Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-May-2008 02:11 Email | Share | Bookmark
Rojak Betik Trengganu

pandangan dari tingkap bilikku..
betik mengkal yang dah siap disagat..
Ini kuih sekaya labu yang dibuat masa hari buruh tempohari.. kebetulan petang tu aku pegi jumpa Aliza untuk hantar ikan haruan tu.. dptlah bagi dia rasa sikit.. resepinya dah pernah dimasukkan dulu... kalau ada yang nak cuba.. bolehlah klik kat sini

Kuih ku berkawah macam permukaan bulan... ni gara2 air dari pengukus dah menitik di atasnya.. hehe...
Jasmeen... sebenarnya.. MaDiHa tak ambil gambar selepas dipotong sebab tak sempat nak posing... kalau nak tengok.. boleh tengok kat FP Aliza di sini
Tapi ini ada gambar lama kuih yang dah dipotong yang aku buat dulu tu... gambar guna kamera handphone aje..


Ok.. ni gambar selingan aje.. saja2 kasi cuci mata..
Sebenarnya.. ini gambar pemandangan yang diambil dari tingkap bilik aku masa hari Sabtu baru2 ni... Rumah aku ni rumah apartment.. tinggal kat sini baru setahun lebih gitu.. & Yang menariknya sebab.. inilah kenduri kahwin yang pertama kali dibuat di kawasan perumahan kami. Beberapa khemah didirikan berhampiran kolam renang & surau begitu juga dengan pelamin.. Dari petang lagi orang dah sibuk masak memasak berhampiran surau & malamnya pula.. gamat dengan paluan kompang (mungkin acara malam berinai kot). Malam tu sampai riuh kedengaran orang bersorak tengok pengantin kat taman. Kebiasaannya kat taman tu waktu malam memang ramai yang melepak atau ambil angin... tak kurang juga yang mandi manda di kolam renang tu.. mungkin ramai yg excited kot tengok pengantin.. sampai penonton bersorak. Kenduri & bersanding pula pada keesokkan hari iaitu hari Sabtu tulah.. gamat bunyi paluan kompang apalagi ditengah2 bangunan apartment yang tinggi tu.. bergema beb! walaupun aku tak dapat undangan sebab tak kenal dengan orang yang buat kenduri tu... tapi aku sibuk gak ler menjenguk dari tingkap bilik.. saja ler busy body sikit.. hahaha.. sebenarnya.. orang lain pun tengok juga.. yelah.. apa taknya.. bunyi kompang tu memang bingit bergema ditengah2 apartment kami.. Semua orang jenguk dari tingkap bilik masing2.. yelah.. first time tengok kenduri/ orang bersanding di kawasan perumahan kami tu... ala2 bersanding tepi kolam lagi tu... Glamer sekejap pengantin baru hari tu jadi tumpuan penduduk perumahan kami..



Okey.. habis kisah skodeng.. ini pulak nak share resepi rojak betik yang aku buat dah lama dah sebenarnya.. betik yang aku masak gulai lemak tu besar.. jadi boleh dibuat macam2.. antaranya yang dah lama aku mengidam ialah rojak betik Trengganu ini.. Resepi ni aku tanya dengan ma masa kat Keratong hari tu... Tak taulah orang negeri lain pandai makan ke idok rojak ni.. maklumlah.. kuahnya guna isi ikan... tu pasal aku buat tak bagi kat sapa2.. takut orang tak reti makan..

Antara bahan2 asas yang digunakan ialah.. betik mengkal, timun & nenas.


Ini rojak yang telah dicurahkan kuahnya..


Rupa rojak betik yang siap digaul... ni sebenarnya tengah syok2 makan baru teringat rupanya rojak selepas digaul belum ambil gambar.. dah tinggal separuh dah kena makan... hentam ajelah labu...


Resepinya di sini..

Quote:
ROJAK BETIK TRENGGANU
Sumber : Puan Zainab (ma Keratong )

Bahan2
1 biji betik mengkal ~ disagat memanjang
1 biji timun ~ disagat
½ biji nenas masak ~ dipotong kecil2
Sedikit kapur makan

Bahan Kuah
5 - 6 ekor ikan selayang ~ dibakar tawar & ambil isi
½ inci belacan dibakar
4-5 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cuka makan (boleh tambah lg jika suka masam)
2 keping gula nisan ~ masak dengan 1 cawan air & tapis
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara Menyediakan
1. Bancuh kapur makan dalam sebesen air bersih dan rendam sebentar betik yang disagat kemudian dibasuh sekali lalu & tos.
2. Isi ikan ditumbuk bersama belacan.
3. Masukkan isi ikan & belacan yg ditumbuk ke dalam periuk.
4. Campurkan juga bahan2 yang lain dan jerang atas api sehingga mendidih dan agak2 pekat. (jangan terlalu pekat or terlalu cair. Rasakan masam & manisnya. Kuah mesti ada rasa masam, masin & manis.. kena pandai2 la ejas yer..
5. Kemudian bolehlah dihidang bersama buah2 yg disagat/dipotong tadi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net