Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Apr-2008 03:40 Email | Share | Bookmark

mula2 buat ku canai agak nipis.. nampak kurang menjadi..
2nd time ku canai tebal sikit..barulah nampak mcm cakoi.. hehehe


This is what I cooked for dinner last nite... Very simple! but Alhamdulillah.. kenyang


Quote:
KACANG PANJANG GORENG + HATI AYAM

Bahan2
1 ikat kcg panjang ~ potong runcing
2 ketul hati ayam ~ potong kecil2
2 ketul pedal ayam ~ potong kecil2
3 biji bwg merah ~ mayang
3 ulas bwg putih ~ ketuk & cincang
1 biji cili merah ~ hiris
5 biji cili padi ~ hiris halus (ku tak bubuh takut Haziq pedas)
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa
kunyit serbuk sikit
minyak masak
air sikit

Cara2 menyediakan
1. Gaulkan hati & pedal ayam dengan garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dlm kuali & goreng hati & pedal ayam hingga agak garing.
3. Masukkan bawang putih, bwg merah, cili merah & cili padi. Tumis hingga bawang layu & agak garing.
4. Masukkan sikit air, kacang panjang, serbuk pati ayam & bahan2 perasa yg lain.
5. Kacau2 & biarkan hingga agak kering. Siap!


Quote:
IKAN BAKAR BERLADA

Bahan2
3 ekor ikan (terpulang ikan apa.. madiha guna ikan kembong) ~ bersihkan & dikelar2
1~2 sudu cili kisar (cili + bwg besar + bwg putih yg siap diblend)
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukupnya.
Sedikit minyak (jika suka)
Daun pisang secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan bahan2 kisar bersama kunyit serbuk & garam.
2. Lumurkan pada ikan. Semasa letakkan ikan atas daun pisang.. titiskan sedikit minyak masak pd badan ikan hingga rata kemudian balutlah ikan dengan daun pisang.
3. Bakar ikan mengikut kesesuaian anda. (madiha bakar dlm oven.. kalau bakar atas dapur arang lagi best!). Semasa proses membalikkan ikan.. sila curahkan air ikan yang ada dalam daun pisang kemudian sambung bakar semula. Bakarlah ikan anda hingga masak.


Quote:
AIR ASAM

Bahan2
2 biji cili merah besar & panjang
10 - 15 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
sedikit belacan
1 sudu besar penuh asam jawa ~ + air masak & ambil pes (gunakan air masak yer!)
4 biji limau kasturi ~ ambil jus
1 labu bwg besar ~ mayang
1 biji tomato ~ dadu halus2
1 biji cili merah ~ hiris halus
1 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa & pak aji jika suka

Cara2 menyediakan
1. Bersihkan cili padi & cili merah (dipatah2kan) dan masukkan dlm blender. Masukkan semua bahan2 lain kecuali bahan yg dimayang + didadu serta limau kasturi.
2. Tuang bahan blend ke dalam mangkuk & campurkan jus limau, bwg mayang, cili mayang + tomato dadu.
3. Perasakan air asam anda secukup rasa. Bolehlah dicicah dgn ikan bakar.




Quote:
MEE KARI (sempoi ku )

Bahan2
1 kg mee kuning (dicelur sebentar saja dgn air panas kemudian di tos)
tauge secukupnya ~ bersihkan & celur (ku tak celur sebab hubby suka tauge mentah)
3 pokok sawi ~ bersihkan & potong lalu dicelur (ku nak cepat.. campur terus dlm kuah)
¼ kobis ~ ku campur dlm kuah
4 keping tauhu ~ goreng & didadu
6 biji telur ~ direbus & belah dua
limau kasturi secukupnya (ku gantikan dgn lemon)
Bawang goreng (kalau suka.. tp ku tak bubuh.. malas nak buat.. hehe)
Cili merah ~ hiris
Daun bawang (jika suka)

*Bahan2 yg perlu dimesin*
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
12 batang cili kering*
1-2 cm halia*

