kekuningan. Masukkan halia kacau2 kejap.
Masukkan air, rempah sup, garam. Tunggu mendidih kejap then masukkan ikan. Last sekali masukkan daun sup & sedia utk dihidangkan.

Nota dari MaDiHa : Sup haruan amat sesuai & popular dikalangan wanita yang baru melahirkan secara normal mahupun secara pembedahan.. jika sesiapa yg menjalani pembedahan tak kira lelaki maupun wanita juga bagus makan sup haruan ni.. sebab ia berfungsi mempercepatkan proses menyembuh luka dalaman pesakit. Selain itu.. haruan juga bagus dimakan oleh orang2 yang mengalami masalah kulit (gatal2).



Quote:
ASAM PEDAS IKAN HARUAN (versi pekat)

Bahan2
2 ekor ikan haruan saiz sedang/besar ~ cuci bersih & potong kepingan2 ~ikan haruan tu MaDiHa gorengkan separuh masak atas sebab2 tertentu.. hehe.. sesiapa yg taknak goreng pun okey.. selera den ni yg agak kureng ikan2 sungai terpaksalah ejas2 sket supaya boleh dimakan olehku..hehe)
(sesuai juga gunakan ikan tenggiri, ikan parang atau lain2 ikan yg anda suka ~ yg ni takyah goreng pun sodap )

Bahan2 untuk dikisar halus
1 biji bawang besar/6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2 biji cili merah
20 biji cili padi
10 biji cili kering ~ rendam & tos
½ inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas

minyak masak utk menumis
asam jawa secukupnya ~ + air & dijadikan pes
air secukupnya (tak byk sebab nak kuah yg pekat)
3 batang serai ~ diketuk
sedikit daun kesum
2 biji tomato ~ belah 4
4 biji terung bulat ~ belah 4 (ku guna terung bulat hijau)
6 biji bendi (terpulang nak letak mana2 sayur yg anda suka)
garam, perasa & gula secukup rasa

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan serai & bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa, air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan & bahan2 perasa secukupnya.
4. Masukkan daun kesum, terung/bendi & tomato.
5. Rasakan kuahnya.. jika dah okey.. bolehlah dihidangkan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net