Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jun-2008 03:01 Email | Share | Bookmark
Food Again????

 
Salam semua.... Harap kalian semua sihat2 sejahtera hendaknya yer....

Makanan lagii??? Hikss... makanan & manusia memang tak dapat dipisahkan okehh... Begitulah juga dengan aku... aku & masak2 memang tak dapat dipisahkan... masak tetap masak tak kira sedap ke tak sedap.. aku tetap akan masak & kena masak (kecuali masa aku tak sihat atau masa aku m.a.l.a.s ataupun bila dah tutup mata nanti.. barulah rileks dari masak memasak ni... ) Hmmm... untuk makan keluarga aku tak kisah aku masak sedap atau tak sedap... janji apa yang aku masak suami & anak2 makan dengan berseleranya..

Ehh.. apa yg aku merepekk nii.. Ok ok... stop merepek2... aku pun ada kerja lain nak buat ni.. jom tengok apa menu kami malam tadi.. Hmmm.. masak simple macam ni pun.. makan masa 1 jam...! (oppss.. masak sambil layan kerenah Haziq okeh!) akhirnya hubby cakap.. "dah tak sempat ni bu...! bawak bekal ajelahh!" hmmm.. sebelum aku tapaukan untuk hubby.. sempat lagi aku klik2.. nak buek camno.. ada hobi baru...

Tiba2 rasa nak makan masam2 & pedas2.. so aku masak asam rebus ikan & sayur tu pulak.. sebab nak habiskan kacang botor & tempe sebelum ia menjadi expired


Quote:
KACANG BOTOR & TEMPE GORENG PEDAS

Bahan2
Kacang botor (anggaran 10 ~ 15 biji) ~ potong serong2
1 peket tempe (peket plastik) ~ dikerat kecik2
1 sudu besar udang kering ~ rendam air panas jap pastu tumbuk halus
3 sudu besar cili+bwg kisar (cili + bwg besar + bwg putih yg dah siap dikisar)
minyak utk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
2. Kurangkan minyak dalam kuali cukup2 utk menumis. Masukkan cili+bwg kisar dlm minyak tadi & tumis hingga garing. Masukkan garam & serbuk perasa.
3. Masukkan udang kering, kacang botor & sedikit air. Kacau2 agak2 kacang botor lembut sikit & air kering masukkan tempe goreng tadi.
4. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Sedia utk dihidangkan.


Quote:
ASAM REBUS IKAN KEMBONG

Bahan2
2 ekor ikan kembong (hok besor) ~ bersihkan & kerat 2
3 - 4 keping asam gelugur (sukahati nak boh byk mana.. ikut masam yg anda suka)
garam secukupnya
1 kuntum bunga kantan (optional)
beberapa biji terung telunjuk ~ dihiris serong (optional.. memandangkan dlm peti ais ada.. aku masukkan jelah)
air secukupnya (ku bubuh dlm 3 cawan jer)
garam, serbuk perasa & sikit gula dlm setengah sudu kecik jer

Bahan2 Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi (ikut suka ler nak pedas macamana )
1 biji cili merah
1 cm kunyit hidup

Cara Memasak (senang banget.. campak2 jekk)
1. Jerang air dan masukkan semua bahan2 kecuali terung telunjuk tu.
2. Bila ikan dah setengah masak baru masukkan terung tu dan sesuaikanlah rasanya. Dah siap!!



Habis dah cerita malam tadi... oh ya sebelum terlupa.. malam tadi Laily bagi lauk lagi.. hehe.. sambal kentang & ikan bilis.. (lupa nak amik gambor) oleh kerana aku dah siap makan.. jadi aku simpan dlm peti ais lauk tu.. hari ni aku bawak bekal nasi.. adalah tambahan lauk yg Laily bagi tu.. aku rasa sikit.. mak oii!!! pedass banget!!! Mekasih Laily.. awak ni rajin betul bagi lauk kat kita tauuuu... kita selalu bagi kuih jer kat awak... nak bagi lauk tak konfiden... aci ker tuu??

