Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Jun-2008 02:06 Email | Share | Bookmark

 

Pagi Selasa baru ni lepas hantar Dini ke sekolah agama.. aku saja testing isi minyak kete full. Sajalah nak tengok berapa agak2nya aku kena bayar kalau isi penuh dengan harga baru ni (RM2.70/liter). Biasa dulu2 masa harga lama (RM1.92/liter) aku dok isi RM50 jer.. bertahan paling lama pun 5 ~ 7 hari... bergantung lah tu.. kalau berjalan hari Sabtu / Ahad.. memang tak cukuplah... Tapi kalau setakat pegi balik hantar anak sekolah & kerja.. RM50 tu tahan ler utk 5 hari. Selalu aku isi bila meter minyak tinggal secalit.. lepas isi nampaklah penambahan hingga calit yg tertinggi tu.. Tapi baru ni aku sj tunggu sampai minyak tinggal setengah calit. Aku isi full..... waduh waduhhh... sampai RM89!!!!!!! sabor jelahh.. kalau dikali2.. dengan harga lama... kuantiti petrol sebanyak 32.96 liter tu aku hanya perlu bayar sebanyak RM63.28 saja.. fuhhhhh!!! byk betul perbezaan harganya Beza RM25.72 tu... dah boleh buat belanja sekolah anak 6 hari tauuu.....

Bila sampai opis pagi tu... sejuk sikit hati bila nampak ada jambangan bunga nii.... Cantikkan!!!!



Oklah... ini dinner aku masak entah bila.. dah lupa.. hehehe.. Dinner sempoi... ni biasa kalau hari hubby kerja siang.. sempatlah aku masak 3 jenis lauk.. tp kalau time dia kerja mlm.. aku memang kelam kabut & sempat masak 2 jenis lauk jer... itupun kira nasib baiklah tu sempat masak.. buatnya jln jem... hubby minum air teh o jelahh.... (jwbnya.. mkn kat kedailah dia.. )

Our simple dinner..


Quote:
TELUR MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan2
4 biji telur itik (aku guna telur ayam jer)
cili padi ~ tumbuk
kunyit hidup ~ tumbuk
serai ~ titik
1 keping asam gelugur
santan secukupnya
garam & perasa

Cara memasak
1. Campurkan santan, bahan2 tumbuk, garam, serai & asam keping. Jerang atas api sambil dikacau2 sentiasa.
2. Bila santan mendidih dan agak pekat.. kecilkan api. Pecahkan telur sebiji ke dalam mangkuk lain. Tuangkan ke dalam kuah perlahan2. JANGAN DIKACAU. Jangan bubuh serentak. Tunggu seminit/ setengah minit baru bubuh lagi telur yg lain. Cara ni sebab taknak bagi telur tadi bercantum bekunya.. so bila masak.. dia jadi sebiji2.
2. Bila semua telur dah masak.. bolehlah dihidangkan.



Ini pulak.. aku masak minggu lepas.. anak2 suka sangat.. tak rugi mencuba.. cicah pula dengan cili mayo... sedap banget!! Sesuai untuk sarapan pagi or minum petang.. Resepi aku ambil dari buku... tapi malangnya sukatan dlm resepi tu tak betul terpaksa aku ejas sendiri kuantitinya.. kalau tak.. tepung gorengan tu memang cair... inilah satunya yg aku tak berkenan bila cuba resepi dari buku.. mesti ada yg tulis tak betul

Quote:
KENTANG WEDGES GORENG TEPUNG

Bahan2
6 biji kentang russet (bersaiz besar & bentuk lonjong)
1 ¼ cawan tepung beras
¼ cawan tepung jagung
¾ ~ 1 cawan air
2 sudu besar rata rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

Cara Menyediakan
1. Basuh & bersihkan kulit kentang hingga bersih. Rebus kentang dalam air tenggelam setengah masak selama lebih kurang 10 ~ 15 minit. Angkat, tos, sejukkan seketika & potong bentuk baji (wedge). (Jika kentang jenis lain digunakan / yg bersaiz kecil.. masa merebus perlu dikurangkan)
2. Dalam satu bekas.. masukkan tepung beras, tepung jagung dan segala jenis rempah, pati ayam, garam, telur & air lalu dikacau menggunakan whisker. Bancuh sehingga sebati dan menjadi batter yg sesuai utk menggoreng.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Bila minyak panas.. celupkan kentang tadi lalu gorengkan seperti biasa. Balikkan bila nampak garing keemasan.
4. Hidang kentang wedges goreng tepung ini dengan sos chili mayo.



Quote:
CHILI MAYO

Bahan2
1 cawan mayonis
2 sudu besar sos chili.

Cara menyediakan
Bancuhkan mayonis & sos cili hingga rata. Bolehlah dihidangkan dengan kentang goreng wedges tadi atau apa2 gorengan yang anda suka.



Tepung gorengan ada lebih sebab aku buat 2 adunan dari resepi yg aku bagi tu.. ni gara2 resepi dlm buku tu tak betul (sukatan airnya lebih).. bila batter cair aku terpaksa tambah tepung tambah segalanya hingga mendapat kepekatan yg betul... jadi bila lebih tu.. aku simpan batter tu dlm petiais.. esoknya aku buat goreng keledek pulak... sedapp Rasanya.. tepung gorengan ni sesuai juga untuk buat goreng ayam .


Jumpa lagi... terima kasih kerana mengikuti coretanku...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net