Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-May-2008 03:10 Email | Share | Bookmark
Keratong Day 2 ~ Ke Kebun Sawit Ma & Memancing Main2.. hehe..

hubby & Dee sedang asyik memasang tali kail pada joran
mata kail yang dah siap terpasang pada tali tangsi
asyiknyer abang...
pelepah salak dikikis bersih & dijadikan joran
Dee ralit benor pasang mata kail..
sementara si Haziq dlm rumah.. comot mkn coklat..
masa ni kami baru sampai kebun..
haziq main biji sawit yang gugur..
kelapa sawit yang belum masak
kelapa sawit yang dah masak..
lebatnyer..
yang ni yang betul2 masak.. dah gugur pun..
pokok ni kecik lagi.. tp dah berbuah dah tu..
buah sawit ni warnanya lain sikit.. tu yg ambik gambar tu..
sampai2 haziq dah mintak susu..
 
entah apa yg dini buat kat van tu...
inilah hasil pancingan pertama dari tasya.. dini jerit2 seronok.
kali ni dpt ikan haruan pulak
tasya ajar dini macamana nak letak joran..
inilah hasilnya.. belida tu.. hubby yg dpt..
dlm tong besar ni.. ikan haruan & keli yg hubby & Dee dpt..
hubby sauk ikan dari tong nak masukkan dlm foam box nak bwk kePJ
budak2 berdua ni seronok tengok ikan..
ikan2 haruan yg hubby & Dee dpt
kena alas dengan plastik hitam tu sebab foam box tu bocor..
Assalamualaikum...

Seperti yang aku tulis dalam entry terdahulu kami ada pergi memancing masa balik kampong baru2 ni.... inilah dia serba sikit cerita & gambar2nya..

Pada awalnya.. aku sendiri takde perancangan pun nak memancing... sebabnya tempat memancing yang sebenar nak dituju oleh hubby & adikku Dee agak tidak sesuai untuk bawak budak2. Tempat tu panas… Kalau ikutkan.. aku memang nak ikut sama.. sebab memang dah lama betul tak memancing.. tapi sebab tempat tu tak sesuai bawak budak2.. termasuk tak boleh pegi dengan kereta ataupun van.. jadi aku pun tak jadiler nak ikut.. tunggulah si Haziq besar sikit.. bolehler angkut dia sekali.. nak ditinggalkan dengan tokma dia.. takut melalak cari ibu pulak.. setakat nak tinggalkan si Dini tu no problem.. cuma si Haziq tu ler yg cengeng sikit.. hehe..

Rancangan nak memancing ni sebenarnya gara2 geram dengan hasil pancingan yang adikku Dee & ma baru2 ni (yang diaorang datang hantar ikan haruan 13 ekor ke PJ tuh…) Pasal tu hubby dari PJ lagi dah pasang angan2 nak pegi juga tempat memancing tu dengan Dee.

So malam tu.. balik dari pasar malam Muadzam Shah tu.. orang berdua ni sibuk ler mencari joran pancing.. Bukannya guna joran berbeli tu pun.. diaorang guna pelepah salak aje… kalau tak silap.. ada 19 batang joran kesemuanya.. Sebenarnya bukannya memancing yang kena pegang jorang tu.. ni sebenarnya memasang tajo ataupun taut.

Hari ahad tu.. pagi2 lepas bersarapan diaorang dah pegi ke tempat memancing tu dengan dua buah motor (tak boleh pegi sebuah motor takut pancit ke ada apa2 hal susah sebab tempat tu jauh dari rumah… ) Dee bawak joran manakala hubby ku bawak kotak foam untuk isi ikan..

Oleh kerana tak dapat sertai xtvt memancing kami group perempuan (ma, aku, Tasya & Dini juga sorang lagi lelaki tertinggal si Haziq heheeh) merancang untuk pegi ke kebun sawit aje sebab ma cakap orang yang ambil upah petik sawit ada kat kebun hari tu.. (manakala Abby & Aman malam tu bertolak ke rumah kakak Aman di Simpang Renggam, Johor.. pasal tu diaorang tak join..) Kalau hari sebelumnya kami masuk ladang sawit orang (tumpang berkelah tepi sungai) tapi kali ni kami masuk kebun sawit sendirilah puloks... hehehe… Masa kami sampai tu.. baru sesuku yang orang ambil upah tu siap petik sawit... Memang banyak betul buah sawit yang masak.. ada sesetengah pokok bukan setakat setandan dua yang masak. Malah sampai keliling pokok pun masak. Tapi menurut ma.. hanya boleh petik sawit yang betul2 masak dan paling elok sawit yang dah gugur aje.. tak macan dulu2 zaman aku sekolah dulu.. asal nampak merah sikit dah boleh sabit.. (aku masih ingat lagi.. bila cuti sekolah selalu ikut arwah ayah & ma angkat sawit kat ladang FELDA guna kereta sorong..) mungkin sekarang kilang nak menghasilkan minyak yang lebih berkualiti.. Kebun ni sebenarnya bukan kebun kelapa sawit FELDA yang aku selalu pegi dulu.. tapi ini adalah kebun sawit yang ma dan arwah ayah aku usahakan sendiri. Terdahulu kebun ni dipenuhi oleh pokok2 cili & bermacam2 lagi sayuran termasuk jagung & tembikai yang ma & arwah ayah usahakan.. Hingga suatu masa bila arwah ayah & ma dah tak larat nak usahakan tanaman kontan secara besar2an.. mereka telah beralih dengan sebahagian tanah di tanam dengan tanaman sawit secara berperingkat. Bila arwah ayah dah takde.. ma tidak lagi menyambung untuk berkebun sayur.. (masa arwah ayah meninggal.. pokok petola segi, kacang panjang & timun sedang mengeluarkan hasil.. tiap kali ma pegi ke kebun.. ma akan teringat2kan arwah ayah.. sebab tu ma taknak lagi teruskan berkebun) tapi baki tanah bekas tanam sayur tersebut ma penuhkan dengan tanaman sawit dan alhamdulillah.. sawit2 tersebut telahpun membuahkan hasil secara berperingkat. Manakala sawit FELDA ma serahkan kepada FELDA untuk diuruskan sepenuhnya untuk projek penanaman semula. Sekarang ni.. sawit tanam semula FELDA pun dah membuahkan hasil. Alhamdulillah murah rezeki ma walaupun arwah ayah telah tiada..



