Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-May-2008 02:04 Email | Share | Bookmark
Lemon Rosemary Grilled Chicken

 
Maaflah kawan2 sebab kalau masuk FP aku ni mesti nampak gambar makanan jer.. hehehe... korang jangan jelak pulak yer.. sebenarnya gambar2 lain pun ada juga.. cuma tak sempat nak download lagi gambar2nya tu sebab ada sebahagian gambar2 tu ada dalam handphone hubby.... takper.. lain kali aku masuk gambar2 lain selain gambar2 makanan...

Ini antara lauk2 dinner yang dimasak dlm minggu ni.. yelah nak habiskan stok lauk dlm peti ais tu... hehe... ini ayam yg dah siap dipotong tu.. aku masak rendang je & sayurnya aku goreng peria dengan telur.. resepinya dah pernah masuk dulu... memang suka goreng peria + telur.. sempoi jer dinner kami malam tu..


Resepi rendang ni boleh rujuk kat sini
Bezanya dengan rendang yg aku masak ni.. aku lebihkan cili kering & aku tambah cili merah sikit...

Ini pula Lemon Rosemary Chicken Grilled yang aku buat last Monday kalau tak silap.. (laa.. muda2 dah pelupa... opss.. perasan muda plak.. ) Inilah projek dari ayam sekor yang ada dalam peti ais aku aritu... sengaja aku suruh hubby beli ayam sekor2 takyah potong.. tapi terlupa pulak nak pesan dia suruh org kedai tu tarik dulu isi perut ayam tu.. Last2.. aku kenalah buat sendiri.. Bila dah buat benda2 tu semua sendiri.. hasilnya.. time nak makan aku dah rasa macam tak berapa nak lalu Apapun.. ayam ni memang sedap.. dah lama sangat aku terliur bila tengok kawan2 lain mencuba.. selain ayam tu.. aku buat juga coleslaw sebagai side dishes & tak lupa baked been kegemaran aku.. dah ready dlm tin . Resepi ayam ni aku copy & paste dari FP Ana Penang.. TQ Ana.. Resepi asal tak pasti dari siapa.. nanti aku check yekk




Inilah plate aku... ambik ayam sikit jer.. tapi husband & anak2 berselera makan.. Ayam ni rasa dia ala2 ayam kat Kenny Rogers Roaster tu... tambah2 bila aku serves dengan coleslaw & baked been tu sebijik lak rupa dia.. cuma aku malas dah nak buat sos dia.. kalau ada sos dia tu lagi kick!


Quote:
LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
ooooooo nilah chef yg cipta resepinya.. tapi resepi ni telah diolah oleh Jeni & Ana

1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih - MaDiHa buh 5 ulas.. ikut Ana
2 sudu besar olive oil - MaDiHa guna minyak soya
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - MaDiHa guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - MaDiHa guna 1 sudu besar sj..
Kicap Pekat - MaDiHa tak bubuh.. takut lari rasa asli resepi chef ni.. hehe..
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:

1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Yg ni MaDiHa guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake been.


Quote:
COLESLAW
Sumber : MamaFaMi (TQ mama )

Bahan2
Kobis - disagat
Carrot - disagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kayu manis
sedikit gula

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.


Quote:
Khas untuk Mohd Azhari Azizan yang bertanya pasal rosemary tu... ini ada gambar rosemary yg MaDiHa ambil dari internet... tapi ini rosemary segar... rosemary yang MaDiHa gunakan utk ayam ni adalah rosemary kering.. biasa boleh didapati di pasaraya antaranya brand Mc. Cormic.. tapi kalau nak murah.. beli kat kedai bakeri boleh dapat lagi murah... cuma bezanya dia pek dalam plastik ajelah. Kat sini susah nak dpt rosemary segar.. (kalau ingat MaDiHa ambil gambar rosemary kering tu nanti yer.. tp kamera tak canggih ler.. takleh nak ambil macro )




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net