Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-May-2008 07:14 Email | Share | Bookmark

 
 
Adehhhh.. hilang mood nak menaip aku dah taip panjang lebar.. hilanglah pulak masa update.. huhhhh gerammm

Inilah dia ikan masak halia hentam ku... edisi nak menghabiskan stok lauk2 & sayur dlm peti ais... kasi masuk jer apa yg ada.. hehe..

Quote:
IKAN SISA NABI MASAK HALIA

Bahan2
1 ekor ikan sisa nabi ~ bersihkan, buang sisik & kelar2 (nak guna ikan lain pun boleh)
3 ulas bwg putih ~ ketuk & cincang kasar
2 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
2 labu bwg besar sedang ~ hiris memanjang kasar2
10 - 15 biji cili padi ~ belah 2
3 biji cili merah ~ mayang kasar (madiha guna cili hijau.. tu jer yg ada kat rumah)
sejuring nenas ~ potong kecik2
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci (nak buh sayur lain pun bulah spt timun, carrot atau apa2lah)
1 sudu kecil penuh asam jawa ~ bancuh dgn 1/2 cwn air
1 sudu besar rata tepung jagung ~ bancuh dgn 1/2 cwn air
1 cwn air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam & ajinomoto (jika suka) secukupnya
minyak secukupnya
serbuk kunyit sikit

Cara menyediakan
1. Garam kunyitkan ikan lalu digoreng garing. Masukkan dlm pinggan bujur & ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya utk menumis. Tumis bwg putih & halia hingga kekuningan. Masukkan cili padi, cili merah / hijau & juga bwg besar. Tumis hingga layu.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam, gula, ajinomoto & 1 cawan air. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan air tepung jagung & kacau rata. Biar agak sederhana pekat.
5. Bila dah secukup rasa tuangkan di atas ikan tadi dan sedia utk dihidangkan.


Walaupun resepi ikan ni nampak pucat & tak menarik.. tp berselera pulak kitorang mkn.. hehe.. tinggal tulang aje... si Dini hirup dengan kuah2nya sekali... (ibu dia malu nak mengaku )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net