Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jun-2008 03:35 Email | Share | Bookmark
Entry rojak...

masih dalam acuan
 
mak & hubby tengah mkn keropok..
Ida sibuk bancuh air..
Ida, Lan & mak
Long & Ida
kanak2 ribena.. hehe..
awin & haziq..
 
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengunjung FP ku yang dikasihi...

Alhamdulillah.. MaDiHa dah baik demam.. cuma sakit tekak belum betul2 baik lagi.. actually 2~3 hari lepas dah rasa ok.. tp semalam rasa sakit balik.. agaknya gara2 dah langgar pantang tu yg sakit balik tu.. mungkin tonsil bengkak balik kot.. hehe.. Untuk pengetahuan semua.. petang selasa yg lepas MaDiHa MC setengah hari.. keesokkannya masih demam.. kebetulan hubby kerja malam.. so minta dia hantarkan ke klinik & pegi jumpa doktor semula dan ambil MC sehari lagi.. Alhamdulillah malam tu rasa ok sikit. Pagi Khamis pula kami sekeluarga bertolak pulang ke Trengganu sebab hari Sabtu baru ni.. sepupu MaDiHa (Bie) mengadakan majlis kenduri kahwin di sana. Kepada kawan2 terima kasih kerana mendoakan MaDiHa segera sembuh... demam ni bukannya ada 'makna' apa2 pun.. demam biasa2 aje.. Dah lama sebenarnya tak demam.. Hari ni baru masuk kerja.. rasa rindu pula pada FP.. yelah.. dah 5 hari tak menatap FP... insyaAllah nanti MaDiHa update gambar2 masa balik Trengganu bila dah siap edit.. alaa.. edit simple2 jer.. bukan reti buat LO pun Buat masa ni.. badan masih letih... kerja pun melambak ni.. curi2 update FP time lunch ni..

Inilah menu orang demam baru2 ni... masak yg paling mudah jer.. tak larat nak dok kat dapur lama2..
Telur dadar bersayur, sup brokoli, tomyam ayam sempoi & telur asin (telur asin ni yg Laily bagi.. thanks Laily.. )



Hik hik hik.. Cak.. (lajunyer korang mai melawat.. aku tak siap hidang lagi (bak kata Jasmeen) korang dah masuk.. hehe.. ) telur dadar ni bukan sebarang telur dadar tau Telur Dadar Bersayur nama diberi.. hihihiiii... pasal tu nampak shedapp.. inilah dia kalau dah malas+demam+nak cepat... jadilah menu 2 in 1.. mungkin ada yg nak cuba.. ini resepinya..

Quote:
TELUR DADAR BERSAYUR

Bahan2
1/4 (sesuku) kobis saiz kecil ~ disagat halus
3 biji cili padi ~ potong halus
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
4 ulas bawang merah ~ tumbuk
1 sudu besar udang kering ~ tumbuk
garam & perasa
3 / 4 biji telur gred A
Sedikit serbuk kunyit (jika suka ~ utk hilangkan hanyir telur)
minyak utk menumis & mendadar telur

Cara menyediakan
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk & cili padi hingga wangi. Masukkan kobis & sikit air. Masukkan garam & perasa dan kacau hingga kobis lembut & air kering.
2) Pecahkan telur dan campur sedikit garam & kunyit lalu dikacau rata. Masukkan kobis goreng tadi ke dalam telur dan gaul rata.
3) Panaskan minyak dalam kuali. Tuangkan separuh bancuhan telur tadi dan biarkan garing. Terbalikkan sebelah lagi dengan berhati2. Ulang lebihan telur seperti tadi.. sedia untuk dihidangkan.


Nota: Jangan goreng sekaligus sebab nanti susah nak terbalikkan sebab telur ni ada sayur jadi dia mudah relai/terburai tak seperti goreng telur dadar biasa tu.



