Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 05:37 Email | Share | Bookmark
Pulut Mushroom

pulut yang telah siap ditanak dengan bahan2 lain
pulut siap ditaburkan bahan2 topping
sedia untuk dimakan
Pertama kali tengok pulut mushroom ni bila seorang teman seofis berbangsa Cina membawanya ke opis. Dipelawanya kat aku.. tapi tak tergamak pula nak merasa walaupun memang teringin juga nak tau bagaimana rasanya.. Menurut kawan ofis pulut ni memang sedap.. Katanya toppingnya tu ada udang kering & juga cendawan. Dah lama juga aku mencari2 resepinya sehinggalah aku terjumpa resepi pulut mushroom ni di blog farhahjohanisse. Farhah sendiri pun cakap sedap.. aku pun apalagi.. bila dah ada resepinya terus aje aku mencuba. Baunya memang sedap sebab guna minyak bijan... dan dah seakan2 mcm yang kawan ofis ku bawa dulu.. tp bila makan tak taulah sama ke tidak.. hehehe.. tapi yg aku buat ni agak termasin sikit mungkin sebab topping tu aku tambah garam lagi.. rasanya topping tu tak perlu tambah garam pun takper sebab udang kering tu dah masin.. kena pandai2lah ejas yer... Kepada Farhah.. terima kasih byk2 sebab sudi share resepi ini yer... MaDiHa copy & paste kat FP MaDiHa pula yer..

Quote:
PULUT MUSHROOM (MaDiHa buat setengah dari resepi saja)
Sumber:http://farhahjohanisse.blogspot.com/


Bahan-bahan
1 kg beras pulut
air secukupnya (farhah lupa nak taip.. madiha pun main ikut aje.. air tu mcm tanak pulut biasa aje tak perlu byk)

A
1 sudu besar minyak bijan
2 cube stok ayam
sos tiram secukupnya
kicap pekat secukupnya
garam dan gula secukup rasa
pepper secukup rasa

Topping
2 cwan udang kering di rendam dan di tumbuk (MaDiHa bubuh setengah cwn saja utk setengah resepi)
12 pieces dried shitake mushrooms di hiris nipis setelah direndam (MaDiHa guna cendawan butang dlm tin sebab tak suka bau shitake )
garam (tak bubuh pun takper kerana udang kering dah masin)
sos tiram secukup rasa

Hiasan
daun bawang dan cili merah (MaDiHa bubuh daun sup aje.. daun bwg takde stok kat rumah)

Method
Masak beras pulut, guna rice cooker saja.
Sementara itu, stir fry bahan2 topping sehingga naik bau,
tambahkan sedikit pepper, garam dan sos tiram secukup rasa. ketepikan.

bila pulut dah masak, gaulkan dgn semua bahan2 A. Secukup rasa masinnya.
Hidangkan dengan topping dan hiaskan dgn daun bawang dan cili merah.

Selamat mencuba.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net