Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jun-2008 02:35 Email | Share | Bookmark
Raja Sehari ~ Bie & Nasa @ Dungun, Trengganu

sehari b4 kenduri...
pelamin ni.. budak2 ler yg rasmi dulu..
termasuk Haziq aku.. sebelah tu Kimi anak Abg Gee sepupuku..
hari kenduri.. pelamin dah ready..
haziq masih lagi menempel2 celah2 pelamin..
Bie dah siap dimekapkan..
bilik pengantin yg simple..
kemeja
kasut
wallet & tali pinggang
tuala mandi
dandanan diri jenama issey miyake
buah anggur..
ferrero rocher
pot pouri
tat telur
raja sehari
bersanding
di pelamin
yg indah
lagi berseri
bersama keluarga kak yoh & anak2
bersama sebahagian keluarga aku..
pengantin sedang menjamu selera
sirih junjung ketua hantaran..
dandanan diri utk isteri.. issey miyake jugaks..
handbag
buah-buahan
sejadah
kain utk dibuat baju...
kasut bonia
bertemu sanak saudara.. ada saja cerita yg nak dibualkan..
aunty naknie.. pose dgn haziq.. hubby pun ada.. hehe..
org belakang tabir tengah mkn
anak2 kak yoh dok basuh pinggan
ada yg mkn, ada yg kerja..
ma & abby
sebahagian keluarga kami
sepupuku Ida & anak pompuannya Aisyah..
budak2 ni tak abis2 nak bergambar ngan pengantin..
pengantin potong kek
selamat pengantin baru Bie & Nasa
kek dua tingkat
coklat moist
Quote:
Minta maaf kawan-kawan... semalam masukkan gambar2 ni tanpa story.. dah berkali2 cuba update story tapi asyik failed jekk.. sampai naik boring plakk hari ni baru leh update ceritanya.. ikutilah...


Salam buat kawan2 semua… sambungan cerita di Trengganu…

Inilah dia majlis kenduri kahwin sepupuku Bie yg diadakan di Dungun pd 31hb Mei 2008 baru2 ni... Pengantin ni sebenarnya kerja kat KL… tp oleh kerana ramai saudara mara kat sana.. so majlis kenduri diadakan di sana…lagipun.. pengantin lelaki pun org Dungun jugok.. hehe..

Actually pengantin baru ni dah bernikah terlebih dulu kat PJ.. boleh tengok majlis pernikahan mereka kat SINI so hanya majlis kenduri & bersanding diadakan kat Dungun kat rumah kakak Bie (Kak Yoh) yg sekarang ni diduduki/disewa oleh Wan.. (adik Bie lah ni..)

Aku mendapat amanat untuk masak lauk pengantin dari Kak Yoh.. tp hanya dua jenis jer.. ikan merah sweet sour (6 ekor) & sotong goreng. Actually aku ni tolong2 jer.. yg jd chefnya ma aku la... bila ma ada.. aku jd tak konfiden ler nak msk byk2 gitu.. selalu msk pun sekor jer.. kekeke.. kalau ma takde.. terpaksalah kan.. Kak Yoh kata hias simple2 jer.. so.. aku pun hias ala kadar jelahh.. oh ya.. selain kami berdua.. ada gaklah anak2 Kak Yoh.. anak Sujah & adik aku si abby yg turut membantu terutama bab setting meja pengantin & potong2 buah... kalau takde diaorang.. kelam kabut la jadinya... sebab aku mula masak pun takde ler awal sgt sebab dapur tu dari awal pagi digunakan untuk masak bubur kacang (pencuci mulut tetamu) & juga goreng ikan masin utk lauk kenduri. Lauk2 lain Kak Yoh dah cater dari moksu & co...(mok sedara aku gak ni..) So kat rumah tu hanya masak yg ringan2 jelah.. yg berat2.. semua catering yg masak.. catering dari anak beranak... bukan org lain..