Oklah sambung lagi.. heheeh.. sorrylah hari ni masuk byk sikit gambor makan2.. sebab Isnin depan aku half day nak kena pegi sekolah Dini ambil report card... Jadi hari ni aku update lebih sikitlah..

Ini sebenarnya brunch kami hari Sabtu lepas.... (ada lagi tu saki baki menu minggu lepas )


Quote:
MEE SUP

Bahan2 Utama
1 bungkus mee kuning (anggaran 500gm)

Bahan2 Sampingan
6 ulas bawang merah ~ dihiris nipis & goreng garing jadikan bwg goreng
daun sup & daun bawang ~ dihiris untuk hiasan (ku tak bubuh pun sebab hubby tak suka)
*Cili padi secukupnya anggaran 30~40 biji~ ditumbuk halus (untuk buat sambal kicap)
*Kicap manis secukupnya
2 sudu kecil gula
Taugeh ~ dicelur (ku tak bubuh gak)

Resepi Sambal Kicap
*Cili padi tumbuk dicampur dengan kicap & gula utk dijadikan sambal kicap

Bahan2 Sup
300 gm daging batang pinang
Fish ball secukupnya (kuantiti terpulang anda.. lg byk lagi sedap)
Fish cake secukupnya (kuantiti terpulang anda)
air secukupnya utk merebus daging & kuah
7 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
3 batang serai ~ diketuk
2 cm lengkuas ~ diketuk
2 cm halia ~ diketuk
1 bunjut rempah sup bunjut
1 sudu besar serbuk rempah sup ~ dijadikan pes
minyak secukupnya utk menumis

Cara Membuat Sup
1. Rebus daging seketul besar tu sehingga empuk. Tos & sejukkan lalu dihiris nipis2. Ketepikan. Manakala air rebusan/stok tadi disimpan.
2. Dalam periuk besar panaskan minyak lalu tumiskan bwg2 yg dihiriskan hingga naik bau.
3. Masukkan air & air rebusan daging. Masukkan serai, lengkuas, halia, rempah bunjut & pes serbuk rempah sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bebola ikan & kek ikan dan biar merenih.
5. Tambahkan garam & serbuk perasa secukupnya.
6. Hidangkan mee dengan hirisan daging rebus, daun sup/daun bawang, tauge, kuah sup berserta bebola ikan dan kek ikan & akhir sekali sudukan sambal kicap & taburan bawang goreng di atasnya.. Sedap dinikmati panas2 ataupun waktu sejuk.



Dah makan pedas2 tuu.. kita pekena pulak bubur jagung ni..

Quote:
BUBUR JAGUNG

Bahan2
3 tongkol jagung ~ dihiris2 isi jagung dari tongkolnya
Santan pekat secukupnya
Sedikit sagu biji halus
Gula melaka secukupnya
½ sudu kecil garam (nak naikkan rasa lemak)
air utk merebus (b4 masuk santan)
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara Memasak
1. Didihkan air & rebus jagung yg dihiris & juga sagu sehingga sagoo nampak jernih.
2. Masukkan santan pekat, daun pandan, sikit garam dan gula melaka.
3. Kacau sentiasa agar santan tak membuak & pecah minyak. Sesuaikan rasa manis yg dikehendaki. Jika suka manis boleh tambah gula pasir.


Oklah yer.. itu jerlah utk kali ni.. resepi2 kalau ada yg berkenan.. senang2 nanti aku masukkan okeh Resepi biasa2 je tuu... semua org dah tau kan

Quote:
Opss.. resepi dah ku update.. saja buat koleksi & rujukan anak2


Quote:
JAWAPAN UNTUK PERTANYAAN DARI Mimi Nasha : Tujuan rendam udang kering dalam air panas selain untuk membersihkannya dari kekotoran.. ianya juga bertujuan supaya udang kering tu CEPAT KEMBANG jadi proses menumbuk lebih senang & cepat terutama bagi akak yang sentiasa nak cepat siap memasak kerana mengejar waktu…. Selain udang kering.. ikan bilis pun akak selalu buat mcm tu kalau akak nak tumbuk… jadi takdelah kena tumbuk lama2 tumbuk kejap dah lumat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net