Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Jun-2008 02:53 Email | Share | Bookmark
Ayam Masak Kicap & Kuih Pintal

 
 
Salamm semuaa....

2 minggu ni Mr. Hubby kerja shift malam... jadinya.. minggu ni memang tak sempat nak masak2 yg remeh temeh... hikss.. sebabnya.. Mr. Hubby kena makan cepat2.. kul 7.30pm dia dah kena keluar pegi kerja.. So malam tadi.. aku hanya sempat masak ayam masak kicap jekk... sian dia.. (dibaca = kami anak beranak ) makan nasi lauk sejenis jekk.... Actually.. dah lama jugak aku tak masak ayam masak kicap ni... baru2 ni.. jiran aku si Laily ada bagi sepinggan lauk ayam masak kicap ni sebab dia nak pulangkan pinggan aku.. Ishhh.. memang sedap betulll... nak pulak Laily masak pedas2 sikit.. memang berselera makan.. sampai si Dini suruh aku masak pulak sebab tak cukup.. hehehe.. Walaupun masakan ni simple dimple.. tapi bau rempah ratus tumisan tu memang boleh membangkitkan selera. Tambah pulak lauknya ditambah kentang bagai.... memang masyukkk ler... Rasanya semua orang dah tau dah resepinyakan..? Tapi takperlah.. aku masukkan jugak untuk koleksi & rujukan anak2 dimasa depan..

Quote:
AYAM MASAK KICAP

Bahan2
½ ekor ayam saiz sedang ~ dipotong2
4 biji kentang saiz kecil ~ kupas & potong wedges
1 biji carrot ~ kerat 2" & potong wedges (optional)
1 biji bwg besar saiz besar ~ mayang kasar
10 biji cili padi ~ potong halus (nak pedas tambah lagi)
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 cm halia ~ hiris nipis & racik halus memanjang
2 biji tomato ~ belah 2
2 biji cili hijau ~ buang tangkai & belah 2
1 biji cili merah ~ buang tangkai & belah 2 (optional)
1 keping asam gelugur
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk kunyit
serbuk perasa kalau suka
kicap manis secukupnya (tak perlu tambah garam... MaDiHa guna kicap manis cap kipas udang)
air secukupnya utk kuah
minyak secukupnya (Untuk goreng ayam & menumis)
garam & serbuk kunyit untuk gaul dgn ayam

Cara Memasak
1. Ayam digaul dengan garam & kunyit. Panaskan minyak yg banyak & goreng kentang wedges & carrot hingga kekuningan. Angkat & ketepikan dulu. Kemudian goreng pula ayam tapi jangan terlalu garing. Angkat & ketepikan.
2. Kurangkan minyak gorengan ayam tadi hingga tinggal sesenduk. Lalu tumiskan rempah kasar (cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis) hingga naik bau. Masukkan bawang putih, halia & cili padi. Biar hingga layu & naik bau. Masukkan pula bawang besar & kunyit serbuk. Kacau rata.
3. Masukkan kicap manis & air secukupnya. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan ayam goreng dan biarkan merenih.
5. Masukkan asam keping, cili besar, kentang, carrot & tomato. Tambah serbuk perasa jika suka.
6. Biarkan seketika. Rasakan masinnya.. jika masih tawar.. tambah lagi kicap hingga mendapat masin yg dikehendaki (tak perlu garam).
7. Siap untuk dihidangkan .


Hari Selasa baru ni aku pun tak masak jugak.. (dah naik lemak hari Isnin tak masak.. kekeke..) Aku beli nasi kerabu pasar malam dekat opis ni.. jadi rilekslah sikit. Encik abang pun makan nasi kerabu jugak b4 gi kerja.. cuma Dini jer tak suka nasi kerabu.. aku just beli ayam masak merah & balik masak nasi putih jer & untuk Haziq aku beli murtabak.. Sekarang ni sejak ada mesin basuh baru muatan 11kg tu... aku basuh kain selang sehari.. (kalau dulu basuh hari2) jadi sekarang ni adalah masa utk santai2 kejap or layan tv atau baca paper. Malam tu.. Haziq tidur awal pulak... jarang sangat dia nak tidur awal sekarang ni selagi aku tak tidur... Bila dia tidur aku pun teragak ler nak buat eksperimen.. Dah lama tak bereksperimen kuih muih.. hehehe.. aku pun mulakanlah eksperimen.. Tapi buat kuih ni sampai 2 hari baru siap.. kekekeke.. yelah.. mlm hari Selasa tu aku siap goreng tu dah lewat sangat.. jadi aku simpanlah dulu.. Esoknya Rabu (mlm tadi) baru aku sira...

Dah lama dah sebenarnya aku simpan resepi kuih ni.. Kuih ni kalau diikutkan resepi sebenarnya.. guna tepung pulut. Tapi kali ni aku guna tepung gandum & cara buat pun memang lain sikitlah. Kuih ni namanya Kuih Pintal. Ini pun idea dari adik ipar aku si Ida. Dia ni walaupun bujang tp rajin bebenor mencuba masak kuih macam2 (lebih kurang si Zira jugak ) Aritu dia cerita dia buat kuih ni kawan2 dia kata sedap sebab rangup tak macam kat kedai jual tu keras semacam jekk.. siap suruh buat lagi kawan2 dia nak beli.. Aku pun tanyalah cemana nak buat? Bila dah dapat resepinya tu.. mcm biasalah.. terperuk dulu sebelum dapat dibuat uji kaji.. hehehe.. Ehh.. oklah.. merapu panjang bebenor dah ni.. jomlah layan Kuih Pintal aku ni.. buat sikit jer.. edisi percubaan.. jadi pun tak lawo macam yg kat kedai2 runcit tuu... layan ajelahh..

KUIH PINTAL


Aksi Haziq makan kuih pintal.. si Dini tak suka pulak kuih ni.. payah betul budak tuu..


Quote:
KUIH PINTAL
Sumber : My lil S.I.L

Bahan Untuk Doh
3 cawan tepong gandum
3 sudu besar marjerin
6 sudu besar minyak masak yg dipanaskan
¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit2)
1 sudu kecil (rata) garam halus ~ larutkan dalam air
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Menyira
6 - 7 sudu besar gula pasir
½ cawan air

Cara Membuat
1. Masukkan tepong & marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti.
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepong tadi lalu digaul rata lagi.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki.
4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil.
5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek2kan (spt gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder sebesar jari kelingking/sebesar pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam)
6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal2kan seperti dalam gambar. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak & goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. Angkat & tos.



Cara Menyira
1. Masukkan air & gula ke dalam kuali.
2. Masak sehingga air gula berbuih2 dan bertali2 bila diangkat dari sudip.
3. Masukkan kuih lalu dibalik2kan sehingga rata.
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering & bersalut pd kuih.
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar2 rata.
6. Siap untuk dihidangkan untuk kudap-kudapan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net