Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jun-2008 07:45 Email | Share | Bookmark
Trengganu....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pantai Kemasik

Antara gambar2 semasa aku & family pulang ke kampong tanah kelahiranku Trengganu last weekend....
On the way.. singgah sebentar di Pantai Kemasik.. tp tak berani nak turun sebab terlalu panas waktu itu... aku hanya ambil gambar dari dalam kereta.. zoom dari jauh saja...



Banyak kali juga berhenti selain berhenti di Pantai Kemasik.. sebelum itu kami berhenti makan di Cherating & berhenti solat Zuhur di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman..

Otak-otak & Satar Kg. Nyiur

Meneruskan perjalanan sempat pula tukar driver sebab hubby dah mengantuk.. Tiba di Kg. Nyiur.. aku singgah di hadapan gerai Pokteh (abg ma = pakcik akulah tu..) yang berniaga nasi campur, otak-otak & satar. Sempatlah juga pekena satar & otak2 . Otak-otaknya diperbuat dari ikan tenggiri & lain2 rempah ratus.. Berlainan sekali dengan otak-otak Johor.. tapi kalau ikut selera aku.. dua2 pun aku suka.. Sempat juga ambil gambar Pokteh sedang membungkus otak-otak & Nani (sepupu) mencucuk satar sebelum dibakar. Laju betul dia bungkus.. maklumlah hari2 mengadap benda tu... aku perhatikan.. ramai juga orang luar yg berhenti untuk makan2 ataupun membungkus otak2 serta satar.. hmm.. kereta besar2 belaka.. kereta aku parking betul2 kat depan kedai tu (sebab nakkan tempat yg teduh) nampak kecik pulak di apit oleh kereta2 org lain yg besar2

Pokteh tak menang tangan bungkus otak-otak.. memang laris betul... alhamdulillah.. murah rezeki Pokteh walaupun hanya berniaga kecil2an.. (Dini & Haziq sempat lagi tumpang posing kat belakang tu.. )



Ini otak-otak yang siap dibakar... tak sempat penuh tray tu... asyik kena serbu je..



Tangan Nani cekap sungguh bungkus satar..




Hajat di hati kami nak meneruskan perjalanan terus ke Dungun sebab petang tu nak pegi ke Pasar Malam Dungun... tp Abby & ma yang masih dalam perjalanan call suruh kami tunggu diaorang kat kedai Pokteh.. dia nak ajak pegi pasar malam sama2. Sempatlah hubby melelapkan matanya sekejap kat lambo (beranda) kat rumah Pokteh tu. Actually Abby & ma datang dengan kereta berasingan dari Keratong. Hanya diaorang berdua je sebab Aman (suami Abby) kebetulan ada juga kenduri sebelah keluarga dia... jadi terpaksalah berbahagi... Dee pulak gitu juga.. sebelah Tasha pun ada kenduri jugak.. jadi masing2 ada hal.. so wakilnya hanya ma & Abby jer yg dtg utk majlis kenduri sepupu aku (Bie) kat Dungun ni.. sebelum meneruskan perjalanan.. kami tumpang solat asar kat rumah Pokteh aje...

Pasar Malam Dungun

Tiada satu pun gambar pasar malam yg aku ambil... badan dah letih.. keadaan pun tak mengizinkan.. maklumlah dengan anak2 & bersesak2 dengan orang ramai... Cerita pasal pasar malam.. memang tak larat nak jalan habis pasar malam Dungun tu.. sebab besar sangat. Tambah2 pula si Haziq takmau dok diam.. asyik nak berjalan sendiri jenuh nak kejar dia.. sampai kita nak cari barang pun susah. Kalau dukung.. tak larat lama2.. sakit pinggang dibuatnya.. hmm.. walhasil.. hanya mana2 yg terjumpa & berkenan jer kami beli.. Ma pun dah tak larat nak jalan lagi.. rasa macam nak balik mandi2, solat & tidur... (nak rehat habis2anlah tu..) so kami decide utk tidur kat rumah cekde (kakak ma) kat Kg. Pinang Merah... bolehlah nak rehat2 secukupnya...

Buah Cermai

Pagi Jumaat tu.. sebelum pegi ke Dungun (rumah tempat kenduri) sempat lagi aku ambil gambar buah cermai kat belakang rumah Cekde (kakak ma yg tua).... geram betul tengok.. cantik warnanya.. tapi kalau makan.. alalalaaaaa.... masyammmm... hmmm.. kalau hantu asam mmg sukalah buah ni...

Buah cermai ni lebat sungguh...







Tunggukan episod seterusnya di entry yang akan datang...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengikuti cerita2 sempoi aku ni yer...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net