Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Apr-2008 08:42 Email | Share | Bookmark
Resepi Orang Nogori.....

 
Menu2 ni yang aku masak malam tadi.. masak lauk2 ni pun berejam nak siap sebab dok berperang ngan si Haziq kat dapur.. kejap2 dia tarik tangan ajak teman dia baring dlm bilik.. sabor jelah.. bila ibu nak siap masak niiii??

Siang semalam masa tengok FP Srsfeqah rasa terliur pulak bila dia sebut gulai lemak betik.. aku pun dok kecek2 ler resepinya sebab resepi tu dimasak untuk kenduri abangnya baru2 ni.. Feqah pun dengan bermurah hati berkongsi resepinya dgn ku.. oohhh.. rupanya masak lemak putih biasa aje tu yer.. anyway.. aku memang suka sayur betik muda/mengkal ni.. Actually betik ni aku bawak balik dari kg baru ni... mintak dengan Aman (adik ipar) sebab kat rumah dia ada banyak pokok betik.. aku pun mengecek ler.. hehehe...

Betik ni dah mengkal kalau lambat2 masak nanti dia akan jadi masak & isinya lembik tak sedap ler nak buat sayur.. jadi mlm tadi masak jugakla walaupun husband tak sempat makan coz dia dah pegi kerja. Biasalah hari isnin & jumaat si Dini keluar kelas lewat setengah jam.. jd aku sampai rumah pun lewatlah.. tak sempat ler nak masakkan utk husband yang nak pegi kerja pukul 7.30 pm. Jadi lauk2 ni.. kami anak beranak jer yg mkn.. actually.. si Dini pun tak makan sebab dia tertidur awal.. puas dikejut makan tapi taknak bangun... kerap juga dia tertidur awal skrg ni tanpa makan.. kalau selalu2.. buleh slim sikit anak ibu.. hihihi.... agaknya malam tadi dia letih + ngantuk sebab malam sebelumnya tidur lewat coz sampai PJ pukul 2 pagi balik dari kg.. hehe..

Okey.. berbalik pada menu yg ku masak ni.. menurut Feqah.. gulai lemak betik tu mesti ada ikan masin dah sambal gesek.. barulah ngam..! untuk tambahan aku goreng ayam goreng kunyit aje.. inilah dia hasilnya.. memang sedap & menyelerakan tambah2 aku ni memang jenis yang suka sayur2 kampong.. Feqah akak tepek resepinya kat sini.. harap dihalalkan ehh.. TQ juga sudi share resepi keluarga Feqah aka masakan orang Johol, Negeri Sembilan ni... mmg sedappp



Quote:
SAMBAL GESEK
Sumber : Srsfeqah, Johol N.9

Bahan2
Cili padi
Garam
Ikan bilis ~ kopek bersih & rendam kejap kemudian tos
asam limau (ku guna lemon)

Cara Membuat Sambal
Tumbuk cili padi & garam hingga lumat kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk kasar. Perahkan air asam limau dan disebatikan. Hidang bersama sayur betik... mmg yummy



Quote:
BETIK MENGKAL GULAI LEMAK PUTIH
Sumber : Srsfeqah, Johol N9

Bahan2
1 biji betik mengkal ~ dicincang halus (MaDiHa guna sagat jer)
(betik tu kalau saiz kecil ler.. madiha punya agak besar jadi hanya guna/masak suku aje)
1 helai daun kunyit ~ siat / disimpul
1 batang serai ~ ketuk
Santan secukupnya (MaDiHa guna santan siap perah RM1)
3 ulas bwg merah ~ hiris
1 ulas bwg putih ~ hiris
2 biji cili besar ~ belah 2
Sejemput udang kering ~ bubuh sekor2 gitu
garam & perasa secukupnya

Cara Menyediakan
Cebur jer semua dalam periuk dan masak hingga betik layu. Kena kacau2 selalu supaya santan tak bergentel. Rasakan garamnya.. dah siap... yummy...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net