Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-May-2008 06:07 Email | Share | Bookmark
Happy 1st Besday My FP!



Assalamualaikum...
Yep.. today is the day... diam tak diam.. rupanya dah setahun usia FP ku ini....
Rasanya.. macam baru jer berjinak2 dengan FP ni..

Sebenarnya.. sebelum ni.. takde cita2 pun nak buka FP ni.. entah macamana bila dah kenal dengan FP.. terus terpikat & melekat!

Pertama kali mengenali FP apabila sibuk surf internet mencari resepi.. (memang kaki kumpul resepi!) dah tak ingat apa resepi yang ku cari.. tapi masih ingat.. FP pertama yang aku masuk ialah FP MamaFaMi! Dari situlah aku menjadi ralit & seronok sebab dah jumpa dengan lubuk resepi . Sememangnya aku suka mencari2 resepi.. maklumlah suka memasak. Nak kata pandai memasak tidaklah juga.. tapi oleh kerana aku sendiri jenis pemakan + minat jugak mencuba2 resepi baru.. dari situlah aku jadi lupa diri.. tiap2 hari dok belek FP.. dari FP ke FP aku melompat... tapi kebanyakannya.. FP masakanlah yang menarik perhatian ku.. hehehe.. walaupun gitu.. kerja tetap jadiiiiiiiii..

Selalu jugalah aku mencuba resepi2 baru yang menarik perhatian aku.. waktu itu.. aku tidak terfikir pun untuk ambil gambar.. tapi aku selalu report pada empunya resepi terutama sekali ialah pada MamaFami... Aku jadi bersemangat & sememangnya Mamalah yang banyak mendorong & memberi semangat pada aku untuk rajin memasak.. TQ very much Mama!! Suka bila baca cerita mama menyediakan bekalan untuk anak2 bawa ke sekolah.. (masa tu Mama masih lagi berada di Malawi ) Selalu jer terfikir.. alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi serajin mama!

Dari masa ke semasa.. banyak juga resepi2 yang aku cuba.. (tp sayang.. waktu tu.. tidak satu pun masakan yang ku ambil gambarnya ) Aku hanya selalu report pada mama atau sapa2 yang aku dah cuba resepinya.. mama pula selalu reply "nanti jangan lupa update kat FP yer!" Padahal masa tu aku belum pun ada FP sendiri.. MAKA dari situlah tiba2 hati aku terbuka untuk buka FP sendiri . Dengan ilmu IT yang sungguh cetek.. aku pun terkial2 register FP sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.. dengan niat untuk dijadikan catatan diari hidupku, kenang-kenangan & yg utamanya adalah untuk ku masukkan gambar2 masakan serta resepi untuk rujukan anak2 suatu masa nanti & juga untuk rujukan orang lain yang berminat. Waktu itu.. hanya HP hubby yang selalu jadi mangsa aku untuk ambil gambar makanan.. itupun masih belum pandai nak download gambar dari HP ke computer.. (mmg tak reti sangat bab2 IT nih) sehinggalah memori HP hubby dah hampir nak penuh.. akhirnya minta tolong dengan sepupu ku Bie untuk downloadkan gambar2 dari HP.. (TQ Bie) sebab masa tu aku nak pergi kursus buat kek.. takut takde kenangan pula kalau tak ambil gambar.. Waktu tu belum ada kamera lagi... Alhamdulillah.. bila hubby tengok aku minat sangat ambil gambar makanan.. hubby pun belikan aku kamera digital. Sehinggalah ke hari ni.. kamera ni dah jadi teman setia ku ke mana saja... Hubby memang kurang sangat nak pegang kamera ni..

Itulah dia serba sikit sejarah aku membuka FP ni... alhamdulillah.. sekarang dah pun menyambut besdaynya yang pertama.. semoga aku dapat meneruskan & menghidupkan FP ini selagi aku terdaya... Terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan2, teman2 di alam maya, saudara mara yang tak jemu2 mengunjungi FP ku yang tak seberapa ni... tanpa anda.. siapalah MaDiHa...

Untuk mengenali empunya FP ini dengan lebih jauh lagi.. (7 perkara jek sebenarnya )............ hari ni MaDiHa nak jawab TAG dari kawan2 yang telah meng'TAG' MaDiHa (Jasmeen.... TAG kamu belum lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. jangan mareeeeeee )

Quote:
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


TAG ini datangnya dari :

Baayah = http://kimiein.fotopages.com/
Shima ~ Wales = http://shima27.fotopages.com/
Maya = http://masmaya.fotopages.com/
Dila = http://apple81.fotopages.com/
Yullina = http://perantaukitchen.fotopages.com/

Inilah jawapan dari ku.......... layannn...
Quote:
1. My mom aka Ma selalu cakap MaDiHa ni penyabar & lembut orangnya.. jenis mengikut aje apa mak ayah cakap.. tak pandai melawan orang tua.. tak suka meminta2…& sangat2 simple & ala kadar orgnya.. bukan ala kadar dalam membuat sesuatu.. tp ala kadar dari segi tak reti nak demand2 something dengan org tua… kalau org tua belikan baju itu.. terima jer tak byk komplen.. & kalau tak beli pun takper.. senyap je… gitu juga kalau mak masak apa2.. tak byk kerenah.. makan aje apa yang ada.. (& lagi satu.. MaDiHa ni penyayang kat binatang) TAPIIIII jangan tak tau.. bila dengan anak2 MaDiHa sendiri tersangatlah garangnya… pantang anak2 buat salah sikit mesti melenting & siap boleh hukum lagi diaorang termasuklah si kecikku Haziq! (selalunya guna hanger baju ler....) cian anak2 ku.. hehe.. (jangan ada yg telefon teledera pulak yer.. pukul takdelah sampai menelass…hihihiii..) tapi walaupun gitu.. dalam keadaan tertentu MaDiHa mudah kesian… selalu mengikut kehendak anak2 terutama apa2 yang diaorang mintak mesti MaDiHa turutkan..

