Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-May-2008 07:35 Email | Share | Bookmark

 
 
 
Ini sebenarnya lauk pauk yang aku masak dah lama dahhhh.. sengaja bagi delay sikit sebab aritu asyik dok keluar masakan dari betikkkkkk aje.. bimbang jugak orang boring.. (almaklumlah betik yang aku bwk dari kampong aritu agak BESOR.. mmg subur betul betik yg mak Aman (my BIL) tanam tuh.. sampai aku boleh masak bermacam2 juadah dari sebijik betik!! )

Okey.. nilah lauk pauk kami selain kerabu betik a.k.a Somtam....
Ada sambal tempe & kentang... mmg suka sgt masak gini.. dah berkali2 ulang tayang lauk nih.. takkan pernah ku merasa jemuu... (suka sgt mkn tempe padahal takde darah Jawa pun! )
SAMBAL TEMPE & KENTANG


Ni pulak asam pedas ayam... huhh.. kecur liur bila teringat ada bunga kantan dlm kuah tuh..
Quote:
ASAM PEDAS AYAM

Bahan2
Ayam untuk 3~4 org mkn
1 labu bwg besar*
2 biji bwg putih*
2 cm halia*
2 cm belacan*
15 biji cili kering ~ potong serong & rebus kejap*
6 biji cili padi*
2 cm kunyit hidup*
2 batang serai ~ ketuk
air secukupnya
1~ 2 kuntum bunga kantan ~ belah 2
daun kesum kalau ada (madiha tak bubuh pun)
1 sudu besar penuh asam jawa ~ campur dgn 1 cwn air jadikan pes
1 biji tomato - potong 4 (madiha tak bubuh takde stok) (boleh masukkan sayur kegemaran spt bendir, terung, sawi asin dan apa2 sj yang anda suka)
minyak utk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Cara2
1. Kisarkan bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak dalam periuk lalu tumiskan bahan2 kisar & juga serai hingga agak garing & wangi.
3. Masukkan asam jawa & air mengikut kepekatan yg anda suka.
4. Masukkan ayam dan bahan2 perasa & biarkan mendidih & ayam masak.
5. Masukkan bunga kantan, daun kesum & terakhir sekali tomato.
6. Rasakan garamnya dah sedia utk dihidang.


Dan inilah dia Kerabu Betik ataupun Somtam tuu.... resepi di ambil dari kak Liza... TQ akak utk resepi ni.. tp mcm biasa ler.. adalah ejas sikit2 mengikut bahan2 yg ada kat rumah & juga ikut taste lidah sendiri..

Quote:
KERABU BETIK @ SOMTAM
Sumber : Hanieliza

Bahan 2
1 biji kecil betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad (madiha tak bubuh)
2 kuntum bunga kantan [racik halus] (bubuh 1 jer)
8 tangkai cili padi [racik halus]
2 tangkai cili merah [racik halus]
1 s/b udang kering [ditumbuk kasar ]
5 s/b kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
3 labu kecil bawang besar [mayang]
2 pokok daun ketumbar [mayang] (madiha tak bubuh)
2 sudu besar sos ikan (rasanya lebih dari 2 sudu.. ikut selera masing2)
garam secukup rasa (ikut masin yg sesuai kerana sos ikan dah masin)
gula secukup rasa
5 biji limau kasturi - ambil jusnya (madiha guna 2 biji lemon)

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang. (madiha guna sagat)
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.


SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net