Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 04:58 Email | Share | Bookmark
TAG Peti Sejuk ; Capati & Dalca ; Bunga Dari dOd

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hari ni nak melangsaikan hutang aku dengan si Jasmeen.. Rasanya.. dalam banyak2 TAG.. TAG peti sejuklah yang paling teruk sekali aku kena.. hehehehe.. pasal tu lah lama terperam... Ni semua gara2 segan nak tunjuk 'isi perut' peti sejuk aku ni + takde masa nak layan ambil gambar peti sejuk + malas nak kemas peti sejuk... Jadi bila di campur tolak kali bahagi.. tu yang lambat nak siap homework dari Jasmeen ni...

Oklah.. minggu lepas bila baca fact about Jasmeen... kecut perut jugak tuuu.. sebab si Jasmeen ni rupanya jenis yg tak suka tangguh2 kerja.. hehehehehe... kang tak pasal2 kena jerkah dengan dia pasal aku peram lama sangat TAG/ homework yang dia suruh aku buat ni.. Oklah Meen.. hari ni MaDiHa dah siapkan homework yang kau bagi kat den ni ha... harap2 kau berpuas hati yer.. hehehe.. Mujurlah baru2 ni cuti 3 hari & tak kemana2 sebab Mr. Hubby kerja.. jadi dapatlah den siapkan homework kau ni.. ni pun dari pagi sampai malam nak siap ambil gambar satu persatu...itupun takdelah ku kemas sangat pun.. malas betul nak kemas..

Inilah dia peti ais ku.. (gambar ni ku ambil guna handphone jer... ni masa mula2 beli.. heheh.. tu yg plastik pun dok ada lagi tu... sorrylah Meen.. dok sibuk2 ambil gambar bahagian dlm.. terlupa nak ambil gambar luar peti.. gambar ni dari entry yg lalu masa mula2 akak beli dulu..



Peti ais MaDiHa ni.. bulan depan genaplah setahun umurnya... baru lagi kan? Yelah.. memang baru.. beli peti ais ni pun terpaksa disebabkan peti ais lama dah rosak.. (boleh lihat dlm entry yg lalu kat sini

Ok... Meen.. kau tengok betul2 apa ada dlm 'perut' peti ais akak ni ha... Takde apa yang special pun... yang biasa2 aje... layannn...

Bahagian frozen..


Pada pintu bahagian frozen.. tak cukup cahaya.. gelap sket..


Bahagian chiller..


Bahagian tengah..


Bahagian bawah.. tengok tu.. den tulis takdo sayur berdaun.. tau2 mlm tu balik dari kerja Mr. hubby bwk balik sayur kangkung lak...padahal den kirim lemon tu jer.. tu yg dok ada pulak kat bahagian tengah tu... lauk&sayur2 mmg tak putus kat rumah den ni Meen.. tu pasal den terpakso masak jugak hari2... Mr. Hubby terlampau rajin boli sayur & lauk2.. tak bagi chan den berehat..


Bahagian pintu... ubat2 tu ubat baru si Haziq.. dia demam, selsema & batuk baru2 ni... tu yg berderet ubat2 tuh.. selalunya.. ubat selepas 3 bulan den buangkan aje.. tp kalau ubat beli kat kedai den simpan lah juga selagi belum expired.


Bahagian pintu juga... tak muat nak masuk dlm 1 gambar...


Yang terakhir.. buah manggis & rambutan yang tidak disimpan dlm peti ais.. saja kasi terliur...


OK... lega rasanya homework dah siap... Dapat berapa markah ni cikgu?
Kali ni.. aku taknak tag sapa2 pasal peti sejuk ni.. sebab dah ramai pun yang kena.. kalau ada yang belum kena.. selamatlah korang yerk..


Ok... sambung bab masak2 pulak.. Baru ni.. terliur betul tengok capati yang auntie Umi Kal buat.. so Jumaat baru ni.. aku pun buatlah... takdelah susah benor nak buat capati ni.. sebelum ni selalu dok mkn kat kedai jer.. malas betul nak buat.. rasa mcm rumit jer nak buat capati & kuahnya.. bila aku buat.. rupa2nya.. senang banget!! cuma kena rajin sikitlah!


Resepi capati di copy & paste dari FP Auntie Umi Kal.. resepi asal dari FP MamaFaMi.. manakala resepi dalca diambil dari FP Cek De Sam Terima kasih utk ketiga2nya yer.. minta izin untuk dikongsikan di sini.. terima kasih sekali lagi..
Quote:


CHAPATI
Sumber : MamaFaMi
Ingredients :

2 cups chapati flour/atta flour
1 cup flour
1 egg
3/4 cup water
3/4 teaspoon salt

Method :

1. Sift both flour.
2. Crack an egg into the flour.
3. Pour the salt water into the dough, bit by bit and knead till a soft dough is formed.
4. Make into 8 round small balls. Leave to rest for 30 minutes.
5. Roll thin.
6. Heat a non stick flat pan till really hot.
7. Before placing the bread on the pan, remove access flour, if any.
8. When you see the color of the bread changes to slightly darker color, turn over the other side. Gently, press the sides of the bread with a kitchen paper or a clean towel. Let the bread puffs up, then flip over, back to the first side.
9. Once cooked, remove from heat and brush a bit of margarine on top.

Quote:

DALCA
Cek De Sam http://mamaera.fotopages.com

Bahan-Bahan:
500 gm daging (MaDiHa guna ayam)
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
4 biji cili hijau
1 biji tomato
1 labu bawang besar
daun kari (ini madiha tambah)
4 cawan santan
3 sudu makan rempah kari daging..
dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:

1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang dan tomato
3.Potong kacang panjang.
4. Panaskan minyak sapi & minyak .
5. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
6. Masukkan rempah kari daging dan daun kari.. biarkan sehingga naik minyak.
7. Masukkan daging dan santan secukup.Renehkan sehingga daging empuk.
8. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
9. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
10. Masukkan garam.
11. Masukkan cili hijau dan renehkan sehingga naik minyak lagi.
12. Siap untuk hidangan

Nota: Boleh jugak di rebus dulu daging sehingga empuk dan gunakan daging dan air rebusan daging tersebut.


Ini pula.. hadiah bunga dari Dilla Bangi aka dOd... terima kasih banyak2 Dilla sebab ingat pd akak yer...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net