2. MaDiHa ni boleh dikategorikan sebagai pendiam. Jenis tak reti sangat nak berborak dengan orang face to face ataupun melalui telepon… lebih2 kalau kawan2 yang baru kenal.... tapi jangan tak tau MaDiHa boleh berborak sakan dalam sms/ messenger/ fotopages ni.. hehehe… (sekarang jer dah kurang sikit berSMS sebab telepon tak berapa sihat & juga tak sempat nak jawab comment kwn2 sebab sibuk sikit lately ni.. maaf yer kawan2).

3. MaDiHa ni bukanlah pandai sangat masak memasak.. cuma suka nak mencuba resepi2 baru ataupun resepi yang belum pernah dicuba... selalu tak konfiden dengan apa yang MaDiHa masak sendiri especially lauk pauk lah.. selalu hubby yang jadi tukang rasa… pasal tu tak berapa konfiden nak ajak orang datang makan2 kat rumah & segan nak bagi lauk pauk kat jiran2.. hehehe.. tapi kalau kuih muih memang konfidenlah.. (Laily jiranku taulah ni.. ). Dalam bab kerja rumah… paling tak suka menggosok pakaian & mengemas rumah… hehehe.. tapi kalau suruh masak ok anytime lebih2 kalau orang suruh buat kuih muih.. mmg minat banget..! tp kalau suruh masakkan lauk pauk utk tetamu rasa cuak jugak.. heheh.. takut tak sedap!!

4. MaDiHa ni pendendam tau… kalau orang buat MaDiHa sakit hati sekali cukuplah.. MaDiHa akan ingat sampai bila2… tapi bukanlah kes nak balas dendam.. cuma susah nak maafkan seseorang.. hehe.. terukkan?

5. MaDiHa adalah orang yang paling berhati2 dalam setiap tindakan atau apa juga keputusan yang nak dilakukan.. selagi boleh siasat.. selagi tulah MaDiHa akan siasat dulu sebelum apa2 keputusan dibuat… hinggakan bila adik2 dapat boyfriend pun MaDiHa ler yang jadi penyiasat. Hehehe… cuba bayangkan boyfriend MaDiHa sendiri macamana??? Hubby tu kira nasib baik tu dapat couple & akhirnya dapat jadi suami MaDiHa.. kih kih kih... sebenarnya.. MaDiHa ler bertuah sebab dapat pilih suami yang paling sesuai menjadi teman hidup.. alhamdulillah..

6. Takut bila naik kereta yang dipandu laju oleh orang lain.. tapi kalau sendiri yang pandu.. macam tak berasa jer dok tekan pedal minyak.. hehehe.. pernah sekali nak blk Raub.. konvoi dgn ma & adik2. Setengah perjalanan utk berenti mkn.. hubby ngantuk.. terpaksalah MaDiHa take over drive. Siap pesan kat adik Dee (dia kaki bawak kereta laju jugak nih!) “nanti ngantuklah abg(Dee) ikut belakang kaklong..” tp rupa2nya tanpa ku tahu mencecet Dee kejar kereta yg MaDiHa pandu.. hehehehe… (dia komplen MaDiHa bawak laju.. dahla mlm.. hujan renyai2 lak tuh.. lalu highway Karak yg kona baring.. berani betul! Kata dia..) ada sekali tu.. sorang kawan kat opis ni (Dato’.. dia ni Indian tau) selalu gelar MaDiHa ni F1 racer.. hehe.. (dia selalu terserempak ngan kereta MaDiHa on the way sama2 nak datang kerja.) Sampai pernah sekali tu dia kata gini “hei you.. lain kali u jangan pakai ini macamlah! (pakai baju kurung) You kena buka itu tudung pakai jeans kasi rugget sikit barulah sesuai dengan you.. drive kereta banyak laju… mana ada pompuan pakai tudung bawak kereta laju!!” (dia ni mulut mmg laser sikit.. tp hati dia baik.. dah kenal lama..) & last.. aritu.. si Laily (jiranku) pun ada ckp.. husband dia ternampak aku drive kereta on the way nak pegi kerja (dia baru blk hantar anak dia sekolah naik motor). Husband dia pun ckp aku bwak kereta laju.. hehehe.. Tp dlm pada drive laju tu.. MaDiHa berhati2 jugaklah.. sebab bawak anak2 sekali.. kalau sorang2 tu mmg lupa diri jugaklah. Hehehe..

7. Jenis penyedih.. (memang weird.. ganas bawak kereta tp penyedih!) kalau hati dah tersentuh.. boleh menangis anytime.. tak kiralah bila tengok movie/drama cerita sedih ker, tengok situasi tertentu spt bila melawat kematian.. ada org nangis.. mesti nak nangis sama.. padahal takdelah kenal rapat sangat.. begitu juga jika tersinggung dengan kata2 dari seseorang.. memang mudah nak meleleh.. huhuhuu….


Rasanya.. dah ramai kawan2 yang dah kena TAG ni kan? Jadi tak perlulah ku meneruskan utk mengTAG orang lain pula...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net