Mlm sebelum kenduri tu.. sempat gak jenguk kejap kat rumah moksu /ayahwe kat Tanah Lot.. masa aku nak pegi rumah moksu tu.. baru terperasan ada dpt missed called dari Kak Liza kita… aku pun call Kak Liza balik.. tak sangka Kak Liza nak call aku.. hehe.. rupanya Tie Wawanis yg bagitau Kak Liza aku ada balik Dungun.. Aku jemput gak Tie & Kak Liza.. tp masing2 ada hal lain.. takde rezeki lah nak jumpa dengan diaorang.. Masa kat rumah moksu.. aku tak tolong pun.. hehehe.. tolong tengok jer.. cuma hubby je dok tolong kejap masa diaorang potong2 daging.. manakala ma pulak dok rancak berborak ngan ayahwe & moksu yg sambil2 tumis rempah utk gulai daging… mlm tu blk agak lewat gak kat rumah Wan kat Balai Besar tu.. sebab dok tunggu hubby siap.. sampai aku tertidur kejap masa tidurkan Haziq dlm bilik… (mmg hobi akulah tu.. tidurkan anak.. aku terlelap sama…kekeke.…) Bila sampai rumah Wan.. tengok2 masing2 semua dah tidur.. tersusun jer… hehehe... penuh satu rumah.. mcm sardin.. hehehe.. mujurlah kat Dungun ni ada byk rumah yg boleh landing.. jadi.. berbagi2 ler sedara mara tidur.. ada yg tidur rumah Kak Yoh, ada yg tidur kat rumah Moksu.. & keluarga aku, keluarga Abg Gee, sebahagian anak2 Kak Yoh & anak Sujah tidur rumah Wan (rumah kenduri tu..) Malam tu hubby & Jiji (anak Kak Yoh) terpaksa tidur kat luar rumah atas sofa sebab tak cukup ruangan dah kat dlm rumah.. tidur kat luar tu.. bolehlah sambil2 jaga pelamin kat luar tu... tp sebenarnya... pelamin yg jaga diaorang.. Kekekeke… diaorang pasang ubat nyamuk sampai 5 keping.. mmg kompem takde nyamuk.. hehe..

Ok sebelum aku menceceh lebih panjang lagi.. baik korang layan gambar2 ni dulu.. kang ada yg boring baca aku membebel.. (aku ni pantang mula bercerita.. mau berjela2 nanti.. )

Inilah sepupuku Bie.. berseri-seri dengan persalinan ungu tua..



Hantaran dari pihak pengantin lelaki sebanyak 7 dulang.. (hantaran ni aku tak sempat nak ambil semua gambar masa diaorang baru hantar.. so ada yg aku ambil gambar lepas diaorang dah tukar dulang.. tu yg warna lapik sama kaler purple gak tu.... actually lapik dulang belah lelaki warna pink )





9 dulang hantaran dari pihak perempuan sebagai balasan yang dibuat oleh Kak Yoh.. (Mamasya.. bukan MaDiHa yang buat hantaran ni.. kita cuma tolong lipat2 & susun2 jer.. )






Pengantin bersanding.. aku tak sempat ambil gambar masa pengantin lelaki baru sampai sebab masa tu aku sedang sibuk kat dapur.. tau2 diaorang dah bersanding dah..



Pengantin bergambar kenangan dengan keluarga Kak Yoh.. (Cikgu Rokiah )


Keluarga kitorang..


Sedang menjamu selera..


Acara memotong kek.. (anir.. kek ni bukan aku yg buat.. ni diaorang tempah daaa....)



Ni pulak gambar2 tak rasmi
Ini sebahagian dari keluarga kami yg hadir..


Sepupu aku..(anak ayahwe pakcik aku no. 3) Ida & anak daranya Aisyah.. (jangan marah Ida.. Kaklong enterprem gambor mu ngan anak dara mu ni.. hehe..)


Ma tersayang dengan abby..


Gambar Haziq ni.. aunty Syikin kot yg ambil.. tak sure.. susah sgt nak ambil gambar Haziq skrg ni...


Satu hari tak tau berapa kali kena mandikan Haziq.. (tengoklah baju dia dah bertukar ) dia punya lasak.. sampai tak larat dah nak layan... mujur ada aunty2 diaorang


Cian kat org dapur... mkn pun kat belakang jerr..
Hubby & anak2 Kak Yoh yang ringan tulang membantu.. kalau takde diaorang ni.. tak berbasuh ler pinggan mangkuk tu kot



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net