Ini pula bingka kastard yang MaDiHa buat untuk dibawa berkelah ke Sungai Congkak tempohari.. punyalah tamak haloba.. hehe.. buat sampai 2 adunan.. dapatlah 2 biji saiz loyang bunga & seloyang empat segi besar tu.. alhamdulillah.. dptlah bwk bekal berkelah & bagi pada Laily, Kak Ina, Sujah & adik ipar kat Kajang (balik dari berkelah tu.. malamnya kami tidur Kajang rumah adik ipar sebab MIL ada dtg dgn kakak ipar yg kat Tapah tu... )

Resepi bingka kastard ni diambil dari FP Zira. Resepi asal dari Kak Liza.. TQ kak Liza & Zira yer..
Maaf yer akak sebab MaDiHa ada ubah2 sikit...

Quote:
BINGKA KASTARD


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan butter cair
1 tin susu cair
4 cawan air pandan + pewarna hijau (MaDiHa blend 10 helai daun pandan & jadikan 3 1/2 cwn)
Sedikit bijan goreng

Cara membuat :
1. Panaskan oven 180 C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk. Potong dan hidangkan



Ini ada beberapa gambar yang sempat ku ambil malam yang kami tidur rumah Ida (adik ipar) kat Kajang balik dari berkelah tu.. berkumpul kat rumah Ida.. penuh rumah dia mlm tu.. hehe.. kami siap bawak toto & bantal sebab takut tak cukup bantal maklumlah Ida ni belum kahwin.. dia menyewa dua beradik dengan Lan (adik lelaki hubby nombor 7)... so faham2 jelah rumah anak dara.. mana nak cekau bantal & tilam banyak2 kann?.. Masa kami on the way nak ke Sungai Congkak tu.. call dia ajak piknik sama.. tp dia kerjala pulak hari tu.. tp Ida bagitau mak dengan Long Roha (akak ipar) nak dtg petang tu ke Kajang sebab cuti sekolah ni kan... Diaorang dtg pun dengan bas sebab suaminya belum habis kursus lagi kat KL ni. Tiba kat Pudu Raya suaminya jemput dan terus hantar ke Kajang. Jadi tak sedap ler dah tau mak & Long nak dtg.. tu yg kitorang pg sana gak tu. Firdaus (adik bongsu hubby) yg sekolah agama berasrama kat Raub pun dtg gak dari Raub dengan bas sebab cuti sekolah ni.. lagi2lah dia tau mak pun nk dtg Kajang. (mak tinggal ngan Long kat Tapah sebab temankan Long sampai suaminya habis kursus) So malam tu.. kiranya ramai ler adik beradik hubby berkumpul. Cuma Ita (adik hubby no. 3) yg dok kat PD, Jol & Nadzir yg kat kampong takde... Layan jelah gambar kelam kabut ni.. hehe.. semua gambar kandid... tapi aku suka tengok gambar2 Haziq dengan Awin (anak Long yg bongsu) ni... kelakar muka Haziq masa Awin suap keropok kat dia... Awin (Nur Fazrin) ni tua setahun dari Haziq.. tp badan Haziq lagi besar..



Ok.. pandang sini... bila semua pandang.. aku pun klik.. anak2ku & anak2 Long Roha tengah makan keropok lekor.. letak jer licin.. tambah lagi licin..


Yang ni.. suruh pandang pun wat tak tau jer.. malu..hehe.. yg baju oren tu Long Roha.. yg baju hitam tu Ida.. dua2 beradik ni orang yang paling rajin sekali. Tapi Long lagi terlebih rajin.. pandai masak macam2.. anak kesayangan arwah apak.. sebab dia kata kalau Long balik kampong boleh merasa makan macam2... hinggakan roti canai pun Long buat sendiri.. sebut jer nak mkn apa.. mesti Long buat.. kalau tak sebut pun.. makanan sentiasa siap.. kalau kami pegi rumah dia pun gitulah jugak.. ada2 jer makanan / kuih muih yg dia buat.. memang tabik ngan dia..


Macam ni ler dapur orang bujang... walaupun dok bujang.. hari2 Ida masak untuk makan dua beradik.. alat2 dapur semua lengkap..
Ida sampai terteleng dok kacau air.. hehe.. sebelah tu Lan dengan mak..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net