Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jun-2008 08:04 Email | Share | Bookmark

jering tanam yang siap disagat/hiris nipis..
ini sebahagian jer nih..
siap goreng.. banyak juga dapat.. berbaloi buat sendiri..
 

Lunch time tadi pegi ke KWSP Jalan Gasing dengan hubby sebab pegawainya ada called minggu lepas suruh collect cheque yang kami mohon untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan baru2 ni.. Alhamdulillah.. dah selesai segala urusan.. lega rasanya.. yang paling lega.. interest bank pun kuranglah lepas ni..


Ok.. ni saja nak tunjuk jering goreng berlada yang hubby masak baru2 ni.. masa wife dia tak sihat adalah juga dia turun ke dapur... kekeke.. ni gara2 dia kempunan nak makan jering goreng berlada/ sambal jering ni masa kat Kajang baru ni.. masa dia pegi pasar.. adalah dia beli jering tanam ni selain lauk2 feberet dia yang lain.. almaklum.. mak dia ada.. byklah yg dia teringin.. tapi kami tak sempat nak masak jering tu.. sebab banyak sangat menu yang nak dimasak.. semuanya lauk2 kg kegemaran dia.. termasuk ler masak asrong (mak ler yg masak..) dah byk sangat menu yg nak dimasak.. jering tak sempat masak.. tu yg dia beli lagi kat pasar tani baru ni and masak sendiri.. aku tolong dia sagat jering tu jer.. hehe..

Aku kenal masakan ni pun sejak kawin ngan hubby.. sebelum ni tak pernah tau yg jering boleh dijadikan sambal/lauk.. tau jering buat ulam jer.. Resepinya dah pernah dimasukkan dulu.. tp untuk memudahkan sesiapa yg nak cuba.. boleh klik kat sini


Vadai ni pula.. aku buat pagi2 buta sebelum kami bertolak pulang ke Trengganu baru ni.. buat sarapan/bekalan selain nuget. Ni semua sebab dah lama terliur tengok vadai dalam FP MamaFaMi aritu.. resepi dari bonda MamaFaMi.. memang simple & yang penting sedap.. hubby & Dini memang feberet dialah kalau kuih2 gini... memang laju jer diaorang mkn.. TQ mama sebab sudi share resepi dari bonda mama... MaDiHa copy & paste kat FP MaDiHa pulak yekk.. hehe..

Berbalik pada kisah buat vadai pagi2 buta ni sebenarnya dah buat kesalahan.. sepatutnya aku kena kemas baju malam sebelum bertolak balik ke Trengganu. Tapi disebabkan badan yg masih letih akibat demam + si Haziq asyik nak berkepit jerr.. last2 masa tidurkan dia aku tertidur sama.. Bila terjaga tengok jam pukul 2.30 am. Hubby ckp dia nak balik awal kul 4.00 am sebab nak bertolak awal ke T'ganu.. Aku pun bergegas ler bangun basuh2 muka.. sempat lagi rendam kacang dhal pastu terus kemas2 pakaian. Siap kemas baju tengok kacang pun dah kembang.. cepat2 blend kacang & bancuh. Masa ni dengar hubby buka pintu.. sempat lagi aku sergah dia.. saja nak buat terkejut kat dia.. konon2 aku belum bangun ler.. Dia tengok aku buat kuih.. dia kata siapkanlah kuih tu dulu dia nak tidur kejap.. yelah dia kerja malam.. kang ngantuk lak bwk kereta... katanya nanti bila dah ready baru kejutkan dia.. ketung ketang ketung ketang kat dapur.. dah masuk subuh.. Siap2 semua barulah kejutkan hubby & anak2.. cian lak nak mandikan Haziq pagi2 buta.. last2 siap sarapan bagai.. kul 8 pagi baru bertolak.. hehe.. habis awal ler tu



Ok ni resepi Vadai copy & paste dari FP MamaFaMi... TQ bebanyak mama.. lain kali nak buat lagi sebab org kat rumah tu semua suka.... berbaloi buat..

Quote:
VADAI
Sumber ~ Bonda MamaFaMi

Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :

1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. Mama rendam semalaman.
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.


Quote:
Jawapan untuk soalan dari Halina alyanasra@yahoo.com

Re: Akak tak pasti melekat yg Halina maksudkan tu.. melekat masa nak keluarkan adunan dari senduk tu sebelum digoreng ATAU melekat semasa menggoreng dengan senduk2 sekali ? adakah halina goreng seperti nak goreng cucur udang tu.?
Untuk membentuk vadai.. memadai hanya gunakan tangan & bentuk2kan bulat dengan cara mengepal2 dan leperkan sedikit.. kemudian bila minyak panas terus masukkan vadai yg dah dibentuk dan goreng mcm biasa. Memang agak lembik dan melekat pada dulang masa nak ambil tu.. so apa yg akak buat.. jika terlalu melekat & merosakkan bentuknya.. akak guna spatula utk korek dasar kuih yg dibentuk.. kemudian repair2 sikit mana2 yg herot tu.. pastu baru masukkan dlm minyak panas & goreng mcm biasa. Cuba ye!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net