Buah kelapa sawit pada pokok yang ini warnanya agak lain sedikit dengan buah2 yang lain..


Berbalik kisah kami pergi ke kebun sawit tu.. Tasya kata kalau nak memancing mata pancing ada lagi.. aku cakap ok jugak tu. Si Dini pun excited nak memancing. Hehe... lepaskan kempunan.. nak ikut hubby mancing tak dapat.. jadi kami memancing ler kat dlm kolam yang ada dlm kebun tu. Kolam ni bukannya kolam apa.. dulunya kolam ni digunakan airnya untuk menyiram sayur.. tapi sekarang kolam ni dah tak digunakan lagi.. dah naik semak pun.. tapi ada pulak ikan dalamnya.. Kat sinilah kami lepaskan kempunan nak memancing.. heheh.. nilah namanya memancing main-main… Soal umpan no problem.. korek aje kat dalam tanah ditempat2 yang agak redup bawah pohon sawit. Ma & Tasya ler yang tolong bubuh umpan untuk aku & Dini.. Aku ni penggeli sikit bab2 pegang cacing.. hehe.. Pancingan yang pertama dapat ikan talapia.. si Dini bukan main seronok lagi.. Pancingan ke dua dapat ikan haruan.. tapi kecik aje.. & yang seterusnya hanya anak2 ikan talapia yang melekat… layan ajelahh.. Biar kakak Dini dapat pengalaman baru.. Nama aje memancing.. tapi joran2 tu.. kami letak jer kat tepi kolam tu.. bila nampak tali tangsi bergerak2.. baru kami pegi angkat.. sambil tunggu joran mengena.. kami lepak2 dulu atas tikar ala2 berkelah ler jugak sambil2 mengunyah kerepek pisang yang dibeli kat rumah kawan ma sebelum masuk kebun tadi..





Ralit memancing tak sedar dah pukul 2 petang.. perut pun dah mulai lapar.. (itupun ada bwk bekalan makanan tu) kami pun balikla.. risau jugak kalau2 hubby & Dee dah balik. Bila sampai rumah tengok2 hubby & Dee pun dah balik.. hehe... tanya diaorang mana ikan? Hubby cakap dalam tong besar kat bilik air belakang.. bila aku jenguk.. makaihh.. byk juga diaorang dapat ikan.. besar2 pulak tu.. memang takleh lawan ler dengan ikan2 yang kami dapat.. anak2 ikan aje.. hehe.. ikan yang diaorang dapat banyak sekali ikan haruan laa.. yang lain2 dapat sekor ikan keli & sekor ikan belida.. Ikan2 haruan & keli tu kami bawak balik ke PJ semuanya.. Kalau ikutkan.. aku & hubby taklah suka sangat mkn ikan haruan tu.. (ikan yg ma bawak aritu pun ada lagi 2 ekor dlm peti ais) Hubby pegi memancing pun sekadar suka2 aje.. Dee pun cakap bawak aje semua.. kalau diaorang teringin nak makan.. dia boleh pegi cari lagi.. dia pun tak seronok nak makan sorang2 sebab kat rumah tu.. hanya dia & Aman jer yang makan ikan sungai.. orang lain semua jenis tak reti makan ikan sungai.. Jadi kami bawak balik jugaklah ikan2 tu lagipun aku dah janji ngan sorang kawan (kawan Fp juga) nak bagi kat dia.. sebab tak lama lagi dia nak melahirkan.. Orang kata.. orang dalam pantang bagus makan ikan haruan tu kan.. Alhamdulillah.. ikan2 tu dah pun selamat ku hantarkan padanya.. klik di sini untuk mengetahui siapa orangnya.. http://zazook.fotopages.com/?entry=1528176



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net