Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jun-2008 02:37 Email | Share | Bookmark
Nasi Tomato, Bistik Daging & Parpu Telur

 
 
Malam tadi aku sampai rumah lewat & tak sempat masak utk hubby sebelum dia pegi kerja shift mlm minggu ni. Sempat buat air teh O jer untuk dia.. sebelum tu.. aku ada beli putu mayam kat depan sekolah agama Dini masa nak pegi ambil beg & baju sekolah Dini kat rumah transit.. aku dah bedal dulu kat rumah Sujah (aku singgah sana sementara tunggu Dini keluar dari kelas kul 6.30pm) & si Dini pulak bedal dlm kereta.. So mlm tadi.. malas betul nak masak nasi.. jadi aku masak mee segera ajelah.. sesekali layan mee segera sedap jugak.. anak2 memang suka makan mee segera ni.. aku jer tak bagi diaorang mkn sgt sebab tak elok budak2 sedang membesar mkn mee segera selalu2 sgt.. Nak sedap lagi mkn mee segera ni.. aku tumis bwg merah & bwg putih.. bubuh sayur & pecahkan telur.. memang masyukkkk
Ada ker yg terliur tengok mee segera aku ni


Dan ini pulak menu aku minggu lepas jugak.. (tak abis2 lg menu minggu lepas ) Hubby ada beli daging.. rasanya dah lama juga hubby tak beli daging sejak2 tekanan darah dia naik hari tu.. dia memang pantang betul Aku pun malas ler nak pesan2 sebab tau org tengah pantang.. kekeke.. finally dia sendiri yg beli.. tp dia tak ckp pun suruh masak apa.. (mmg biasa mcm tu pun.. aku jer kena decide sendiri nak msk apa) Last2 aku teringat aku teringin sangat nak masak bistik daging. Dah berzaman aku simpan resepi dari Kak Roylazim ni.. nampaknya aku kena masak juga kali ni sebab kebetulan bahan2 pun semua lengkap Oleh kerana bistik tu pedas sikit.. aku masak parpu telur untuk si Haziq.. (bukan dia jer yg mkn.. semua pun bedal gak ) Parpu telur ni aku jumpa resepinya dari FP Sue. Terima kasih banyak2 Kak Roy & Sue untuk resepi ni yer.. memang sedap sangat lawan pulak dengan nasi tomato... layannnnnn..... (sebenarnya aku mendera en. hubby.. sebabbbbbb... dia kurang suka nasi2 lain selain nasi putih.. tp alhamdulillah.. dia mkn jugaklah sebab aku dah masak.. kekekee...)

Set nasi tomato & lauk pauk... dah malas nak buat acar.. sebab dlm bistik daging tu dah ada sayur..


Quote:
NASI TOMATO

3 pot beras basmathi (MaDiha guna pot rice cooker) ~ dicuci lalu ditos
2 ½ pot air
1 pot susu cair/fresh milk
3 sudu besar minyak sapi
5~6 sudu besar sos tomato
1 biji tomato ranum sederhana besar ~ blend/potong kiub
4 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar ~ di mayang nipis
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar kismis (optional)
bawang goreng untuk hiasan (optional)
daun bawang (optional)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato blend, sos tomato, susu cair dan air.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Kacau rata dan biar hingga nasi kering lalu taburkan kismis dan kacau perlahan. TUTUPKAN periuk.
4. Tunggu hingga nasi betul2 masak. JANGAN BUKA TUTUP PERIUK sehingga nasi betul2 masak. 5. Semasa hidang.. taburkan daun bawang yg dihiris & bawang goreng.


Quote:
PARPU TELUR

Bahan2
¼ cawan kacang dhal (rendam 2 ~ 3 jam)
3 sudu besar bwg & halia mesin (agak2 dlm 1 cm halia, 2 bwg putih, 4~5 ulas bwg merah)
3 biji ubi kentang ~ kopek & belah 4
2 biji telur
1 cawan santan pekat
garam
serbuk kunyit
soohun ~ tak letak takde stok

Bahan2 Tumis Darat
Minyak masak
½ biji bwg besar ~mayang nipis
6 helai daun kari
1 ~ 2 tangkai cili kering ~ kerat pendek
¼ sudu kecil biji sawi
½ sudu kecil jintan manis

Cara Memasak
1. Rebus kacang dhal hingga empuk. Masukkan kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Masukkan bawang & halia mesin, serbuk kunyit, garam & soohun.
3. Masukkan santan & sedikit air untuk kuah.. biar mendidih sambil dikacau2. Pecahkan telur sebiji-sebiji.. slowkan api.. jangan kacau sangat. Biar telur masak. Tutup api.
4. Dalam kuali lain.. panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga wangi.
5. Curahkan semua bahan2 tumis tadi ke dalam kuah dhal tadi lalu ditutup periuk. Sedia untuk dihidangkan.



Quote:
BISTIK DAGING

Bahan-bahannya
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap ( MaDiHa guna kicap manis kipas udang)
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar (MaDiHa guna 1 biji jer yg saiz XXL )
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato kacau2 kejap dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

NOTA: Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur mata lembu.


SELAMAT MENCUBA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net