Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jun-2008 01:12 Email | Share | Bookmark
LAWA & Cucur Jagung

stok lemon yg hubby beli..
siakap masak merah
LAWA siap utk dinikmati...
hidangan mkn mlm kami sekeluarga..
cucur jagung
cucur jagung
Dah lama kepingin nak merasa LAWA ni.... pertama kali dengar menu LAWA ni dari adik ipar iaitu Ida. Ida cakap lawa ni sedapppp sesangat...!! Bila tanya apabenda lawa tuh & macamana nak buatnya? Dia kata guna isi ikan mentah & campur dengan daun2 ulam & lain2 bahan yang dia pun tak pasti apa benda sebab dia pun makan yang kawan dia yang buat.... Dari hari ke hari, bulan ke bulan... rasanya makan tahun juga hinggalah terjumpa resepi lawa ni kat fp Kak Jie Jie Tapi masa tengok tu.. takdelah terliur sangat.. sebab rasa mcm cuak juga nak makan ikan tanpa dimasak. Dalam pada rasa cuak.. hati ni teringin betul nak mencuba... tapi antara lain bahan2 yang sukar didapati ialah buah cermai & juga pucuk2 ulam spt yg Kak Jie gunakan.. mana nak cari pucuk tenggek burung, pucuk beluntas & pucuk samak yang aku sendiri pun tak kenal.. Kalau kenal pun.. kat bandar ni memang susah juga nak jumpa spt pucuk janggus ataupun org T'ganu dok panggil pucuk jambu golok ... sememangnya susah nak jumpa kat PJ/ KL ni... Yang mudah didapati kat bandar ni.. daun kesum, pegaga, bunga kantan & ulam raja. Oleh sebab masa blk dr T'ganu baru ni aku ada bwk balik buah cermai sikit.. (memang sikit.. 2 tangkai jekk.. adalah dlm 15-20 biji kot ) maka aku pun nak jugak2 mencuba buat lawa ni.. aku pun tanya Kak Jie.. ulam apa lagi yg boleh digunakan selain ulam yg Kak Jie tulis tu.... Kak Jie cakap boleh guna apa2 aje pucuk yg boleh dibuat ulam... huhhh.. lega... maka.. aku pun mencari2lah ulam kat pasar malam.. terjumpalah pucuk selom, daun kesom, bunga kantan & ulam raja.. maka berkobar2lah aku blk kerja tu untuk mengerjakan lawa tu... (ehh.. panjang lak intro pasal lawa ni.. )

Oklah.. jom tengok macamana LAWA dibuat..
Antara bahan2nya.. daun selom, bunga kantan, ulam raja & bawang dihiris halus (ni aku memandai tambah). Cili padi, buah cermai & garam kasar ditumbuk halus. Isi ikan tenggiri (Kak Jie guna ikan tamban.. aku cari tak jumpa) yang diperah dengan air perahan lemon (Kak Jie guna limau nipis) Kemudian digaul rata.. tambahlah gula & garam secukupnya.. siap!!



Inilah dia LAWA... nak komplen utk diri sendiri.. hehe.. rasanya lawa yang aku buat ni kurang ikan (mmg sengaja bubuh ikan sikit sebab masih takut2 nak mkn ikan mentah.. (sebenarnya ikan akan masak bila diperah & digaul dgn air limau nipis/ lemon). Selain tu.. aku rasa lawa aku ni.. terlebih bunga kantan sebab bunga kantan yg aku beli tu agak besar & aku pi bubuh semua.. padahal aku buat sikit jer.. takper..lain kali boleh ejas kuantiti bahan2 dengan betul.... yg penting.. LAWA nih mmg sedappp!! peminat2 kerabu (mcm aku) pasti suka lawa ni... TQ Kak Jie sebab sudi share resepi negeri Kelantan ni dengan kami semua...& mintak maaf sebab ada buat penambahan bahan2 lain secara memandai...

Quote:
LAWA (MaDiHa buat sikit je)
Sumber : Kak Jie

3 ekor ikan tamban (Madiha guna 1 keping isi ikan tenggiri)
8 biji cili api ( bg yang suka pedas boleh ditambah lagi cilinya)
garam
4 biji buah cermai muda
2 ulas bwg merah ~ dihiris (MaDiHa tambah)
Pucuk ulam2an atau ape saje yang boleh dibuat kerabu. (aku guna, daun selom, ulam raja & bunga kantan.. daun kesum terlupa pulak bubuh.. )
2 biji limau nipis (MaDiHa guna lemon)

Cara-caranya

1) Ikan diambil sahaja dan cincang halus lalu digaulkan dengan air perahan limau nipis. Gaul rata sehingga isi ikan bertukar warna menjadi putih.
2) Hiris halus ulam2an.
3) Tumbuk cili api, cermai dan garam.
4) Gaul rata semua bahan2 & perasakan secukup rasa. Letak sedikit gula jika suka. Siap untuk dihidangkan.


Inilah dia hidangan kami malam tu... lawa yang dihidang bersama calong & ikan siakap masak merah. Jemput makan semuaaaa


Oh ya.. ini permintaan si Jasmeen... nak tengok close up CALONG.. rasanya dah byk kali dah akak buat calong ni.. sebab anak2 suka & akak & hubby pun suka.. resepi pun dah pernah dimasukkan boleh rujuk kat SINI
Akak tak ambil gambar close up calong yg akak masak baru ni.. tp ini gambar calong yg akak buat duluuuuuu.. dah lama dah.. hehehe..


Ok yang ini pulak.. cucur jagung yang dibuat baru2 ni untuk sarapan... sempoi jer.. tp anak2 suka pulak.. termasuk si Haziq.. Dulu Dini tak suka kalau ada jagung dlm kuih muih.. Dia cuma suka jagung tongkol tu ataupun jagung cawan... mungkin sekarang dia pun dah besar.. dah boleh terima kuih2 yg ada jagung ni... Ok mesti semua dah tau buat cucur ni kan.. tp takperlah.. aku masukkan juga resepinya utk rujukan anak2 nanti..

Quote:
CUCUR JAGUNG

Bahan2
2 tongkol jagung mentah ~ dihiris isinya sahaja.
1 labu bawang besar ~ potong dadu
1 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk halus.
1 gengam isi ikan bilis ~ hiris halus
1 biji cili merah ~ buang biji & hiris halus (jika suka... MaDiHa tak bubuh pun)
2 biji telur
2 sudu kecil rata garam halus yg dilarutkan dlm air secukupnya utk bancuh cucur.
4 cawan tepung gandum
Minyak masak secukupnya

Cara Menyediakan.
1) Masukkan tepung, isi jagung, bawang besar, ikan bilis & udang kering dlm satu besen dan gaul rata.
2) Tuangkan separuh dari air garam yg dibancuh td dlm tepung tadi dan gaul rata.
3) Pecahkan telur ke dalam bancuhan dan gaul rata.
4) Tambah air garam secukupnya dalam bancuhan tadi sehingga mendapat batter cucur yang diingini. Kalau suka lembut.. biar bancuhan lembik sikit. Kalau suka kental.. biar bancuhan pekat sikit.. terpulang masing2.
5) Panaskan minyak & goreng cucur spt nak goreng jemput2 biasa tu jugak.. Bila masak.. hidangkan dengan sos cili.


Jemput makann........


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net