Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jun-2008 03:11 Email | Share | Bookmark
Hidang Lauk Pauk Jer...

 
 
 
 
Hari ni takde cerita panjang lebar.. kesibukan melanda almaklum Isnin ler katakan..

Tapi nak gak komen pasal lauk yg aku masak ni.. telor ikan ni.. my first impression bila hubby bwk balik dari pasar.. aku cebikkan muka/ buat muka pelik.. sebab rasa mcm tak best jerkk.. tp bila dah masak.. ehhh.. sedaplah pulakkkk... padan muka aku.. sorry bang.. ingatkan tak best..

Aku tak pasti ini telor ikan apa.. tp bila goreng garing mcm ni.. mmg best..
Aku goreng kunyit jer..


Sayur pasti ada dlm menu harian kami sekeluarga..


Maaf la sebab ikan bakar ni tak sempat nak posing dalam pinggan.. sebab aku dah malas nak transfer ke pinggan.. terus jer hidang dlm tray ni.. Resepi aku ambil dari FP Nurfikas.. TQ bebanyak Nur sudi share resepi ni yer.. ikan ni nampak jer merah.. tapi tak pedas.. si Haziq pun boleh makan..

Quote:
SIAKAP BAKAR PORTUGIS

Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan (MaDiHa guna ikan siakap)
Daun pisang (takde.. bakar mcm tu jer)

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk (Guna paprika)
2 helai daun limau purut (yg ni MaDiHa tak blend.. bubuh selai-selai)

Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.


Quote:
Untuk lelaki-lelaki yang bergelar ayah, papa, daddy atau yang sewaktu dengannya... termasuklah hubbyku tersayang.... HAPPY FATHERS DAY untuk anda semua.... Semoga menjadi ayah yang terbaik untuk anak2.....amin... Al-Fatihah untuk arwah ayahku & ayah mertuaku....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net