Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Apr-2008 04:18 Email | Share | Bookmark
Ayam Percik & Cendawan Sisir Goreng Kering

ayam percik baru keluar oven
 
 
Ini lauk2 ku yang dimasak last week... 2 minggu lepas husband kerja siang... jadi sempatlah masak2 yg agak special sket.. kalu tidak.. asyik masak yg mudah2 aje.. yelah.. Masa memasak yang terhad.. mana boleh masak yg cerewet2 kan.. Ok.. layan gambar & resepi2nya yer mana tau ada yg nak mencuba..




Quote:
CENDAWAN aka KULAT SISIR GORENG KERING

Bahan2
3 cawan cendawan sisir
4 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
8 biji cili padi*
1 cm kunyit hidup*
sejemput ikan bilis ~ dibersihkan
1 batang serai ~ ketuk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air.. sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 jatuh ke bawah. Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bilis dan tumbuk lagi separa lumat bilis tersebut.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.



Quote:
AYAM PERCIK (MaDiHa's style)

Bahan2
1 ekor ayam saiz kecil/sederhana ~ belah 2 dan bersihkan (MaDiHa buangkan kulitnya)
(1 sudu kecil garam + 1 suku kecil kunyit serbuk utk dilumur pd ayam)
2 ½ senduk besar cili + bwg besar + bwg putih kisar (bahan2 ni ku dah blend siap2)
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci lengkuas ~ dihiris nipis
3 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil halba
1 biji kelapa diambil santan (MaDiHa guna RM2.00 santan siap perah)
Minyak secukupnya
Garam, gula & perasa secukupnya

Cara Menyediakan
1. Lumurkan garam + kunyit pada ayam dan letak dlm bekas yg sesuai lalu dibakar dalam oven selama 30 minit suhu 200C).
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan merenih sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
4. Keluarkan ayam yg dibakar tadi dari oven dan curahkan kuah ayam percik ke atas ayam hingga rata. Sambung bakar ayam selama 15 minit lagi kemudian terbalikkan ayam dan tuangkan lagi kuah dibahagian sebelah pula lalu dibakar lagi 15 minit. Keluarkan dan bolehlah dihidangkan bersama kuah lebihan yg ada.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net