3 batang serai ~ diketuk
4 sudu besar penuh rempah kari daging
santan secukupnya (ku bubuh RM2.00 santan siap perah.. tambah air lagi tau..)
300 gm isi kerang (ku beli yg belum rebus tau! rebus & kopek sendiri)
300 gm isi ayam
2-3 peket fishball
(boleh tambah apa2 saja rencah yg anda suka spt udang, daging dan sebagainya)
minyak masak
garam, perasa & sedikit gula
sedikit air asam jawa

Cara2 Memasak..
1. Panaskan minyak masak & tumiskan bahan kisar & serai hingga wangi. Masukkan pula rempah kari.
2. Masukkan santan, air (byk mana kuah yg anda nak.. kalau tak cukup tambah lagi kendian), isi ayam, fishball, isi kerang (dll bahan rencah yg anda suka).
3. Masukkan bahan2 perasa secukupnya (agak2 ler) & air asam jawa.
4. Biarkan mendidih.. kacau selalu agar santan tak membuak.
5. Last masukkan sawi & kobis (ni ku nak cepat.. campur je sekali).
6. Bila kuah dah secukup rasa.. bolehlah dihidangkan bersama bwg goreng, telur rebus, tauhu goreng, taugeh, cili potong & limau kasturi (madiha guna lemon ).




Inilah dia cakoi yang pertama kali ku cuba... masih ada kekurangan.. maklumlah derhaka pd resepi.. hehe.. Resepi ni ku ambil dari FP Zanaz70.. terima kasih akak Zanaz.. walaupun tak ikut betul2 arahan resepi.. tapi boleh dikatakan menjadilah jugak.. hehehe.. Thanks again kak sebab sudi kongsi resepi cakoi tanpa guna alum... MaDiHa tepek resepi kat sini ye kak..

Quote:
CAKOI

400 gm tpg gandum
4 gm yis segera (ku bubuh 2 sudu kecil)
1/2 sdb shortening
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1 sudu besar susu pekat/ gula (madiha guna susu pekat)
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air (madiha guna 1 cwn lebih skit aje)

1. Cairkan marjerin & sejukkan. Campurkan telur dlm marjerin cair & kacau rata.
2. Masukkan yis & gula dalam air dan biar hingga yis kembang.
3. Satukan tepung, garam, shortening & susu pekat. Digaul sebati.
4. Masukkan campuran marjerin + telur tadi dan juga campuran yis & air tadi.
5. Uli hingga betul2 rata. Adunan biarkan agak lembik sedikit (melekat2 pd tangan).
6. Perapkan adunan sehingga lebih kurang 3 - 4 jam. (ini yang madiha derhaka.. ku perap hanya sejam lebih sahaja.. hehehe..)
7. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas yang byk.

Cara membentuk cakoi: Pastikan taburkan tepung gandum secukupnya di atas papan canai anda. Sapukan juga tepung pada tangan anda secukupnya. Ambil 1/4 bahagian adunan dan letak di atas papan canai. Tabur tepung atas adunan td & canai memanjang setebal >< ½ inci. Gunakan pisau yg sesuai untuk memotong adunan yg dicanai tadi selebar >< 1 inci. Ambil lidi atau chopstik dan celup dalam air bersih (dlm gelas) kemudian basahkan hirisan tepung tadi. Tangkupkan tepung tadi menjadi sepasang biar melekat (fungsi air tu sebagai gam). Bila minyak dah panas.. tarikkan sedikit hirisan yg dah dilekatkan tu sebelum dimasukkan dlm minyak panas yg banyak. Gorenglah spt biasa. Cakoi sedap dihidang bersama kuah kari ataupun kuah santan yg manis.






