Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Jun-2008 05:11 Email | Share | Bookmark
Tema Kuning...

 
 
 
 
 
 
 
pengantin dengan mertua masing2.. dua2 dah xde ayah..
 
 
 
 
 
 
Sebelum aku masukkan gambar2 pengantin baru masa aku balik Trengganu baru ni.. ni aku nak masukkan gambar pengantin lama Abby & Aman (masa kenduri kat rumah Aman) yang dah lama tertangguh2.. hihihi....

Sebenarnya gambar ni dah lama dah dapat.. cuma tak sempat nak transfer ke PC. Gambar ni tak berapa clear sangat sebab gambar dari handphone yg aku bluetooth dari handphone Aman. Masa kenduri sambut menantu kat rumah pengantin lelaki.. aku tak dapat balik sebab hubby kena kerja (diakan cuti 2 minggu sekali).. so aku hanya dapat tengok gambar jelah.. gambar2 dlm handphone & gambar2 dari album. Gambar dari kamera ada.. tp dalam kamera Abby.. tak dapatlah aku nak cilok.. Sajalah masukkan gambar ni buat kenang2an.. nak cuci malas ler pulak sebab tak berapa clear.. nanti tak cantik..masuk jelah dlm FP ada jugak kenangannya nanti. Layan jelah gambar2 pengantin lama adik aku ni yekk..

Ni gambar keluarga aku yg tak lengkap.. cian kat Abby.. kaklong & kakngah dia tak dpt balik masa ni.. hanya dua tiga kerat ni jer famili yg dapat ikut serta. Yang lain2 untuk meramaikan rombongan hantar pengantin.. hanya jiran2 berdekatan je yg ikut.. Tapi takperlah.. yg penting semua selamat..




Kat meja pengantin.. semua pun kuning termasuk air..


Potong kek..




Kalau nak tengok majlis perkahwinan Abby & Aman kat rumah kami klik kat sini dan kat sini hantaran2 diaorang Tema kat rumah kami warna oren

Untuk melengkapkan tema kuning... so aku masukkan juga lauk yg warna kuning ni
Sebenarnya.. lauk ni dah lama dah masak ni.. entah cemana boleh terlupa nak update dalam FP ni... so aku ambil kesempatan masukkan sekali sempena tema kuning hari ni

Quote:
MASAK LEMAK CILI PADI PERUT & REBUNG

Bahan2

½ kg perut lembu yg dah dibersihkan ~ potong kecil2 memanjang & cuci bersih
½ kg rebung jeruk (pilih yg muda2 shj)
15 biji cili padi (ikut kepedasan yg anda mau) ~ tumbuk halus bersama kunyit hidup & garam kasar
2 inci kunyit hidup ~ tumbuk halus
sedikit garam kasar (utk memudahkan cili lumat serta kurangkan percikan waktu menumbuk)
2 btg serai ~ ketuk
serbuk perasa & garam (jika perlu sebab dah bubuh garam kasar tadi)
sebiji kelapa di ambil santan secukupnya
1 keping asam keping (taknak letak pun takpe sebab rebung dah masam)


Cara memasak
1) Rebus perut hingga empuk kemudian tos dah ketepikan.
2) Jerang santan bersama bahan2 tumbuk, serai dan perut yg dah direbus tadi. Kacau2 sentiasa.
3) Bila mendidih.. masukkan rebung, asam keping, serbuk perasa & garam (jika perlu).
4) Biarkan mendidih sambil dikacau2 selalu agak tidak membuak.
5) Rasakan garamnya & bolehlah dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net