Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-May-2008 04:03 Email | Share | Bookmark
'Produk' dari 'Isi' Peti Sejuk Ku.......

 
 
 
 
Hari ni.. mari kita lihat apa dia 'produk' yang terhasil dari 'isi' peti sejuk ku yang korang tengok semalam tuu.....

Inilah dia antara lauk pauk simple yg terhasil... mudah dimasak & sedap di makan (cehh... masuk bakul angkat sendiri.. )

Quote:
IKAN JERUK GORENG BAWANG CILI

Senang jer resepinya.. goreng ikan jeruk.. angkat.. menggunakan minyak yg sama.. tumis bawang besar mayang & cili padi potong hingga layu.. terus campur dengan ikan jeruk & hidang. Kalau suka boleh perah air asam limau nipis..


Quote:
KANGKONG GORENG BELACAN

Bahan2 (agak2lah yer)
Kangkong (tak kisah nak guna kangkong lembut/cabut ataupun kangkong kampong tu)
Bawang putih ~ ketuk & cincnag
Bawang merah ~ tumbuk
Cili merah ~ tumbuk
Cili padi ~ tumbuk
Belacan ~ tumbuk sekali dengan bwg & cili.
Minyak
garam & perasa

Cara2 memasak
Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk dan kacau lagi hingga agak garing/wangi. Masukkan kangkong, garam (jgn byk sgt.. belacan dah masin), perasa & juga sikit air. Balik2kan & rasankan garamnya.



Quote:
TELUR BUNGKUS

Resepinya boleh dilihat kat sini
cuma bezanya yang ini MaDiHa tambah cili kisar 1 sudu besar masa menumis & juga sedikit buncis... Masak ni sebenarnya ikut jer kreativiti anda sendiri & bahan2 yang ada dlm simpanan... yang penting secukup rasa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net