Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-May-2008 07:31 Email | Share | Bookmark

muffin sebelum bakar
muffin dah siap bakar..
Cuti baru ni.. macam terajin sikit nak masak2.. hehehe.. (nampak sgt sebelum ni malas masak!! kih kih kih...). Masak bukannya special sgt pun.. masak yg biasa2 jer.. nak menghabiskan stok2 lauk / sayur dlm petiais.. hehe.. Untuk lunch tu.. aku masak ikan patin masak tempoyak (ni hubby jer mkn sorang.. aku tak gemor sgt ikan patin.. tambah2 msk tempoyak.. mmg kureng sikit..), ikan tongkol goreng (kena ada ni sebab aku & anak2 tak mkn ikan patin) & tumis calong (fishball tu buat sendiri dari ikan selayang... feberet arwah ayah aku & jugak anak2). Resepinya aku tak sertakan sebab dah pernah masukkan dulu... kalau sesiapa rasa nak mencuba.. cari kat link sebelah yer... resepi sempoi aje.. Selain rajin masak.. rajin jugak ambil gambar.. hehehe... sampaikan air pun nak ambik gambar jugak.. layan ajelahhh...



Selain masak2 utk lunch.. sempatlah buat muffin sikit. Dah lama sangat rasanya aku tak baking mem"baking" nih.. asyik dok buat kuih jer... rindu pulak nak mem"baking". Kebetulan ada pisang yang kawan opis bagi.. nak makan rasa mcm tak termakan.. baik buat something daripada membazir. Resepi muffin ni sebenarnya aku olah/ ciplak dari resepi apam pisang Diana. Saja nak mencuba. Sebab sebelum ni.. dah 2 kali aku buat apam pisang (kukus) Diana ni... memang marbeles... so kali ni.. aku cuba versi bakar pulak. Cuma adalah aku olah sikit2.. derhaka pd resepi sikit2.. hehe.. tapi alhamdulillah.. hasilnya memang tak mengecewakan. Hinggakan si Dini, Haziq & my hubby yang sebelum ni tak suka sangat kuih2 manis.. boleh makan banyak ketul jugak tu.... nampaknya lain kali bolehlah buat lagi.. hehehe... TQ pada empunya resepi yang asal.... MaDiHa mintak maaf la ye sebab pandai2 ubah resepi apam ni jadi muffin pulak.. hehe.. tp mmg sedap ler... kalau tak percaya boleh cuba buat sendiri okeh

Quote:
MUFFIN PISANG COKLAT RICE
Menghasilkan lebih kurang 21 ketul muffin saiz 11
Sumber asal dari resepi Apam Pisang ~ Koleksi Diana

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (MaDiHa guna minyak soya)
4 biji telur (MaDiHa guna gred A)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula (lain kali MaDiHa nak kurangkan jd 1/2 cawan aje sebab agak manis di tekak ku)
secubit garam
Coklat rice secukupnya.

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula menggunakan whisker, masukkan mentega cair/ minyak. Kacau rata. Masukkan pisang yang dilecek tadi dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Sementara tu.. panaskan oven 180 degree C.
5. Aturkan muffin cup dalam tray muffin dan kemudian sudukan adunan kedalam muffin cup 3/4 penuh.
6. Taburkan 1 sudu kecil coklat rice dalam setiap muffin cup.
7. Bakar selama 20 minit atau hingga muffin masak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net