Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-May-2008 03:52 Email | Share | Bookmark
Thank You!!

Tikar mengkuang dari Kota Bharu, Kelantan
Opak/ kerepek ubi
kaftan dari Kuala Trengganu
lagi kaftan..
Nhalilah
aku & halilah
bergambar kenang-kenangan
Entry kali ni khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada........... jeng jeng jeng.... kasi suspen sikit...

1) Nhalilah

Terima kasih Halilah kerana sudi tolong belikan tikar mengkuang ni untuk akak MaDiHa.. Memang tak sangka sungguh akak yg Halilah sudi tolong belikan akak tikar tu... memang baik hati orangnya. Sebenarnya MaDiHa secara tak sengaja masuk ke FP beliau. Tiba2 tengah dok ralit2 tengok baby Zahirul yang comel & tembam tu.. terpandang pula tikar mengkuang yg ada di ruang tamunya... terus ku tegur buat pertama kalinya sebab nak tanya dia beli kat mana tikar tu.. Rupa2nya.. tanpa ku duga.. Halilah telah mempelawa untuk belikan untuk aku sebab dia nak pegi ke Trengganu & Kota Bahru dlm masa terdekat. Mula2 tu rasa segan juga nak kirim.. yelah.. dahlah tak kenal.. & sebelum tu aku tak pernah berbalas2 komen pun dengan dia.. tu kiranya pertama kali aku tegur dia.. tau2 nak kirim dia pulak.. dahlah nak kirim benda yg besar gitu... rasa menyusahkan pulak.. tp oleh kerana keikhlasan Halilah.. dia bersungguh2 sanggup belikan.. maka aku pun bersetujulah kirim.. Halilah.. terima kasih banyak2 yer.. hanya tuhan saja yang dpt membalas budi baik awak tau..

Dulu2 masa ma MaDiHa anak dara.. dia & arwah tok (nenek) selalu juga anyam sendiri tikar mengkuang ni.. skrg ni.. dah takde pewaris yang tau anyam tikar. Ma pun dah lama tak anyam tikar ni sebab takde material.. Dah susah nak cari daun mengkuang sekarang ni.. aku masih ingat lagi.. arwah tok dok sidai daun mengkuang siap lurut ni kat ampaian.. ada yg dicelup warna.. ada yang kosong warna natural.. semua tu hanya tinggal dalam memori aje.. takde gambar yg dapat dipaparkan.. sekarang dah takde semua tu sebab dalam keluarga dah takde yg pandai anyam tikar.. ma pun taktaulah masih ingat atau tak cara2 menganyam tikar ni..

Sebenarnya.. sejak dulu aku memang minat dengan tikar mengkuang ni.. kat rumah ada sebidang yg jenis berwarna tu.. tp dah uzur sangat.. dah tak cantik dah nak bentang kat ruang tamu tu... sejak Haziq ada asma ni.. aku dah tak guna karpet.. takut asma dia makin teruk.. pasal tu aku suka guna tikar macam ni... So pada 15hb Mei baru2 ni.. dapatlah aku berjumpa dengan Halilah untuk ambil tikar tu sebab kebetulan dia ada kerja sikit kat UiTM Jalan Othman, PJ ni.. dpatlah kami berborak2 kejap.. masa tu pagi lagi tauu.. aku jumpa dia lepas hantar Dini ke sekolah agamanya.. Sempatlah kami ambil gambar untuk kenang-kenangan.. hehehe.. rasa segan pulak nak ambil gambar berdua dekat2 gitu... sebab tak pernah ku buat! Yelah.. dahlah kita ni tak cantik.. muka pulak tembam lebar.. maluuuuu.... tu yang ku edit kecik2 jer tuhh.. biar nampak kecik sikit Tp yg kelakarnya.. kami ni sorang tinggi, sorang rendah.. jadi susah ler nak amik gambar...
Inilah dia gambar2 kami.....

Inilah dia Halilah yang baik hati itu...
Gambar ni di luar pagar UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya


Aku & Halilah... malu sebenarnya nak tunjuk gambar ni sebab ambil dekat sangat.. selalu aku kalau bergambar mesti nak nyorok balik orang.. nak bagi nampak kecik tapi takperlah.. sebagai kenang-kenangan...


Boleh tengok lain2 gambar kami kat FP Halilah kat sini

Yang keduanya.. ucapan terima kasih ku kepada...........

2) Sujah (makcikku)

Ucapan terima kasih buat Sujah sebab tolong belikan 2 helai kaftan semasa beliau ke Kuala Trengganu baru2 ni... Selain dari tu.. ada buah tangan darinya iaitu keropok lekor, keropok goreng segera & juga opak / kerepek ubi kayu.. feberet aku... keropok lekor & keropok goreng tu tak dan amik gambor....

Inilah dia kaftan yg sujah tolong belikan... susah sangat nak pegi ke KT sendiri.. kirimlah kat Sujah.. kaftan kat sini aku kurang suka sebab kainnya agak nipis mudah terkoyak. Lagipun.. susah nak dpt saiz besar.. hehehe.. Kat KT banyk pilihan & lagipun kainnya memang bermutu Sebab tu aku kirim Sujah tolong belikan sebab dia nak singgah Pasar Payang...


Ini ole-ole dari Sujah.. Kerepek ubi kayu / opak... sedappp


Terima kasih sekali lagi buat kedua2nya.. Halilah & Sujah..
Sekian dulu untuk kali ni... jumpa lagi di entry akan datang..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net