Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Jun-2008 02:41 Email | Share | Bookmark
Entry masak2 lagi..

 
 
Assalamualaikum buat semua kawan2 ku sekelian... salam pagi Isnin...

Lagi gambar2 makanan.. hikss... nak buat macamana.. dah menjadi hobi buat masa sekarang ni.... asal msk jer nak amik gambor, asal hidang jer.. amik gambor dulu.. sampai hubby & Dini pun dah faham dah.. ibu kalau siap hidang mesti amik gambor dulu kekekekee..... sebenarnya.. saja jelahh.. bukan niat nak menunjuk2 apa yg dimasak & dimakan.. sebabnya makanan pun bukannya special sgt pun.. cuma... kalau tak ambil gambor.. karang FP ni tak berupdate lak.. walaupun masak biasa2 & masak sempoi2 pun tak kisahlah kan.. janji ada modal nak update FP

Ni menu dinner minggu lepas...


Quote:
CUMI MASAK MERAH

Bahan2 (agak2 jelah ye)
cumi (sotong kecik2) ~ bersihkan & potong2 & tos
1 biji bwg besar ~ mayang kasar
sos tomato
sos tiram
garam, gula & serbuk perasa
minyak masak

Bahan2 kisar
cili kering
bawang besar
bawang putih

Cara Memasak
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar sehingga garing.
2. Masukkan cumi, sos tomato, sos tiram, garam, gula & serbuk perasa.
3. Biarkan sehingga kuahnya terbit. Kalau tak cukup kuah.. tambah air sikit. Rasakan garam & gulanya secukup rasa. Last sekali masukkan bawang besar mayang dan gaul rata. Sedia utk dihidangkan.


Ini pulak.. buah2an yang hubby beli kat pasar malam... buah dokong & buah laici.. buah laici ni bukanlah buah kegemaran aku.. samada yg fresh atau yg dlm tin.. dua2 aku kureng.. tapi aku suka sangat tengok warna kulit buah laici ni.. cantik merahnya tuh! Tapi kalau nak banding 2 jenis buah ni.. lagi sedap buah dokong.. sebab dokong manis.. laici ada rasa masam2 sikit..



Nak dijadikan cerita.. petang bila eik.. lupalah pulak (minggu lepas jugaklah) Sujah called hp aku kat opis.. suruh aku singgah rumah dia masa nak ambik Dini kat sekolah.. sebab dia nak bagi kuih lebihan jualan kat kedai dia yg berlebih (kuih org hantar). Aku pun amik Dini dulu pastu singgah ler.. dah singgah tu.. siap mkn2 lagi apa2 yg patut.. dah la mkn... bwk balik kuih pulak.. Bila sampai rumah.. tengok2 rupanya cik abang dah ada kat rumah.. blk awal pulak dia aritu.. aku pun buat air teh o (air feberet hubby) & ajak hubby minum & mkn kuih. Then aku pun siap2 bersihkan diri segala. Bila nak masuk ke dapur mlm tu.. terasa perut ni masih kenyang lagi.. & aku rasa mesti hubby pun sama sebab mkn kuih tadi pun dah dekat nak masuk waktu maghrib... si Dini apalah lagi sebab dia siap mkn meehun goreng lagi rumah tokcu dia tadi.. aku pun ckp kat hubby.. rasa mcm kenyang jer mlm ni kan..? Apa kata kita takyah makan nasi mlm ni.. (bahasa nak mengelak masak nasi.. ) Nasib baik hubby cakap ok.. hehehe.. so aku pun belek2 ler apa yg ada dlm kabinet.. tengok ada sos carbonara cendawan & sos spagetti tradisional.. fikir2.. kalau aku buat spagetti ni.. hubby kurang suka sbb masam.. jadi aku pun keluarkan sos carbonara tadi.. maka jadilah masakan ni.. sempoi aje.. ikut apa yg ada dlm peti ais.. tapi alhamdulillah.. hubby & anak2 semuanya suka termasuk si Haziq..

Mula2 nak guna spagetti.. tp aku tukar pada pasta shell ni ataupun conchiglie sebab senang Haziq nak suap.. takde berekor2 mcm spagetti...

Inilah dia conchiglie or pasta shell sebelum dimasak..


Quote:
CONCHIGLIE CARBONARA SEAFOOD MUSHROOM

Bahan2nya
250 gm conchiglie (pasta shell) ~ direbus sehingga lembut (ikut arahan pd paket)
1 sudu besar mentega
2 ulas bwg putih saiz besar ~ ketuk & dicincang halus
3 sudu besar tepung gandum ~ bancuh dengan ½ cwn air
1 sudu kecil pati ayam
sedikit pepper (lada sulah)
1 keping keju cheddar/ keju slice
1 tin cendawan butang ~ belah 4
6-8 ekor sotong ~ bersihkan dan potong2 (boleh masukkan udang atau apa sj seafood kegemaran)
1 tin sos carbonara cendawan prego (pastikan ada tanda halal)
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan air tepung gandum sambil dikacau dan biar ia memekat.
3. Masukkan secawan air, serbuk pati ayam, a dash of pepper, cendawan butang, sotong dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan sos carbonara cendawan dan keju slice. Jika terlalu pekat tambah air secukupnya.
5. Biar mendidih.. lalu perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Hidangkan dengan conchiglie yang telah direbus terlebih dulu atau boleh juga hidang dengan apa2 jenis pasta sekali pun.


Haziq suka sgt makan conchiglie carbonara ni... mushroom tu pun dia makan.. baguss anak ibu suka mkn sayur..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net