Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-May-2008 05:21 Email | Share | Bookmark
Ginger Garlic Tuna..

 
Quote:
Kepada semua guru2 seMalaysia.. MaDiHa ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.... sesungguhnya jasa anda sungguh besar & mulia mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna. TERIMA KASIH CIKGU!!


Hari ni resepi lauk bunyi ala2 omputeh sikit.. hhahahaha.. kelakar jer.. saja ler nak bagi glemer sikit nama tu.. bagilah nama Ginger Garlic Tuna.... kalau dlm bahasa Malaysia.. Ikan Tongkol Masak Halia Bawang Putih.... kan ke panjang tu nak menyebut.... dan bunyi tak komersial plak tu.... so.. kita tukar kasi glemer sikitlah!!

Resepinya macam biasa... resepi sempoiiiiiiiiiiii....

Quote:
GINGER GARLIC TUNA

Bahan2
4 keping ikan tuna/tongkol/aye/kayu (punyalah byk nama dia.. kalau dpt ikan tongkol yg besar2 sket baru best!)
1 tin cendawan butang ~ belah 2 atau 4 suka hati anda
1 biji capsicum saiz kecil ~ potong kiub
2 batang celeri ~ potong 2cm menyerong (anda boleh masukkan apa2 sayur yg anda suka.. no problem)
8 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus (bwg putih & halia ni mmg guna banyak!)
2 ½ inci halia ~ hiris nipis lalu ditumbuk halus
sedikit serbuk lada sulah (jika suka)
1 sudu besar rata tepung jagung ~ bancuh dengan 1 cawan air
sos tiram (suka hati nak bubuh berapa byk.. tp bila nak bubuh garam rasalah dulu.. kang termasin pulak)
1 keping asam keping
garam & sikit gula (jika suka)
kunyit serbuk
Minyak masak.
1 cwn air

Cara menyediakan
1. Ikan digaul garam kunyit lalu digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dgn api sederhana dan tumiskan bawang putih & halia yang ditumbuk hingga wangi dan agak garing. (jangan sampai hangus)
3. Masukkan air, sos tiram, lada sulah, garam (agak2 jgn byk sgt sebab sos tiram tu pun dah masin) & sikit gula.
4. Masukkan sayuran dan biarkan merenih.
5. Masukkan air tepung jagung & asam keping dan biarkan mendidih & agak pekat.
6. Terakhir masukkan ikan dan pastikan sos mengenai seluruh ikan. Rasakan apa yang kurang.. bolehlah ejas mengikut selera anda.
7. Sedia untuk dihidangkan. Jika lambat lagi nak makan.. pastikan anda buang asam keping dalam tu.. supaya kuah ni tak bertukar rasa masam.. kang lari dr tajuk lak


SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net