Kepada kawan2 yang meninggalkan komen di FP ku ini.. ku mohon maaf kerana tak sempat nak reply komen ada kerana agak sibuk sikit sekarang ni.. Tapi jangan risau.. komen2 anda telah ku baca satu persatu. Ribuan terima kasih di atas kunjungan kalian semua baik yg meninggalkan komen maupun yang menjadi silent reader Sekarang ni.. tengah dok sibuk mengisi borang.. ada macam2 borang pulak yang perlu ku siapkan.. borang apa lagi.. Borang Cukai Pendapatan ler.. heheh.. Bukan saja borang aku.. tapi tolong isikan borang hubby jugak.. Pada kawan2 yang belum buat tu.. buat ler cepat2 okeh.. tarikh akhir submit ialah pada 30hb April 2008. Tapi sapa yg nak cepat tu.. bolehler isi E-Filling.. (aku isi cara manual aje). Selain tu.. sibuk gak dok isi borang pengeluaran EPF untuk mengurangkan pinjaman rumah.. huhuhu.. banyak betul prosedur yang perlu diikut.. Okey.. sehingga jumpa lagi... Malam ni MaDiHa akan bertolak pulang ke kampung halaman ku di Keratong, Pahang.. Doakan kami semua selamat sampai ke destinasi okey Amin.. Thanks again..

amboi.... tetiba penuh resipi dan hapdet gambar...
sedap.....sedap!!!
Fri 25-Apr-2008 05:18
Posted by:Aliza  - [Link]
wawa panggil cakoi tu kocok..wa suka mkn ngan kaya..Kg akak tu Felda Keratong ker..dia ada section2 nya kan..akak keratong berapa? Fri 25-Apr-2008 05:59
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
ALOOOPPPP..........AKU BARU NAK CITER PASAL CAKOIII LARR GENG
KO DA CARAS LAKKK ..AHAK AHAK!!!!

**TAKPO LAH LAYAN JEK LAAA.. MEMANG BEST NAMPAK CAKOI KO TUHHH
LAPAR PEROOOTTT DEN NENGOKKKK...WAKAKAKA!!!
Fri 25-Apr-2008 07:08
Posted by:FazzaRinna  - [Link]
Cakoi dibuat sewaktu mengisi borang cukai
Tempat kami panggil pak tungku.
Seronok bila balik kampung. Pok cik dah duduk dikampung- nak balik mana lagi
Fri 25-Apr-2008 07:11
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
seronok betul nak balik kg...semoga selamat ke destinasi yg di tuju.
~ wah cakoi tu mendapat perhatian nur...nampak sedap cam teringin nak
merasa seperti biasa lauk pauk madiha nie memang sentiasa mengancam
kalbu...buat lapar aje
Fri 25-Apr-2008 07:20
Posted by:Nur  - [Link]
sedapnyer lauk-pauk tuh...lg2 ikan bakar & air asam ...fuhhh cantik molek jek cakoi akak...gebu....betui2 rupa mcm cakoi kt kedai...(x letak alum pun still sedap jgak kan) wala2... Fri 25-Apr-2008 08:13
Posted by:shima  - [Link]
saya suka menu cam akak buat tuh..ikan bakar cicah air asam tu sedapnya, bakar lak atas daun pisang..wangi je bau.
mee kari sempoi akak sgguh mengancam, saya suka yg sempoi, sng buat, cpat dpt NGAPPP!!
Fri 25-Apr-2008 08:35
Posted by:zaiy  - [Link]
lapar betul perut ni kalau masuk FP akak. Nak masak sendiri malas... Fri 25-Apr-2008 08:43
Posted by:Ziela zpuppets@yahoo.com  - [Link]
saya berpendapat pembinaan taman tamadun Islam itu banyak manfaat sebenarnya. kita mungkin tak begitu merasa, namun ia faedah besar untuk pelajar jurusan senibina, rakyat biasa tak berduit yang tak berpeluang buat ziarah ke tempat sebenar masjid tu, peminat sejarah yang akan dapat pengetahuan baru dan jurugambar yang sukakan tempat indah sebegini Fri 25-Apr-2008 08:48
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
simple2 lauk akak tu ler buat sue terbayang2, motivasi buat cpt2 balik msia ..yg penting akak up-date yerk..cakoi tu nasib baik baru jer buat..mcm pokchik kata orng utagha panggil paktongku..tp ada kata, lain2 ..tak tau ler mana satu betoi..

mee kari tu ler yg paling tk tahan tambah2 tengok kerang tergolek2..kt sini ada kerang juga..tp kt tempat yg tk jauh dng pantai mesir..bg yg kt kota batu nie telan air liur jerlah..kerang sini punya ler besar gerun nk mkan..tp yg sayangnya pasir banyak sngt dr isi.

Selamat pulang ke kampung hati2 yerk..nanti bawa buah tangan dr kampung tau.
Fri 25-Apr-2008 11:54
Posted by:soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk  - [Link]
sedap2 ye makanan kat sini wat perut jadi lapar laa..........
jalan2 la keumah kak rozi..
Fri 25-Apr-2008 14:47
Posted by:Rozi rozyfreshbaked@gmail.com  - [Link]
menu semua memang menyelerakan..
ada pun resepi cakoi..pasni leh la try..hehe..tq for da recipe..
Sat 26-Apr-2008 02:50
Posted by:maya maya_mas2002@yahoo.com  - [Link]
mee kari sempoi??? sempoi apa klu byk tul bahan tuh..kerang gemok2 tuhh...aduuhhh..sodap nyerrr..rasa nak ulur mangkuk jerrr...tang cakoi nih, teman x bani lg nak berxperiment..tkt x menjadikk..tp akan ku coba juga satu hari nnti.. Sat 26-Apr-2008 12:45
Posted by:jasmeen  - [Link]
menu MaDiha ni menyelerakan...mee kari dan ikan bakar cicah air asam. mee kari ni kalau letak macam2 lauk sedap...favorit anak2. cakoi MaDiha pun elok jadinya...sedap buat minum ptg.
MaDiHa balik kg ...seronoknya...lepas ni ada entry kat kg tak...
Sat 26-Apr-2008 14:57
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
nak la cakoi tu ................ Sun 27-Apr-2008 03:02
Posted by:unnamed  - [Link]
sodap'eh cakoi..
mesti puas hati mkn, sbb buat sendiri..
nk join gak wat exp ni..tp x tau la bile..huhu..
Sun 27-Apr-2008 08:50
Posted by:srsfeqah  - [Link]
walaupun simple je dinner kak Madiha, tp sedap tu...terutama ikan bakar
ngan air asam tu...fuuh sedap sgt.... saya suka kuih cakoi tu, kalo dpt
cicah ngan kuah kari, lagi sedap...
Sun 27-Apr-2008 11:05
Posted by:baayah  - [Link]
Wah..akak ni bukan lagi simple..perfect la ni akak..hu hu hu kalau my hubby kan akak.. kalau ada air asam ni..lauk lain memang tak pandang dah ikan berlada akak tu best la..nanti boleh lak farah cuba ye..tapi daun pisang la pula tak ada..tak pa kita ganti ngan foil.. Sun 27-Apr-2008 11:45
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
Pelbagainya hidangan yang Madiha hidangkan....kecur tengok! Sun 27-Apr-2008 14:29
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam...bestnyer tengok cakoi tu... cicah sambal bilis/kaya/kuah kacang lagilah bertambah best Sun 27-Apr-2008 16:26
Posted by:hajar  - [Link]
kalau yg saiz normal tu panggil cakoi, yg kurus skit mula² tu panggil cakuiiii (bunyi mcm kurus) hehe Mon 28-Apr-2008 03:28
Posted by:Lee Lin  - [Link]
terliur nengok ikan bakar ngan air asamnya tu,,,nie yg tak boleh nak sekat makan nie,,,mmg badan makin naik arr skrg Mon 28-Apr-2008 16:16
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
Simple Toturial how to join as a standard member at loniavillage.com(FREE LIFETIME)
please come to my fotopages/blogspot/go to marketplace at fotopages to get yaour toturial..

http://yatisalem.fotopages.com/
http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/
Tue 29-Apr-2008 11:38
Posted by:yatisalem yati_salem@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.